Saturday, September 13, 2014

USULUDDIN FEKAH DAN TASAWWUF

Sepertimana kita telah sedia ketahui, bahawa didalam Agama Islam terdapat tiga ilmu fardhu ‘Ain yang wajib dipelajari oleh setiap orang Muslim. Dan ini telah disepakati oleh majoriti ‘Ulama. Ilmu asas ini adalah usuluddin, fekah dan tasawwuf. Didalam bab ini, ana ringkaskan sahaja konsep serta kefahaman terhadap tiga-tiga ilmu ini kepada ikhwan. Ana hanya akan coretkan soal matlamat ilmu-ilmu ini wajib dipelajari oleh orang Islam. Kerana sepatutnya ana serta ikhwan sekalian perlu timbulkan satu persoalan didalam dada masing-masing. Seharusnya : ‘’Kenapa kita wajib menuntut tiga ilmu-ilmu ini?’’.

Sebenarnya usuluddin adalah hal-mahal berkenaan perkara-perkara usul didalam agama. Iaitu ringkasnya, hukum pertama kepada asal-masal yang terbina didalam setiap Manusia. Asal agama Islam ini dari Allah. Seperti kata: “Innalillah wa inna ilaihi raji’un” iaitu asal sesuatu dari Allah, jadi kepada Allah jua sesuatu itu dikembalikan. Setiap hal mesti kembali sebenar kepada Allah. Iaitu setiap amal serta ibadat mesti ditujukan kepada Allah. Bab kata, mahu menerima pahala dalam ibadat, ibadat itu mestilah ditujukan kepada Tuan Pemberi Pahala. Jikalau di Akhirat mahu dihitung hasil kita, namun kita tiada sebarang pahala, jangan disalahkan Pemberi Pahala, kerna salah kita di Dunia tidak tujukan amal kepada Yang benar-benar Memberikan pahala. Hukum pertama yang ana maksudkan adalah hukum yang berkaitan kita seluruh manusia sejagat dengan Allah, iaitu Hukum ‘’Wa’budullah Wala Tusriku bihi Syai’..” iaitu sembahlah Allah dan jangan memperduakan Dia dari segala sesuatu jua pun. Itu dinamai Hukum Allah. Kerna hukum wajib solat, puasa, hudud mencuri. Qisas jinayat adalah hukum perintah Islam yang khusus. Contoh hukum ini hanya melibatkan Orang Islam sahaja. Ini berbeza dengan Hukum Allah adalah sekelian alam wajib berhukum.

Mahupun fekah adalah, batang perlaksanaan ‘amal. Iaitu ilmu yang membincangkan soal ‘’bagaimana’’ sesuatu amal atau ibadat mahu dilakukan secara zohir. Inilah hukum tingkah-laku seseorang mukallah apabila berhadapan dengan Allah. Tetapi ana lebih selesa membahasakan ilmu syariat ini, sebagai ilmu hukum-hakam zohir, iaitu hukum perlaksaan berciri kesempurnaan luaran Islam. Ataupun mesra panggilannya sebagai Syariat zohir. Jadi apabila disebutkan ‘’Syariat zohir’’ hari ini, ikhwan perlu kenal ia adalah ilmu fekah atau syariat harian kita. Buat maklumat ikhwan, ana jua seorang yang lama dididik didalam syariat zohir ini. Dan hari ini secara jujurnya ana mengaku, ilmu ini akan membawa kita sentiasa berada di zohir Dunia. Mudah untuk ana ibaratkan, zohir adalah Dunia, Batin adalah Akhirat. Jikalau saudara ikhwan hanya duduk di ilmu ini, saudara akan kaya Dunia sahaja, Akhirat masih belum tentu akhir jatuhnya. Sebenarnya syariat zohir tidak ada kemanisan matlamat sebenar menuju ke Akhirat. Kerna dari pemerhatian kita sendiri pada hari ini, boleh dilihat seseorang ustaz, ustazah atau ulama’nya sekalipun yang hebat serta mahir ilmu ini, mereka akan memperolehi darjat Dunia.

Sebagai contoh, mereka-mereka yang hebat pada gedung ilmu ini seperti Mufti seorang yang ada jawatan, pangkat, kedudukan didalam sesebuah Negeri serta negara. Serperti mana-mana asatizah yang hebat, sentiasa dapat memasuki didalam siaran media dan menjadi seseorang yang amat dikenali serta popular dihadapan orang ramai hari ini. Sehinggakan sesebuah sesi ceramah mereka, dapat mengkaderkan lebih 50k ramai penonton, serta mendapat bayaran yang tinggi, dengan hasil ilmu agama ini. Begitu jua didalam sesebuah parti politik, parti politik hari ini menjurus segala yang hal-masal yang berkaitan Syariat zohir, kerna slogan utama pada hari ini, adalah untuk menubuhkan sesebuah Negara yang ‘’bersyariat’’. Serta orang-orang politik, adalah jua mereka-mereka yang mahir ilmu ini sebagai ustaz-ustaz digandingkan nama istilah ‘Yb’ sekali. Ini berlawanan dengan kata: “ Qulil Haq Walau Kana Murran’’ iaitu berkatalah Yang Benar, walaupun ia Pahit. Persoalan adakah ustaz-ustaz hebat syariat ini semakin berkata hal ini {ilmu syariat} ianya pahit pada hari ini? Setelah mendapat pelbagai nikmatnya Darjat Dunia. Ini adalah ilmu sempurnakan hanya dipakaian. Tetapi ingat duhai ikhwanku, sesungguhnya orang yang memiliki ‘Furqan’ tidak akan pernah tertipu dengan hanya pakaian luaran.

Baiklah, sekarang ini masuklah kita didalam bicara matlamat ana sebenarnya. Iaitu membicarakan ilmu tasawwuf. Mungkin orang awam tidak selesa mendengar nama ilmu tasawwuf, kerana mind set kita hari ini terus membayangkan itu satu ilmu yang tinggi dan mereka merasakan tidak layak untuk memperlajarinya kecuali orang-orang yang tertentu sahaja. Ada juga kata-kata negatif dikeluarkan dari mulut asatizah sendiri, apabila ditanya oleh pelajar yang mubtadi soalnya, mereka hanya akan menjawab: ‘’itu ilmu tinggi, bukan tahap kita, tak menuntut ia pun tak apa’’. Hakikatnya, beliau sendiri tidak mampu untuk menceritakannya, dan bagi menggelakkan diri daripada ditanya oleh pelajarnya menjadikan ia sebagai alasan. Satu alasan yang lebih perit lagi buat kita golongan Mubtadi hari ini untuk mempelajari ilmu tassawwuf ini seumpama berkatanya seseorang itu: ‘’Jangan tanya banyak-banyak pasal Tuhan, nanti jadi gila isim pula..”. ini satu alasan yang amat melampau pada hari ini. Hanya oleh kerana mahu menggelak diri daripada ditanya oleh orang sesuatu yang dia tidak mampu menjawabnya. Duhai ikhwanku, jangan kamu perit dan tertipu dengan pelbagai kata-kata sempit sandiwara dari Tok Sheikh Tok sheikh yang hanya memakai pakaian ‘’Ulama warosatun An-Bia’.’’ Kerna perjalanan kita iaitu Salik harus mencari guru yang sebenar. Kerna padanya ada ilmu yang sebenar. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang bagi tiada diri. selagi matlamat menuju Tuhan kamu tidak temui. Teruskan berjalan dan mencari ilmu yang sebenar itu.

Ringkasnya buat ikhwanku, didalam ilmu tasawwuf terbahagi pula kepada dua. Iaitu tasawwuf ibadat dan tasawwuf hakikat. Didalam tasawwuf banyak penggunaan analogi deduksi mantiq, ibarat kepada hampir faham. Sebab itu tasawwuf ilmu yang sedikit dalam dari ilmu usuluddin serta syariat. Sejujurnya ana bukan seorang yang amat mendalami kesemuanya, tambahan pula tasawwuf ibadat. Kerana tasawwuf ibadat biasanya didonimasi oleh golongan mempunyai tarekat tertentu. Untuk mudah faham, tasawwuf ibadat adalah perkara yang membincangkan sesuatu yang boleh membatalkan amal ibadat untuk memperolehi pahala, walaupun sesuatu itu hanya sekecil ukuran zarah sekalipun. Contohnya ada sedikit riak pada ibadat seseorang itu boleh membatalkan ibadatnya serta merta. Tetapi didalam tasawwuf ibadat tidak ada menceritakan menyatakan jalan bagi penyelesaian didalam hal tersebut. Jadi sebenar tasawwuf hakikat sahaja yang akan menceritakan cara-cara untuk menggelakkan hal-hal yang membatalkan pahala ibadat tersebut terjadi pada diri kita.

Baiklah ikhwan, setakat ini mungkin ana akan terus bawa ikhwan menuju konsep tasawwuf hakikat yang lebih mendalam lagi. Tetapi ini bukanlah coretan untuk mengajar atau mendidik  ikhwan, sesungguhnya coretan ini dituliskan hanya dalam bentuk satu cerita didalam menyentuh gerak hati ikhwan mencari jalan yang Haq. Mungkin tulisan ana ini kerana pengertian Ar-Rahim Tuhan didalam hati ana, walaupun begitu berat jua untuk ana ceritakan hal ini dengan jalan alam maya ini. Kerana petua tuan guru ana sendiri berkata bahawa ilmu ini {yang telah diajarkan beliau} tiada buku atau tulisan dapat menceritakan, kerna makna ‘’Petua menglakaui ilmu’’ segala kitab tasawwuf hanya pakai-buang. Iaitu penulisan tidak akan dapat menceritakan ilmu serta perbuatannya.

Justeru, hakikat yang sebenarnya ilmu tasawwuf adalah ilmu yang lebih detail untuk menerangkan ilmu-ilmu yang sebelumnya tersebut, iaitu usuluddin dan syariat. Kerana sebenarnya ilmu usuluddin hanya ilmu aqidah yang cukup ringkas, pengetahuan didalam usuluddin tidak sampai kepada maqam Ma’rifat, serta Tauhid mungkin berlaku hanya limited.  Serta ilmu tasawwuf ini sebenarnya melembutkan lagi ilmu fekah atau syariat. Jadi ikhwanku, jangan confius oleh kata-kata orang Usuluddin ataupun hanya separa Syariat. Justeru sesuatu yang ana ingin coretkan sebenarnya adalah berkenaan ilmu tasawwuf hakikat. Apakah sebenarnya yang terkandung didalam tasawwuf hakikat? Ilmu hakikat atau bahasa ana gunakan adalah Syariat Batin. Jadi bermula disini, mungkin banyak penggunaan ibarat mantiq yang terpaksa ana gunakan untuk menerangkan ciri serta konsepnya.

Ibarat yang pertama bagi merangkumi separa faham didalam keseluruhan ketiga-tiga ilmu asas ini adalah, Seumpama seseorang menjala ikan di Sungai. Maka mestilah memeriksa terlebih dahulu dasar Sungai yang ingin beliau melontarkan jalanya. Agar didasar tersebut tiada sebarang tunggul atau kayu yang boleh merosakkan jalanya. Mestilah jua beliau yang pandai menjala. Sebenarnya pandai menjala ibarat ketahui ilmu syariat, dasar diibarat usuluddin iaitu tempat yang perlu diperiksa terlebih dahulu. Mahupun tasawwuf diibarat batu jala, kerna sekiranya jala itu tiada batu, nascaya jalanya hanya kembang diatas air sahaja, oleh sebab tidak dapat ditujukan kedasar Sungai tersebut. Ikan diibaratkan hasil iaitu pahala dari amalannya dilakukan.

Jadi sepertimana kata-kata Ulama’ didalam kitab tasawwuf: “ Syariat tanpa Hakikat Hampa, Hakikat Tanpa Syariat adalah Batal..” sesetengah orang kata hakikat ertinya isi dan syariat ertinya kulit, ada juga yang berkata Hakikat adalah hati, kerna rosak hati, maka rosaklah segalanya sehingga hal luaran sekalipun. Tetapi makna hakikat ana tidak dapat memberi tahu ikhwan secara ilmiah disini, kerna maknanya sebenarnya didalam faham konsep tasawwuf hakikat telah ana tuliskan didalam sebuah risalah bertajuk “Hakikat Ketuhanan’’. Buat pengetahuan saudara ikhwan, hakikat masih lagi terbahagi kepada dua, mungkin ini secara padangan ana serta pengalaman dari jemaah bersama. Iaitu Hakikat Kasar dan Hakikat Halus. Mungkin hal ini tiada didalam mana-mana catatan Ulama’ yang perlu dicari oleh ikhwan, kerna ini hanya coretan pengalaman peribadi ana tuliskan disini. Ciri-ciri Orang Hakikat Kasar serta karekter Orang Berhakikat Halus mungkin ana akan tulis didalam coretan tajuk yang lain pula. Maka disinilah jari ana meminta untuk berhenti dahulu, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment