Thursday, September 18, 2014

SYARIAT TAREKAT DAN HAKIKAT

Secara ikhlasnya, diri ana ini tidaklah layak untuk menceritakan tiga-tiga fahaman golongan ini kepada ikhwan pembaca. Terutamanya dari segi fahaman ahli pengamal Tarekat, disebabkan ana jua tidak pernah menyertai mana-mana tarekat yang popular ataupun tidak pada abad ini. Tetapi mungkin jua saudara ikhwan boleh mengambil beberapa i’tibar dari penulisan ini, kerana ini jua berdasarkan beberapa pengalaman dari pemerhatian ana didalam pengajian ilmu tasawwuf hakikat ini. Sering ana ingat, sehingga ketahap ini mungkin bahasa penulisan ana sedikit complicated serta kasar, justeru ana harapkan supaya ikhwan yang dapat membaca penulisan ini adalah golongan yang tahu menggunakan al-Furqan. Kerna furqan padanya timbangan sebagai alat timbang diantara zahir dan batin, diantara haq dan batil.

Untuk pemerhatian saudaraku ikhwan, bahawa didalam konklusi tiga peringkat golongan ini, bolehlah dirujuk jua dialam kitab yang dinamai “Kasfur Asrar” iaitu karangan Syeikh Mohd Salleh Abdullah Mengkabau. Didalam penulisan teknik penyampaian kitab ini dalam bentuk soal serta jawab, yang juga banyak mengkisarkan hal-perihal orang-orang syariat, tarekat dan hakikat. Ataupun ia dinamai golongan mubtadi iaitu orang syariat, golongan mutawasid iaitu tarekat dan golongan muntaha iaitu hakikat. Yakni peringkat orang permulaan itu ertinya kepada orang syariat zahir, peringkat kedua adalah golongan pertengahan iaitu orang yang bertarekat dan golongan penghabisan tahap yang tertinggi ialah golongan orang ilmu hakikat.

Baik, dalam membincagkan soal golongan orang yang pertama iaitu golongan orang awam adalah golongan orang ilmu syariat atau fekah. Sepertimana hal ini iaitu tentang orang syariat telah ana bincangkan didalam tulisan ana sebelum ini. Mungkin untuk menambah faham ikhwan yang tidak pernah membaca coretan ana sebelum ini, maka seeloknya dirujukkan kembali kehalaman tajuk-tajuk dari beberapa coretan ana yang sebelum ini. Jadi pada pendapat ana, golongan syariat dinamai golongan ahli zohir ini lebih kepada pementasan graduasi bersifat ‘Abid. Perkataan ‘Abid adalah erti orang yang berbuat sesuatu untuk memiliki diatas sesuatu. Apa yang dilihat golongan ini dalam zaman ini, lebih memiliki serta bertambah perhiasan Dunia. Ada perasaan cita-cita akan terhadap kemulian Dunia. Mahupun perbuatan ‘Amal mereka di Dunia ini kerna cita-cita mereka akan Syurga. Kerna dalam setiap amalnya adalah bertujuan pahala serta ganjaran yang banyak dari Tuhan. Sebenarnya golongan ini sekadar benar pada syariat luarannya menuruti perihal Nabi Muhammad, tetapi matlamat masih terpesong iaitu tidak ada sebenar-benar ikhlas serta sebenar hati menuju Tuhan.

Mahupun golongan tarekat, golongan ini sedikit halus serta gigih berbanding dari golongan syariat. Didalam Kasfur Asrar, katanya golongan ini masih terkena hukum syirik tersembunyi. Kerna pada ahli tarekat masih ada keinginan memiliki akan sesuatu. Mungkin ada segelintir dari ikhwan masih tidak mengerti apa yang terkandung didalam golongan ‘’Tarekat’’. Justeru sedikit ana ulaskan tentang konsep tarekat. Tarekat secara general adalah maksud satu jalanan. Tarekat adalah perbuatan amalan-amalan zikir yang diperturunkan kepada anak-anak muridnya, atau ahlinya dari rantaian guru-guru yang bersambung sanad kepada Nabi. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang bersanad, amalan tasawwul seperti yang dilakukan secara bersendiri di tempat yang sunyi seperti didalam gua dan sebagainya. Secara jujurnya, pengamal tarekat kemungkinan banyak diganggu oleh perkara-perkara yang aneh serta pelik. Atau ada dari segelintir mereka mampu menunjukkan sesuatu ‘’karamat’’ yang melebihi tidak dapat dilakukan oleh orang-orang awam. Seumpama guru-guru mereka boleh berjumpa dengan ruh-ruh orang yang telah mati serta berbual bicara dengan mereka.

Secara jujurnya, tarekat adalah syirik semata-mata. Kerana golongan ini tidak mencapai maqam ihsan serta ikhlas yang sebenar. Kerana menginginkan hal-hal ‘’karamat’’, sesuatu yang diluar jangkaan akal orang awam. Buat pengetahuan ikhwan, potensi ahli pengamal tarekat jua sangat berkedudukan bahaya, kerana perbuatan bertarekat mudah diganggu oleh Syaitan yang mahu menyesatkan orang-orang Mu’min. Kemungkinan ada segelintir dari ikhwan akan confius diantara beza orang tarekat dengan orang hakikat. Kerna kebanyakkan orang tarekat jua mempunyai ilmu-ilmu orang hakikat. Kerana tahap-tahap perjalanan seseorang salik menuju Tuhan adalah bermula dengan Syariat kepada Tarekat dan berakhir dengan Hakikat. Dari pemerhatian ana jua, memang perkara-perkara yang melibatkan ‘’Kasyaf’’ mudah bagi golongan penganut-penganut sesuatu Tarekat. Mereka memiliki sesuatu ‘’Kasyaf’’ walaupun mereka tidak sampai kemaqam orang Hakikat sekalipun. Dari kebiasaan yang pernah ana jumpa, akan terjadi tiga keadaan perjalanan peringkat seseorang untuk sampai kemaqam Hakikat. Yang pertama, seseorang dari syariat tanpa melalui sebarang tarekat terus sampai ke Hakikat. Kedua, seseorang dari Tarekat ke maqam Hakikat tidak melalui syariat. Ketiga, yang mencukupi perjalanan mubtadi, mutawasid dan muntaha. Iaitu dari syariat kepada Tarekat dan sampai ke Hakikat. Buat maklum ikhwan, ana dari kalangan golongan yang pertama.

Didalam jemaah hakikat, orang Tarekat banyak menunjukkan perlakuan ‘’kasyaf’’ berbanding orang syariat yang bersama orang hakikat. Sebenarnya kekuatan seseorang sebelum menuju Hakikat adalah syariat zahir. Hal ini akan menyumbang kepada hakikat halus iaitu orang hakikat yang lebih teliti serta menjaga syariat zahir lebih lembut serta lendik lagi dari orang yang hanya kuat dimaqam syariat sekalipun. Mungkin hal ini ana akan diperincikan didalam tajuk yang lain didalam menceritakan kedudukkan orang-orang hakikat pada akhir-akhir zaman ini. Daripada apa yang ana perhatikan, hari ini mungkin jua ramai mahu berbicara tentang ilmu-ilmu orang hakikat, sepertimana yang berlaku didalam media sosial. Sesetengah dari mereka mengambil ilmu-ilmu seperti Martabat Alam Tujuh yang dibawa oleh Tok Kenali, ataupun Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksama. Ya, ana jua pernah membaca sebuah kitab hasil tulisan dari Haji Ahmad Laksama berkenaan Hakikat Insan. Seperti apa yang beliau tulisankan didalam buku ‘’Hakikat Insan’’ tersebut, beliau juga menyambung ilmu-ilmu dari ilmu Tok Kenali serta Tok Kemuning jua. Buat pengetahuan ikhwan, Haji Ahmad Laksama adalah golongan hakikat kedua yang ana tulisankan diatas, iaitu tanpa teguh di ilmu Syariat zahir terlebih dahulu. Dan beliau dari kuat bertarekat sedikit menuju Hakikat. Ini kerana didalam tulisan buku beliau kuat membatai orang-orang Syariat yang tidak berhaluan dengan beliau. Secara jujurnya, ilmu yang pernah dipelajari ana tidak sama sekali dengan ilmu yang ada dengan Haji Ahmad Laksama. Mungkin ana terlalu leka hanya menceritakan tentang golongan Syariat serta Tarekat sahaja didalam penulisan ana  kali ini, tanpa menyentuh tentang golongan hakikat. Ikhwanku, mungkin ana akan coretan soalnya didalam penulisan post bertajuk lain pula hal yang demikian. Jadi mengundur jari dengan pengibaratan mantiq ini. Wallahu ‘alam.

Orang syariat ibarat orang yang masuk hutan mengambil buluh untuk membuat meriam kabad. Orang Hakikat ibarat orang masuk hutan mengambil buluh buat leman. Letupan meriam kabad kuat mengejutkan ramai penduduk kampung, mereka datang berderu-deru menyaksikan, tapi mereka hanya mendapat hasil bau busuk kabad sahaja. Mahupun orang yang membakar leman tiada bunyi serta senyap, tetapi hasilnya dapat kenikmatan yang nasi leman yang lazat serta enak.
Petua mencari guru adalah guru yang mahu mengajar buaya berenang. Jawab sang buaya; “aku sedia hidup didalam air, aku lebih mahir untuk berenang”. Hakikatnya buaya hanya handal berenang dengan gaya ‘freestyle’ sahaja. Gaya freestyle ini hanya selamat berenang dengan menuruti air yang mudir dari hulu ke hilir iaitu turun kelaut. Sekiranya buaya tetap berenang dengan gaya freestyle dengan melawan arus air, iaitu dari hilir ke hulu naik kebukit, nascaya buaya itu akan mati kelemasan serta air memasuki perutnya. Kerna guru yang sebenar itu mengajar berenang secara Squad lentang.

No comments:

Post a Comment