Tuesday, September 9, 2014

THE ORIGIN: PERJALANAN MENUJU TUHAN

Seeloknya adalah diperkenalkan diri ana terlebih dahulu. Ana seorang bangsa Melayu Non-Muslim dan telah di Islamkan pada 13 haribulan 10 tahun 2012. Sebenarnya ana telah dididik dari kecil sehingga besar dalam majoriti golongan syariat. Kerna asal pentarbiyyahan ana dari sekolah agama yang berwarna Hijau..hehe. Sehingga keperingkat pengajian tinggi awam sekalipun, ana dari lulusan ijazah sarjana muda syariat iaitu bidang fekah dan usul fekah di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia Gombak. Sebenarnya bidang tersebut ditawarkan di Universiti itu lebih menjurus kepada menyelesaikan isu-isu shariah complaints didalam pengurusan ekonomi semasa. Mungkin tujuan utama Universiti itu menawarkan bidang tersebut untuk menghantar proksi-proksi graduannya dalam pengurusan public or private  banking dan financing.

Apa yang lebih ana perhatikan, disana iaitu Universiti Islam tersebut menawarkan tiga pengkhususan pengajian Islam komtemporari yang telah terdiri dari Hal Usuluddin, Quran n Sunnah serta Syariat. Rupenya tiga ilmu asas agama yang ditawarkan dimana-mana universiti tidak dapat membawa aku mengenal Tuhan sebenar-benarnya. Malah ada yang memeningkan dan boleh memesongkan pula ada. Kerana di pengajian tinggi atau mana-mana institusi pengajian rasmi, para penutut ilmu diajar keaslian dengan disiplin ilmu sahaja. Dan sehinggakan mereka terlalu fanatik pada sanad, sumber, asal, rujukan, kekuatan nusus. Maaf sekiranya update blog ana kali ini adalah teruk discriminasi terhadap golongan-golongan yang cerdik pandai profession tertentu. Dan buat pengetahuan para pembaca, ana pernah dilebal sebagai pro-discriminasi in majoring. Tapi ana tak kesah apa yang orang kata sekalipun, asalkan mereka tercetus fikir dan renung terhadap luahan ana ini.

Baiklah, ana cuba ringkaskan kata. Pertama model majoring in usuluddin yang diajarkan di Universiti tempatan, dan ini pengalaman ana di Uia ini, kerna ana sering berbual dan ber-interview dengan sahabat-sahabat usuluddin dengan beberapa soalan-soalan ketuhanan, ini seperti dimanakah Allah? Tapi berdasarkan buku text rujukan para pelajar di Universiti, soalan itu lebih kepada jawapan menempatkan Allah itu diatas Arasy. Namun, sahut mereka bahawa mereka diajar untuk menerima kedua-dua padangan, ini seperti padangan pertama Allah ada diatas Langit berserta dalil, sanad, sumbernya sekali. Mahupun padangan kedua, Allah ada tanpa tempat, serta dengan beberapa hujjahnya. Katanya kerna setiap lecturers mengatakan untuk menghormati khilaf dan pendapat Ulama’. Tapi hakikat sayangnya majoriti daripada fikiran mahasiswa ataupun mahasiswi Universiti mengambil faham Allah diatas Langit. Ataupun aqidah Tuhan tidak tahu dimana-mana serta confius untuk memikiran hal itu. Sebenarnya dua padangan khilaf berikut, adalah membuatkan akal kita tidak dapat menerimanya, inikan pula mahasiswa yang cerdik perlu berfikir. Kerna padangan silang jauh berbeza serta berlawanan antara satu sama lain. Baiklah, ada berkata itu padangan batil ataupun padangan golongan yang sesat dinamai wahabi, sebab itu graduan budak Universiti ramai jadi Wahabi..hehe. hermm.. Tapi penulisan ana ini sebenarnya bukan untuk menjawab persoalan-soalan usuluddin tersebut, bukan lagi untuk berbicara hal sejarah kumpulan-kumpulan aqidah, ataupun konsep ilmu-ilmu Tauhid seperti Tauhid Tiga serangkai oleh Ibn Taimiyyah serta Tauhid Sifat dua puluh serta sebagainya. Mungkin dicoretan yang lain ana cuba untuk memberikan klu-klu kecaluan hal aqidah ini.

Baik, didalam hal yang kedua pula, ini soal geng-geng pelajar Quran dan Sunnah di Universiti, yang melemahkan diri ana dengan geng-geng majoring Quran Sunnah ini, adalah mereka hanya terlalu fanatik bercakap soal sanad, keshohihan, sumber dll. Mungkin tak salah buat mereka jua, kerana selama empat tahun untuk ijazah mahupun dua tahun untuk mastering atau dua tahun lagi sebagai Phd sekalipun mereka telah terdidik sedemikian. Memang tidak salah mengaji dan menjadi pro-keshohihan, pro-sanad dan dll. Tapi mereka telah lupa matlamat asal Islam itu diturunkan Allah kepada bangsa Manusia seluruhnya. Ini berdasarkan pengalaman ana yang jua berbual bicara bersama mahasiswa majoring Quran  Sunnah ini. Sebenarnya ana sering bertanya, bagaimana ayat Quran ini mahu difahami? Dan bagaimana hadis ini mahu diamalkan?. Sayangnya mereka tidak dapat memberitahu ana cara-cara untuk mengaplikasinya didalam kehidupan seharian. Mereka hanya tahu menghafal ayat-ayat Quran sehingga 30 juzu didada ataupun hadis-hadis shohih yang banyak sekalipun. Tetapi lupa matlamat Islam yang sebenarnya, seperti pakaian amal dengan setiap patah ayat Quran serta hadis. Baiklah, bercakap tentang hakikat, sebab itulah Sayyidina Abu Bakar Ra sebenarnya pada zamannya tidak mahu Quran itu ditulis dalam satu Musnaf, kerna beliau telah bimbang satu hari nanti umat Islam akan lupa pada Matlamat asal Quran diturunkan serta hadis Nabi diwahyukan. Tapi sayangnya kebimbangan Sayyidina Abu Bakar Ra dahulu telahpun  terjadi pada hari ini, iaitu apabila Quran telah dipertulis dalam Musnaf, maka umat hari ini telah diperlekakan dengan hanya memperlagukan ayat Quran yang ditilawah, dipertajwidkan, ditarannun, dipergaji, dihafal, dipertandingan hafazan serta tiliwahnya, hanya diperelokan pada kulitnya tapi hakikat Muslim yang tiada isi. Sebenarnya pada zaman Rasulullah saw, wahyu diturunkan lalu diamalkan oleh para sahabat. Namun, hari ini menjadikan Islam yang sebenar pada dada-dada orang Islam sekarang tidak ada guna lagi.

Yang ketiga, tentang majoring ana pula, iaitu syariat. Sebenarnya sekiranya seseorang mahasiswa dari majoring Quran Sunnah serta Majoring Syariat ini tidak pernah mengetahui atau belajar dari sesiapa tentang ilmu usuluddin atau tasawwuf, terutamanya tasawwuf hakikat, nascaya dalam terang-terangan aqidah ketuhanan mereka Allah telah mengambil lapang, kerna faham ayat msutasyabihat secara direct, ataupun mereka tidak tahu serta tidak mengambil kesah soal Tuhan ada dimana-mana pun disebabkan itu bukan majoring mereka. Inilah yang ana sentiasa soal, pantau dan interview kesemuanya. Sebenarnya hal ini cukup bahaya, kerna melibatkan soal i’tiqad yang membezakan ia itu Islam ataupun masih ‘Kafir’. Baik, tentang graduasi dari majoring Syariat ini masalah utama adalah pendapat mereka ini akan bercanggah dengan faham orang-orang tasawwuf hakikat, kerana syariat adalah hal hanya zohir dan hakikat syariat yang berciri batin. Menyebabkan orang syariat zohir yang mahir akan mengatakan perbuatan orang hakikat menyeleweng serta sesat dari ajaran Islam. Bertambahan pula, graduasi syariat adalah model-model kepala yang sering menguasai institusi-institusi rasmi penfatwaan hukum-hakam.

Sebenarnya, pada zaman Rasulullah saw ataupun para sahabat, syariat zohir serta syariat batin iaitu hakikat adalah sehaluan dan sejalan, tidak perlu ada percanggahan faham diantara golongan ahli syariat dan ahli hakikat. Malah para sahabat yang hebat syariat zohir sekalipun mengutamakan sahabat mereka yang lain iaitu yang lebih mahir ilmu hakikat berbanding mereka. Inilah silap umat hari ini, bahasawasenya seseorang yang hanya telah hadam satu ilmu syariat sahaja serta dah yakin berasa cukup hebat untuk melebel yang lain itu sesat. Sedangakan Ulama’ terdahulu belajar kesemua bidang ilmu dan tidak ada percanggahan diantaranya kerana telah memahami yang lebih utama diantaranya. Mungkin para pembaca masih tidak jelas apa yang ana sebenarnya ingin coretkan, kerna ana masih belum berbicara secara terperinci soal hakikat sebagai syariat batin serta konsepnya yang sebenar.

Tidak elok ana rasa terlalu panjang untuk ana ceritakan lagi didalam mencoretkan satu-satu post update ini, memandangkan Islam mengajar kita tentang kesederhanaan, jadi ana rasa baik dan elok untuk ana buat sambungnya yang kedua berkenaan Bicara ana “Perjalanan Menuju Tuhan” ini. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment