Wednesday, April 22, 2015

KETERANGAN: ZIKIR DAN MENARI



Soalan yang patut ditanya, kenapa si pengamal zikir ini mahu berzikir sambil menari? Kalaulah saya ditempat mereka itu, nascaya ini jawapannya. Merujuk secara ringkas tentang zikir menari yang sedang hangat di garisan minda masyarakat pada waktu semasa ini. Justeru, kita melihat kepada isu zilkir menari bahawa ada golongan yang menbantah dan ada golongan yang membela.  Tetapi artikel ini bukan mahu merujuk kepada dua pihak ini, bahkan lebih merangka struktur pandangan kepada beberapa fatwa semasa yang telah dikeluarkan.

Sepertinya berat untuk memandang kepada fatwa-fatwa yang telah diutarakan. Kerana fatwa serta keterangan dari dalil-dalil serta hujjah-hujjahnya itu hanya keterangan yang merujuk struktur zohir dan fizikal. Demikian sebenarnya fatwa itu hanya dikeluarkan oleh golongan ahli-ahli zhohir, ataupun sekadar mahir dibahagian kulit syariat. Tanpa melibatkan pandangan sebenar dari orang-orang tasawwuf serta kerohanian. Sedangkan zikir sambil menari ini cenderung dari pengamalnya adalah golongan sufi serta tareqat tertentu. 

Apabila hal ini melibatkan dengan kesufian, maka adalah satu pandangan yang patut dikemukakan yakni hal yang melibatkan kemantangan spiritual serta rohani. Kerna ilmu tasawwuf kesufian, adalah hal yang menjana perkara rohani dan spiritual mu’min. Justeru, setiap dalil dan hujjah yang dikeluarkan tersebut, masih tidak merujuk dengan tahap peranan pengisian kerohanian.  Dari pengamatan saya, bahawa zikir sambil menari ini, sering dilakukan oleh golongan sufi tareqat tertentu. Kerna dari setakat ini merujuk kepada sufi hakikat, sesungguhnya aku tidak pula melihat golongan sufi hakikat zikir dan sambil menari. Tetapi hakikat yang sebenar akan telah berlaku kepada sufi hakikat dalam zikir serta pergerakkan akan sedikit disentuh.

Jadi apakah sebenarnya dari konklusi zikir sambil menari ini? Sebenarnya pada kaca ilmu tasawwuf sufi ini serta pengalaman yang dikeluarkan oleh penzikir yang menari ini, adalah faham golongan mutawassid (pertengahan atau orang yang menjalani tareqat) kepada konsep maqam fana’ dan baqa’ dalam istilah ilmu tasawwuf. Tetapi zikir menari ini bersifat gerakkan yang sementara mungkin boleh dinisbahkan didalam maqam fana’ sahaja. Justeru sering kali seorang guru sufi memberitahu, bahawa faham orang mutawassid atau tareqat pada maqam fana’ dan baqa’ adalah masih tidak tepat. Apabila orang tareqat mendakwa bahawa maqam fana’ dan baqa’ yakni setikamana mereka enak berzikir sehingga tidak menyedarkan diri didalam lautan zikir tersebut beserta kehilangan emosi akibat daripada perbuatan demikian.

Justeru apakah sebenarnya diertikan dengan maqam fana’ dan baqa’ didalam ilmu tasawwuf? Jadi secara ringkasnya, fana’ dan baqa’ adalah tindakan daripada syuhud (menyaksi atau memandang) seseorang salik kepada syuhud hanya wujud adalah Allah semata-mata. Yakni diibarat fana’ yaitu memandang tiap-tiap makhluk adalah musnah pada wujud Allah semata-mata. Serta baqa’ yakni kekal ia kepada syuhud wujud Allah Yang Esa ditajallikan pada wujud tiap-tiap makhlukNya.

Dan pada hakikatnya, maqam fana’ dan baqa’ adalah keadaan seseorang tersebut berada dalam keadaan syuhud yang sedar serta yakin wujud Allah Ta’ala. Yakni tidaklah sepertimana yang telah disangka oleh golongan tareqat bahawa faham mereka dengan konsep fana’ dan baqa’ dengan mengatakan hilang serta berkhayal dilautan zikir. Sedangkan pada kesan itu, tidaklah dinamai didalam ilmu tasawwuf sebagai fana’ dan baqa’. Akan tetapi dinamai ia pada lahjat masyarakat sebagai orang yang sedang mengalami rasa “menurun” atau perkara yang berlaku didalam segelintir masyarakat di timur negeri sebagai amalan yang dialami oleh seseorang dalam perbuatan “main teghi” katanya. 

Justeru tidak hairanlah, ada beberapa kesan bahaya kepada perbuatan ini, hasil dari pengalaman. Adalah dari segelintir ahli tareqat menerangkan, bahawa seketika mana mereka sedang enak berzikir sampai ada yang pengsan serta ada pula yang tidak sedarkan diri. Sehingga berkata dari segelintir mereka bahawa ada unsur makhluk alam ghaib yang datang menganggu mereka sedangkan mereka didalam keadaan sedang menyebut serta berzikir kepada Tuhan. Sebab itulah sering ditegaskan oleh sufi, bahawa berzikir sehingga rasa keadaan tidak sedarkan diri adalah permainan Tok Sheikh semata-mata. “Tok Sheikh” adalah merujuk kepada geng syaitan dan kuncu-kuncunya yang membuat si pengamal zikir berasa terlampau ghairah serta menurun dengan tidak sedarkan diri serta tidak tahu emosi. Kerna peranan “Tok Sheikh” adalah menghilangkan sedar emosi akal fikiran manusia jua. Sepertimana arak diharamkan dengan kata pada syariat adalah “menjaga akal”, dan terutamanya semasa seorang itu mabuk ditegas mendekati sembahyang. Oleh itu, penting peranan fikiran emosi akal agar sedar didalam setiap amalan berzikir.

Justeru perbuatan-perbuatan ini membuka ia kepada jalan fitnah orang zhohir serta orang awwam kepada ahli sufi tasawwuf secara keseluruhannya dengan tidak mengira yang mana sebenar dan yang mana terdapat menyelewengnya. Bahkan fitnah masyarakat yang mula menganggap ilmu tasawwuf sesat bukan sahaja terkesan kepada sufi tareqat, malah melarat kepada sufi hakikat serta ilmu yang membuka kepada perkara Al-Haq yakni pengamal ilmu tasawwuf secara keseluruhannya.

Walaupun bagaimanapun, perlu diketahui bahawa dari sesetengah pengamal tareqat ada jua yang sampai ia pada maqam fana’ dan baqa’ yang sebenar sepertimana penta’rifan dari kaca ilmu tasawwuf yang dimaksudkan walaupun tanpa memerlukan kepada hakikat. Justeru bagaimanakah berlakunya maqam ini pada praktikalnya? Maka hasil dari pengalaman kepada orang-orang yang terdekat yang menjalini tasawwuf, adalah diibarat fana’ seseorang salik didalam seketika waktu sehingga terkeluar ia pada waktu yang baharunya. Sebagai contoh yang pernah berlaku, seseorang salik yang duduk diwaktu sebelum seorang khatib membaca khutbah pada hari juma’at, secara tiba-tiba khatib itu membaca “Wa ‘Aqimusholaah..” yakni khatib itu telahpun siap membaca khutbah. Sedang si salik itu tidak tahu waktu khatib membaca khutbah tersebut secara sempurna. Dengan makna fana’ ia daripada segala sesuatu, yakni sehingga fana’ ia lintasan waktu atau masa yang dilinkungi dalam alam ini sekalipun. Kerna waktu dan masa jua adalah makhluk Tuhan yakni barang yang sentiasa kena ia pada jadi.

Sebenarnya kedua-dua maqam ini adalah perkara yang tidak boleh dipaksa dalam untuk mencapainya, bahkan ia adalah anugerah Tuhan kepada seseorang salik yang menujuNya sebagai satu muka pengesahan dengan amalan yang dilakukan olehnya tersebut. Yakni amalan salik yang utama adalah Syuhud. Ini sepertimana keterangan-keterangan didalam kitab ilmu tasawwuf seperti Syuhud Wahdah Fi Kasroh (Menyaksi yang Esa pada yang banyak) dan Syuhud Kasroh Fi Wahdah (Menyaksi yang banyak terbit pada yang Esa). Tetapi mungkin dari pengalaman , mahupun sekiranya orang selain yang mengenali seseorang sufi ataupun salik yang pernah melepasi maqam fana’ dan baqa’, yakni andai mahu mengetahui bahawa beliau pernah terkena pada maqam fana’ ini, adalah seperti berlaku beberapa karamat yang menyalahi ia pada adat. Yakni seperti orang yang mengenalinya dapat melihat akan  dirinya yang terbit di Baitullah Makkah semasa orang tersebut melawat ka’abah, sedangkan salik atau sufi itu tidak pernah pergi melawat dikala itu. Tetapi ini mungkin anggaran ku sahaja.

Satu perkara lagi yang perlu dibahaskan didalam isu zikir menari ini, adalah “Amrun dzauq” dalam melalui amalan berzikir, yakni rasa kelazatan atau kemanisan berzikir, ia dapat dirasai oleh diri masing-masing yang hanya pernah melaluinya. Justeru, golongan tareqat yang mengamal zikir menari ini adalah dalam memaksakan diri untuk memperolehi “dzauq” dalam setiap zikir mereka. “Amrun dzauq” adalah benda yang tidak boleh aku suratkan didalam artikel ini, kerana sepertimana berkata Hukama’: “barangsiapa tiada merasai (dzauq) nascaya tiada mendapat ia”. Justeru, andai kita berada diposisi ahli pengamal zikir menari ini ia diibarat kita berkata: “bahawa gula itu manis” kepada seseorang yang tidak pernah merasai gula. Sebaliknya orang tersebut tertanya “bagaimana manis itu?” Nascaya kita tidak boleh menceritakan diri manis itu sendiri, bahkan ia perlu dirasai oleh diri masing-masing.

Perlukah “dzauq” didalam zikir atau ibadat? Ya. Rasa “dzauq’’ adalah satu juzu’ daripada juzu’ pertama yang menandakan bahawa ibadat seseorang itu diterima oleh Allah Ta’ala. Kerna ia adalah Amrun daripada satu tanda pengesahan Tuhan kepada seseorang insan yang menjalani peringkat tasawwuf sebagai salik.  Tetapi sebenarnya setiap daripada makna dzauq kepada seseorang salik boleh mendapat sesuatu pengesahan daripada Tuhan adalah “dzauq” yang sebenar dengan hanya berlaku ia didalam sesuatu perbuatan sembahyang. Justeru ini menjadi satu kehairan sufi yang menari ini apabila memilih untuk mendapat Amrun dzauq didalam berbuatan zikir dengan sambil menari. Suka untuk aku mendatang satu kisah wali sufi di negeri Tha’if, bahawa Ibrahim Adham pernah mahu memberitahu orang tentang “dzauq” dalam ibadahnya sehingga ia berguling diatas padang pasir, namun dikata orang akan kepadanya bahawa beliau telah gila. Justeru, Amrun dzauq adalah perkara batin yang tidak dapat diterjemahkan kedalam alam kabir serta zohir ini. 

Daripada topik Amrun Dzauq ini, maka suka untuk mengambil sedikit pengalaman, secara praktikalnya. Setikamana pernah menunaikan dua waktu solat yakni zohor serta asar berimankan seorang guru yang Mursyid (yang sampai ia pada maqam Nur) dapat dirasai dengan penuh ketenangan, apakah yang berlaku kepada jema’ah (jemaah sufi) semasa mereka menunaikan solat sebenarnya? Jawapanya, kelihatan tubuh masing-masing bergerak-gerak seakan berlaku satu getaran yang kuat, maka disinilah bahaya apabila dilihat oleh ahli zhohir terus menyangka bahawa orang sufi sembahyang sambil menari. Sedangkan hal ini bukan ia disengaja buat-buat oleh mereka sendiri. Bahkan dalil mengatakan “bahwa jiwa orang mu’min itu akan bergetar-getar tatkala disebut-sebut akan Tuhannya”. Seorang sahabat bertanya kepadaku, apabila aku menceritakan bahawa semasa duduk tasyahud sambil berzikir kedua-dua belah tangan bergetar amat sekali dan ia bukan dibuat-buat, bahkan berlaku ia tanpa kehendak diri, tidak lain tidak bukan hanya merasa tangan tersebut mahu memengang pedang untuk terus bangkit berperang! Setelah itu hati mampu berkata “Aku nak mati sekarang ini jugak! Tak mahu hidup lagi..”.

Oleh itu, sepatutnya ahli sufi tareqat yang mengamalkan zikir menari ini berasa segan dan silu dengan faham ilmu tasawwuf yang sebenar. Kerana zikir memaksa diri dengan melakukan tarian lebih lagi menzohir serta menenggelamkan daripada lantasan maqam ihsan yang tonjolkan di dalam ilmu tasawwuf sebenar. Akhir sekali renunglah rangkap ini...
* Apabila Si Majnun nampak Laila, Dia lupa dirinya.
* Apabila Si Laila bercakap, Si Majnun sedar dirinya.

No comments:

Post a Comment