Wednesday, September 10, 2014

SECOND ORIGIN: PERJALANAN MENUJU TUHAN

Baiklah, didalam bab pertama dahulu ana telah bicarakan keadaan ilmu agama di Institusi pengajian tinggi. Dan menerusi bab sambungan yang kedua ini, ana akan bicarakan pula keadaan ilmu yang membawa seseorang menuju Tuhan di Institusi pengajian yang tidak rasmi ataupun separa rasmi, ini seumpama pengajian Pondok. Tapi janganlah ikhwan pembaca menyangka ana mahu memperlekehkan pengajian pondok, sebabnya dalam tasawwuf amal Institusi Pondok adalah lebih terbaik daripada Universiti ataupun Colleges agama sekalipun. Dan di Pondok jualah kita boleh dapati pengajian ilmu tasawwuf yang mendalam.

Sebenarnya ana bukanlah pelajar dari mana-mana pondok yang tersohor ataupun tidak. Tetapi pernah jua ana menutup dipondok Pasir Tumboh Kelantan buat sepintas masa yang amat pendek. Itupun secara jujurnya ana tidak berminat dengan ilmu tasawwuf ini, apabila mendengar pengajian daripada seorang guru pondok tersebut tentang kitab Faridahtul Fara’id iaitu kitab tentang akidah, mulutnya hanya sering mengulangi perkataan ta’aluq diantara sifat-sifat Allah dan ta’aluq bagai-bagai.. Ini sungguh amat membosankan serta memeningkan kepala ana sahaja. Menyebabkan sewaktu dipondok tersebut ana hanya menyertai kawan-kawan disana yang membawa bermain Futsal pula..Ish..ish memang teruk perangai ana ni. Serta diPondok-pondok yang tersohor lain, kami pernah bertanya dengan orang-orang yang pernah mengambil ilmu disana, seperti Pondok Tumpat Kelantan, Pondok Sik Kedah serta Pondok Pattani Thailand. Pengajian perspek ilmu tasawwuf Pondok-pondok tersebut hampir sama sahaja. Katanya ilmu memang diajarkan sebegitu, iaitu mengikut kitab-kitab Pondok yang biasa diajarkan. Jika seseorang mahu mengenal Tuhan maka baca sifat 20.

Justeru, ana selaku orang awam iaitu bermula dengan golongan Mubtadi bertambah menyebabkan rasa tidak berminat untuk mendalami ilmu tasawwuf tersebut. Namun pada suatu ketika, ana pernah ditegur oleh seseorang, mungkin kerana kebiadaban ana. Beliau beritahu ana bahawa ana tidak ada faham tasawwuf, samada didalam akhlak ataupun ibadat. Namun sesekali cuba untuk membaca secara khatam serta memahami kitab-kitab yang popular yang diajarkan di Pondok-pondok, tetapi mungkin ikhwan telah faham sendiri kenapa Pondok bukan bahasa yang updated untuk mudah dibaca serta difahami mantiqnya buat generasi muda seperti ana sekarang. mojoriti di Pondok-pondok, ilmu tasawwuf aqidah yang sentiasa diajarkan adalah jalan konsep Abu Hasan As-Sya’ari serta Al-Maturidi iaitu ilmu sifat dua puluh. Jadi, cara untuk mengenal Tuhan disana adalah dengan menghatamkan atau mengenal sifat-sifat Allah.

Pernah jua ana bertanya beberapa pelajar pondok yang ana temui dimana-mana, adakah di Pondok itu atau ini ada diajarkan keadah hukum akal?  Ada mereka menjawab ‘’Ya’’. Justeru ana cuba untuk menguji mereka dengan bertanyakan satu soalan ketuhanan, “Benarkah Tuhan ini Ada? Sekiranya ia benar, mana dia Bukti dan mana dia dalil bahawa Tuhan ini ada sungguh??”. Mereka masih teragak-agak kelihatan pening dan tidak mencuba untuk menjawabnya dengan cekap. Malah ada tidak tahu jawapan langsung. Sedangkan soalan ini adalah ‘’simple’’ bagi orang yang belajar tasawwuf. Apa yang ana mahu highlightkan disini, tenaga pengajar di Institusi Pondok hanya membaca sahaja ilmu hukum akal itu dan tidak pula berhukum, iaitu lebih kepada hal faham secara praktikal. Inilah menyebabkan para graduasi Pondok tidak mahir dengan ilmu ketuhanan walaupun mereka telah menuntut ilmu di Pondok sehingga hampir dua puluh tahun sekalipun.

Memang tidak dinafikan bahawa dikebanyakkan Pondok-pondok dari segi ilmu fekah serta tassawuf ibadatnya sungguh amat digeruni. Serta tata tertik pelajar bersama guru amat dijaga serta terpelihara. Tetapi setakat ini adalah masih tiada seorang guru yang dapat mengajar ilmu tasawwuf hakikat yang sebenarnya dimana-mana Pondok, berdasarkan pengalaman ana ini. Kebanyakkan pengasas Pondok hanya mahir didalam bidang syariat, mahupun daripada satu pengalaman ana yang ana masih lagi ingat sehingga hari ini, ana pernah mengajukan satu soalan kepada salah seorang tenaga pengajar dan selaku timbalan pengasas pondok dua, memandangkan beliau sering mewar-warkan beberapa dari isi topic ilmu tasawwuf kepada para pelajar yang dihadapannya yang kelihatan tidak beberapa mengerti soal ilmu tasawwuf sambil menyindir mereka kerna cetek pengetahuan tentangnya, lalu tergerak hati ana menanyakan satu soalan iaitu “Bagaimanakah ilmu yang dikatakan mencapai tahap empat peringkat Ilmu Yakin, ‘Ainul Yakin, Haqqul Yakin serta Kamalu Yakin?’’.

Memandangkan sebenarya sewaktu mengajar beliau kurang berpuas hati dengan ana, oleh sebab ana kurang menetapi adab sewaktu belajar, iaitu ana pernah duduk sambil tersandar disatu tiang kerna belakang ana terasa tidak selesa serta sakit. Dan beliau tidak dapat menjawab soalan ana tersebut, lalu menyuruh ana membawa soalan ini kepada pengasas Pondok utama. Tidak cukup dengan tidak dapat menjawab soalan ana itu, beliau mengungut ana supaya tidak bertanya soalan sebegitu kerna mahu menguji beliau. Apa yang ana mampu katakan didalam hati adalah : ‘’Sungguh munafiq guru begini!’’. Maaf ikhwan pembaca sekiranya bahasa ana sedikit kasar. Tetapi inilah realiti, apa yang ana perhatikan, bagaimana seseorang itu mengaku guru berlagak bercakap tentang ilmu tasawwuf tetapi hakikat ilmu tasawwuf itu dapat meresapi diri sendiri dahulu, sebenarnya empat peringkat itu adalah yang perlu terkandung didalam ilmu tasawwuf sebenarnya. Setelah dari awal ana perhatikan setiap gerak-geri guru yang sebenar iaitu yang mencapai tahap maqam tasawwuf hakikat didalam beberapa ciri akhlaknya untuk sepatutnya. Namun, tenaga pengajar Pondok ini berlawanan dengan sifat guru tasawwuf hakikat, tapi ingin bercakap soal tasawwuf hakikat, iaitu sewaktu mengajar beliau duduk ditempat yang tinggi dari para pelajar. Dan sambung kata seorang guru fekah ini, bahawa pengasas Pondok itu lebih hebat pengetahuan soal tasawwuf darinya.

Justeru, ana mengajukan soalan kepada pengasas Ponok sendiri yang dikatakan ilmu tasawwufnya tinggi. Dengan soalan yang pernah ana ajukan kepada pengajar yang pertama tadi, serta satu soalan ayat al-Quran setelah ana membacanya dengan maksud:” Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa Syirik, dan akan mengampunkan dosa yang selain dari itu”. Ustaz, setahu saya Tuhan itu Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat, tapi kenapa Tuhan tidak dapat mengampunkan dosa Syirik?. Soalan pertama beliau jawab, bahawa para ‘Ulama hanya membahagikan tiga peringkat sahaja, iaitu kamulu Yakin tidak tersenarai. Serta jawab soalan kedua, katanya Tuhan menciptakan sekelian ini agar kita bersyukur, tetapi kita kufur serta tidak bersyukur kepadaNya, ini menyebabkan Tuhan tidak dapat mengampun dosa kita itu. Hermm.. sebenarnya ana bukan tidak mahu menerima jawapannya, komen ana terhadap soalan pertama, beliau sebenarnya hanya mengkaji ilmu tasawwuf secara pengbukuan ilmiah akedemik dari pengajian tinggi rasmi sahaja, bukan melalui masyaikh yang duduk di hakikat yang sebenar. Ini sepertimana padangan dari pelajar majoring in usuluddin yang ana telah terangkan sebelum ini. Komen ana berkenaan jawapannya kedua, mungkin beliau melihat ana ini terlalu muda, justeru beliau nak mengaku tidak dapat jawab soalan tersebut mungkin sedikit rasa tak kena dengan umurnya, maka beliau terus beri jawapan secara spotan sambil memikirkan kata-katanya yang mahu dikeluarkan dari bibirnya itu. Secara jujurnya jawpan beliau ini tidak bertempatan dari kehendak soalan. Kerna hakikat maksud kufur serta tidak bersyukur dan syirik jauh berbeza.

Hermm.. mungkin ikhwan pembaca masih tidak beberapa jelas terhadap cabang ilmu tasawwuf yang ana nak perjelaskan didalam blog ana ini. insyaAllah ana akan membuat satu tulisan diblog ana ini berkenakan bahagian ilmu asas didalam agama serta sedikit intro bagi memahami cabang ilmu tasawwuf. Rasanya cukup dulu penulisan ‘’Perjalanan Menuju Tuhan’’ pada bahagian kedua ini. Tun Mahathir pernah kata:” seketika sedang kamu enak makan, sila berhenti disitu”. Makna sedang kamu enak menulis, sila beri laluan hak orang lain pula kamu perlu tunaikan. Jadi, jangan nampak saya membiru pulak yer..hehe. 

No comments:

Post a Comment