Saturday, May 2, 2015

Pascal Capal Nabi Muhammad dan Pertelingkahan Ummah

Melihat beberapa pertelingkahan yang berlaku dari minda masyarakat kita hari ini, ia ibarat terus di mainkan oleh golongan berfahaman salafiyyun semasa dengan melontar serta menyerang golongan peringkat sufi. Demikian saya rasa terpanggil untuk menerangkan serta me‘neutralize’kan isu ini. Dengan Membawa Persoalan, Apakah menjadi salah tentang mengangungkan bentuk replika capal Nabi Muhammad kepada kita? Ayuh masyarakat! Ketahuilah beberapa ilmu yang tersirat daripada amalan permakaian Nabi Muhammad junjungan kita s.a.w. Ilmu-ilmu ini hanya terdapat di dalam faham ilmu tasawwuf hakikat kepada kita. Memberikan erti setiap amalan serta perbuatan Nabi Muhammad s.a.w secara mendalam serta tersirat dengan pelbagai simbolik yang bermanafa’at untuk kita sebagai Ummat Baginda s.a.w.

Perlu diketahui, bahawa setiap amalan orang tasawwuf yang sebenarnya adalah mereka mesti mengetahui selok-belok daripada gerak-geri perbuatan ibadah mereka tersebut dengan disandarkan akan ilmu. Kerna ilmu ahli tasawwuf mengajarkan “perbuatan yang tidak diketahui adalah sesat yang nyata, serta orang yang melakukan tapi tidak mengetahui nascaya dosa yang besar”. Justeru terdapat beberapa makna simbolik tentang reka bentuk capal Nabi Muhammad saw adalah kepada orang-orang salikin yakni dengan maksud Perjalanan dalam menuju Tuhan. Dan bahawa Nabi Muhammad itu sesungguhnya diutuskan menjadi Nabi dengan mengeluarkan bangsa manusia dari kejahilan kepada Nur ilmuNya. Ilmu-ilmu Nabi inilah merangkumi bukan sekadar lisan yang di dengari mahupun tulisan yang dibaca, bahkan ia melibatkan ilmu-ilmu isyarat serta kiasan yang tidak perlu kepada suara untuk menerangkannya serta tulisan untuk mentela’ahnya.

Justeru, replika capal Nabi adalah dengan terjahaman satu alat Nabi Muhammad saw berjalan baginda diatas muka bumi ini. Maka di dalam Qur’an Perjalanan Nabi Muhammad saw adalah disebut Isra'. Apakah maksud Isra’ secara ringkas? Isra’ adalah Perjalanan Nabi menuju Tuhan. Maka disitu kita boleh bertanya, kenapa bentuk replika capal itu tajam di hadapan? Kerna perjalanan menuju Tuhan ini memerlukan perkara yang tajam (tajam maksud adalah akal yang tajam memahami mantiq pengibaratan kerna berkaitan ilmu mengenali Tuhan adalah ilmu tasawwuf yang banyak penggunaan mantiqnya) dan perkara yang laju (Kalau di dalam peristiwa Isra' kiasan dia Buraq adalah haiwan yang laju). Namun, boleh dikatakan jua tajam itu syuhud yakni menyaksi Tuhan sebagai satu amalan salikin menuju Tuhan. Kerna kiasan syuhud adalah anak panah sekiranya di dalam peperangan baginda Rasulullah s.a.w. Sebab mata panah adalah tajam fungsi bergerak ia sepantas serta laju.

Dan kenapa kelihatan dibahagian belakang capal itu, berbuncu tiga bahagian. Seolah-olah kelihatan buncu tiga itu dengan mengambil simbolik yakni Hukum yang di bangsakan kepada Akal yakni wajib, mustahil dan harus. Apa fungsi hukum akal? Fungsi dia adalah Syuhud untuk nyata Tuhan jua. Kerna tanpa hukum yang dibangsakan oleh akal, syuhud tiada guna jua. Justeru tiga buncu tersebut adalah peranan akal atau minda manusia untuk dibangsakan dengan ilmu hukum akal sepertimana yang telah dibahaskan oleh Imam As-Sanusi Rohimahullah.

Kesimpulan, justeru perkara ini sebenarnya tidaklah perlu dikecohkan dalam mida masyarakat yang cetek dengan pengetahuan ahli sufi, bahkan mejadi satu malapetaka fitnah terhadap perbuatan sufi memakai design capal Nabi Muhammad saw. Kerna setiap sufi kerja dia adalah Menuju Tuhan, dengan jiwanya cinta kepada kekasihNya sebagai utusanNya tidak hairan rasa cinta itu diterjemahan dengan zahir perbuatan mereka. Bahkan orang-orang yang jahil dan lari dari mempelajari ilmu tasawwuf sahaja akan mengkritik dan terus berbunyi dengan salakan akibat daripada kejahilan mereka sendiri. Ingat, bahawa Nabi Muhammad saw tidak pernah diutuskan untuk kerja yang sia-sia. Tapi ia bergantung diatas diri kita samada tahu ataupun tidak sehalus-halus perkara yang berlaku di atas Nabi Muhammad saw sekalipun. Orang-orang jahil sahaja yang suka bertelingkah yang tidak tahu asal usul amalan ahli sufi yang sebenar.

No comments:

Post a Comment