Sunday, September 14, 2014

THIRD ORIGIN: PERJALANAN MENUJU TUHAN

Meneruskan perjalanan menuju Tuhan siri ketiga ini, duhai ikhwanku yang ana sentiasa hormati, didalam siri kedua ana telah kongsikan keadaan Pengajian di Pondok-Pondok Agama pada hari ini. Jadi didalam siri kali ini ana mahu membawa ikhwan terbang bersama ana ke bahagian Timur Tengah pula. Ramai dari kalangan para sahabat ana ataupun saudara-saudara ikhwan sendiri mempunyai cita-cita untuk menuntut ilmu agama diluar sana. Saudara ikhwanku, mungkin ana sendiri tidak dapat mencerita secara panjang lebar serta selok belok ilmu tasawwuf dikawasan Timur Tengah. Tetapi mind set orang awam hari ini adalah telah menerima kenyataan dengan kethiqahan yang tinggi bahawa ilmu pengajian agama dibahagian timur tengah adalah yang terbaik sekali pada abad ini. Ini seperti di Al-Azhar Mesir, Jordan, Madinah, Yaman, Libya, Iskandariah dan sebagainya.

Ya, memang ilmu-ilmu agama diluar sana cukup berkembang, kerna bahasa rasmi Agama Islam adalah bahasa Arab jua yang didominasi oleh bahasa penggunaan bangsa Timur Tengah. Mungkin ana tidak mencerot dari pengalaman ana sendiri, tetapi ini hasil dari int pemerhatian ana dari sahabat-sahabat kita yang pernah menuntut diluar sana jua, seperti Al-Azhar, Madinah dan seterusnya. Memang tidak dapat dipertikai pengetahuan mereka yang pernah belajar ilmu tasawwuf di Timur Tengah, tetapi sebelum ana terlupa, sebenarnya di Timur Tengah tidak dinamai sebagai ilmu tasawwuf, ia lebih dinamai sebagai ilmu Akhlak. Asatizah yang pernah menceluk ilmu agama disana banyak thaqafah ataupun maklumatnya. Tapi sayangya disana jua tasawwuf masih tidak sampai maqam ketuhanan yang sebenar. Buat pengetahuan ikhwan, sebenarnya ilmu tasawwuf dari dulu sehingga sekarang semakin pudar dan hilang, perkara ini berlaku hatta di Timur Tengah sekalipun. Ilmu tasawwuf tidak hangat seperti orang-orang terkemudian dapati atau pelajari pada zaman dahulu kala lagi. Pada pandangan ana, mungkin hal ini berlaku kerana perkembangan ilmu fekah atau syariat terlalu pesat. Hatta dimana-mana kebanyakkan asatizah adalah graduasinya didalam pengkhususan tersebut.

Dan setengah andaian lain, orang yang menuntut ilmu fekah atau syariat harini tidak dapat menjadi fahaman yang sealiran dengan ahli tasawwuf hakikat sepertimana yang telah ana bincangkan didalam siri sebelum ini. Ancaman dari kesilapan faham ini boleh jua menyebabkan ketakutan orang awam untuk memperlajarinya dan terus memdalaminya. Ada jua dari sahabat-sahabat ana apabila disoal tentang soalan-soalan ketuhanan hakikat ini jua mereka tidak dapat melepasinya, walaupun hakikatnya mereka telah menuntut ilmu usuluddin diluar sana bertahun-tahun sekalipun. Tetapi sekurang-kurang mereka sedikit mempunyai kemahiran untuk menjawab beberapa saoalan-soalan ketuhanan melalui pelbagai fakta yang boleh diterima orang awam. Wahai ikhwanku, sesungguhnya didalam siri ketiga ini ana tidak ingin menarik isi yang panjang. Kerana beberapa isi yang lain berkenaan ilmu hakikat ketuhanan ana perlu coretkan didalam beberapa topik yang lebih khusus. Mungkin jua selepas ini, penulisan ana lebih complicated dari yang sebelumnya. Mungkin ikhwan yang dapat membaca coretan dari penulisan tersebut adalah dari golongan-golongan yang mempunyai ‘’Furqan’’yang mahir serta tinggi.

Jadi, telah tibanya ana berhenti menulis tentang gedung-gedung ilmu tasawwuf yang ada disana-disini, timur dan barat, selatan dan utara. Seterusnya ana akan cuba coretkan konsep serta selok-belok ilmu-ilmu asas didalam agama diantara usuluddin, syariat serta tasawwuf.

No comments:

Post a Comment