Tuesday, September 9, 2014

KUNFU PANDA (1) DAN HAKIKAT KETUHANAN

Ana sebenar terpegun serta amat tertarik dengan pengkisahan animasi yang telah diterbitkan oleh Dream Works Animation tersebut. Iaitu yang berkisahkan tentang kunfu panda pada siri pertama. Animasi ini amat bermain dengan unsur-unsur ketuhanan hakikat. Sepertimana jua diperhatikan didalam drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri P.Ramlee, sebenarnya didalam drama-drama beliau terdapat mesej ketuhanan hakikat tertentu yang beliau ingin sampaikan. Namun, orang yang dapat membuka serta memahami mesej-mesej tersebut adalah mereka yang jua mendalami ilmu hakikat. Ramai orang akan bertanya atau bercakap pada pendapat mereka sendiri, apakah ilmu hakikat itu?           
                              
Baiklah biarkan perenggan yang kedua ini pula memberikan jawapan terhadap setiap persoalan tersebut. Pertama, mungkin mesej hakikat disebalik drama-drama klasik dari arahan Arwah Tan Sri P.Ramlee itu ana akan kupaskan serta cuba cerokkan diblog ini pada lain masa. Kedua, ada juga orang berkata bahawa hakikat maksudnya yang tersirat, ada yang berkata ia adalah isi, ada berkata hati, ada yang berkata ia batin. Baiklah, sebenarnya ana sendiri pun tak tahu yang mana sebenarnya, tapi yang sebenarnya hakikat itu adalah yang sebenarnya.. iaitu pengertian diri perkataan ‘sebenar’, jadi sebab itulah didalam setiap perenggan huraian ana akan menggunakan perkataan ‘’sebenarnya’’. Hermm.. ini ana keutarakan secara peribadi bukan dalam bentuk ilmu tasawwuf hakikat.

Baiklah, Less Of Talk, Let’s Fight: inilah bak kata yang pertama dalam mukaddimah kunfu Panda ia bermaksud buat amalan tanpa bercakap tentang ilmu sahaja lagi, kerna orang yang banyak bercakap, orang yang tidak buat amal atau kerja {semoga ini jadi peringatan buat diri ana sendiri}. kerna diantara prinsip didalam ilmu tasawwuf hakikat sering ada tercatat: “Beramal tanpa Ilmu adalah Sesat yang Nyata, Berilmu tanpa amal berdosa yang amat sangat”.

There No charge For Owesoness : sebenarnya seorang guru Hakikat Ketuhanan yang sebenar adalah mereka yang tidak bercita-cita akan kemuliaan dunia. Justeru ilmu yang diajarkan kepada orang ramai tidak perlu dibayar diatas titik perluh beliau menyampaikan ilmu tersebut, kerna padanya bayaran itu adalah sesuatu kebendaan dan kemuliaan. Ini tidak bermakna kita tidak menghargainya, tetapi maksudnya guru itu tidak kesah pergi mengajar ilmu itu samada ia dibayar ataupun tidak. Sebenarnya ilmu tasawwuf hakikat ataupun Tauhid dan Ma’rifat adalah satu ilmu yang cukup mahal sehinggakan tiada sesuatupun yang dapat mengantikannya. Kerna kata guruku: “Serendah-rendah ilmu tauhid yang ada didalam dada seseorang itu, Tuhan mahu bayar dengan tujuh buah bumi, itupun langsung tidak bernilai padanya.” Ukuran bumi yang dimaksudkan itu bukan seperti bumi yang kita hinggap sekarang ini, ukurannya sebuah bumi itu adalah sama dengan seratus bumi kita singgah sekarang, ini bermakna dalam tujuh ratus bumi yang kita duduk pada masa ini adalah tidak dapat lagi menilai serendah ilmu tauhid yang beliau ketahui, itu hanya ilmu tauhid yang rendah, belum capai tahap ilmu Ma’rifat.

Baiklah kita masih lagi berbicara skrip kunfu panda “There No Charge For Oweseness”. Ini sebenar berbeza dengan asatizah zaman sekarang, mereka lebih menginginkan dunia, kerna buktinya tanpa bayaran dunia atau kebendaan tersebut mereka mungkin rasa liat, ataupun menolak permintaan orang apabila diminta untuk memberikan ceramah atau sesi pengajaran ilmu agama. Ataupun mereka memberikan alasan “konsep Siti Nurhaliza kamu boleh bayar, namun kenapa ceramah agama dari kami kamu tak boleh nak bayar?”. MasyaAllah sungguh celaka mereka ini yang mahukan dunia dan kemuliaanya {maaf sekiranya ana sedikit berkata kasar}. Maka ibarat guruku, mereka adalah Jin Aprik zaman moden yang Nabi saw Jumpa sewaktu peristiwa Isra’ & Mikraj. Semasa Nabi saw melihat Jin Aprik, ia sedang memengang obor api. Sebenarnya pergi kepada makna hakikat, jin aprik bermaksud seekor jin yang sungguh cerdik, tetapi ditangannya ada api. Api adalah unsur yang mengandungi makna tersirat sebanar adalah kiasan kepada sifat ‘ujub, kerna keadaan diri api apabila kita memterbalikan ia kebawah, hakikatnya kepala api itu tetap mahu menjurus naik keatas. Itulah gelaran asatizah adalah orang yang cerdik kiasan diri jin Aprik, tetapi sayangnya beliau bersifat ‘ujub dan mencari kemuliaan dunia itu kiasan kepada sifat api tersebut.

Baiklah, penerangan ana yang ketiga, ini berhubungan dengan latar keadaan dan bukan dalam bentuk satu skrip didalam cerita didalam kunfu panda tersebut, yang mana panda itu bermimpi dan ayahnya iaitu duck telah bertanya tentang apakah mimpinya, lalu beliau berbohong berkata mimpinya tentang nodles, dan ayahnya mengambil keputusan: sebenarnya didalam perjalanan si salik yang mendalami ilmu hakikat ketuhanan, mimpi adalah sebagai ilmu isyarat petunjuk dari Tuhan. Sebab itulah, kebiasaan mimpi seseorang salik akan ditafsir oleh gurunya yang mengajar ilmu hakikat ketuhanan. Mungkin orang yang cerdik pandai agama yang bukan dari aliran ilmu tasawwuf cukup anti dengan orang tasawwuf apabila bercakap soal sesautu yang tiada asal punca dan membabitkan didalam hal agama. Baiklah biar ana jawap serba sedikit, sebenarnya ilmu penafsiran mimpi ini jua sesuatu benda yang diiktiraf didalam Quran serta Sunnah Rasulullah saw. Didalam surah Yusuf as yang menceritakan berkenaan mimpinya, kerna Nabi Yusuf as sedia diketahui sebagai ahli penafsir mimpi, sebagaimana beliau sendiri pernah menafsir mimpi raja yang memerintah sewaktu itu. Dan didalam sunnah jua, Rasulullah saw jua mempunyai waktu menafsir mimpi sebagai tazkirah bersama para sahabat. Demikian Rasulullah saw mengiktiraf seseorang yang berjumpa dengannya didalam mimpinya, adalah benar. Dan persoalan yang patut kita tanya pada diri, adakah mimpi itu sia-sia? Bagaimanakah mahu mengamal hadis Nabi tersebut kalau ia adalah sia-sia.

U’re ready to know my secret ingredient recipe and u’ll fulfill the destiny: sebenarnya didalam perjalanan si salik dalam menuju matlamatnya iaitu Tuhan, maka ketelitian ilmu tasawwuf hakikat akan dibuka kepadanya melepasi satu lapis kepada satu lapis yang lebih halus. Samada yang membuka rahsia-rahsia ataupun petua-petua ilmu itu gurunya mahupun dia mendapat cara ladunni.

There are no ancidents: skrip inilah yang banyak bermain sekitar anak murid dan guru pandai tersebut, sehingga setiap kali Master Urugue berkatanya namun dibalas: “There was an ancident”. Ini membabitkan soal Qado’ Qadr Allah Azza Wajalla. Sebenarnya alam ini adalah kelakuan Tuhan yang diatur sejak azali lagi. Sekiranya kurang iman atau lemah jiwa ketuhanannya, maka seseorang boleh menyebabkan ia selalui pertikai akan jua keputusannya. “Nothing is Impossible”. Baiklah sebenarnya pada ana, hal ini diletakkan dengan tauhiduz af’al. iaitu mengesakan Allah dalam perbuatan. Ini hakikatnya sebagaimana Orang Yang Arif Billah itu memandang perbuatan didalam setiap alam ini adalah sentiasa terbit dari Yang Esa. Sebenarnya yang sedang berbuat keatas setiap Makhluk itu adalah Allah, dan setiap perbuatan Allah adalah tidak sia-sia. Mungkin kenyataan ini payah untuk ana huraikan dengan penulisan sahaja, kerna bimbang akan silap faham orang awam yang membaca akan menyangka ini hal yang zindiq iaitu bermain dengan isu pemikiran golongan Jabariah dan Qadariyyah didalam hal aqidah.

Just Quick and do the nodles: sari kata ini menyindir kepada si salik, sekiranya si salik itu gagal berhadapan dengan segala ujian Allah Ta’ala. Kerna sebenar perjalanan menuju Tuhan itu begitu banyak ujianya serta hebat cabarannya. Sebab itulah perjalanan menjadi seorang insan bukan hal yang biasa-biasa yang perlu dialami. Dan sebenarnya setiap kali didalam Quran dicatatkan perkataan insan itu amat berbeza dengan perkataan Manusia. Sebenarnya insan adalah bangsa yang mulia, maka mahu jadi mulia banyaklah ujian yang berat-berat baginya kerna asalnya hanyalah perkataan manusia yang masih tidak dapat mulia disisi Allah, mahu mulia maka jadilah insan. Jadi ingatlah hai si salik: “Laqod kholaqna insan na fi kabad” Sesungguhnya kami telah ciptakan bangsa insan itu sentiasa diuji.

Yesterday is history Tomorrow is Mistery and Today is a gift: sari kata Master Urugue ini banyak ditiru oleh orang awam hari ini, samada mereka ketahui atapun tidak, mungkin katanya cukup sedap bagi spiritual seseorang tersebut mendengarnya. Sebenarnya “Yesterday is history Tomorrow is Mistery and Today is a gift” adalah ibarat kepada hukum akal didalam ilmu tasawwuf, iaitu wajib, mustahil dan harus. Kerna Yesterday itu hukumnya Mustahil, Tomorrow hukumnya harus serta Today adalah hukumnya wajib. Sebenarnya yang ada pada akal hanya hukum wajib. Maaf mungkin ana tidak boleh buka lebih terperinci hal ini, kerna ia berkaitan sesuatu dengan keadah ilmu yang perlu ditilik secara talaqi masyaikh.

{we dead so very-very dead} {not yet wolve duck} perbualan ini diantara badak si pengawai penjara dengan si itik utusan sewaktu di dalam penjara tersebut: sari kata ini adalah hampir mengambil makna kenyataan, iaitu sahabat Rasulullah umpama bintang di langit. Sebenarnya rahsia Sayyidina Abu Bakar Ra seperti kata nabi saw “Abu Bakar umpama mayat yang berjalan di atas bumi”. Inilah sebenarnya nak kata “mati tidak mati, nak kata hidup tidak hidup”. Ini melalui faham sari kata itu.

To guide and believe it, there no shortcut: sari kata ini ana telah ambil dari perbualan diantara dua Master sifu dan Master Urugue. Sebenarnya jalan menuju Tuhan ini tidak ada Shortcut, ia hendaklah berjalan menurut perjalanan Nabi Muhammad saw. Ini kebanyakkan orang Tarekat berkata: “Matlamat menuju Tuhan sama, tapi jalan masing-masing.” Pada pendapat guru hakikat, sesungguhnya tiada jalan ‘’masing-masing’’ melainkan Jalan Nabi saw itulah hanya jalan menuju Tuhan satu-satunya, yang juga perlu kepada pimpin daripada Masyaikh hakikat yang tertentu sahaja.

Tayyib, ana rasa cukuplah setakat itu dahulu ana berceloteng tentang cerita kunfu panda siri pertama ini disebalik sebuah isi hakikat, sekiranya nak dikirakan, sebenarnya masih banyak part yang boleh diambil oleh ana yang merujuk kepada makna tertentu dalam menghuraikan faham melalui tasawwuf hakikat, kerna setiap orang hakikat yang mahir, sebenarnya semua hal didalam tujuh petala langit serta bumi adalah tidak sia-sia buat mereka. Dan diantara mungkin bab penghabisan sewaktu Panda mahu menewaskan si Taylon dengan memetik jari itu, sebenarnya Master guru tidak mengajarkan beliau ilmu itu dan entah ada pun tidak teknik tersebut, tetapi Panda hanya Yakin serta Believe, so that thing was real happened.

The secret ingredient in soup is nothing: sebagai terakhir ana ambil jua perkataan ini, sebenarnya ini adalah rahsia matlamat hakikat melalui faham ayat Quran “Wallahu Bikullisya’in Muhith” iaitu bermula Allah Ta’ala meliputi pada tiap-tiap sesuatu. Sebenarnya ‘’sesuatu’’ itu adalah ‘’Nothing’’ barulah kamu menjumpai rahsianya duhai salik!

# Sometime to make something special, You just Believe it Special! #

2 comments: