Thursday, November 7, 2013

MIMPI MENJEJAK PELAMIN BERKALI-KALI

Disaat usia semakin meningkat ini, Aku sering terkena satu serangan perkahwinan dialam fantasi yang semakin Teruk! Dulu sewaktu berada dirumah, aku didatangi mimpi berkahwin dengan seorang wanita yang tidak suka bercakap, wanita itu berada dibahagian belakangku sewaktu aku sedang melafazkan sakinah dihadapan seorang wali dan beberapa saksi. Sejurus itu, aku terus bangkit daripada tidur, lantas bergegas menuju ke ruangan tamu serta dapur rumahku, Setelah diceritakan kepada seorang sahabatku, lantas beliau bertanya: Kenapa kamu berbuat sedemikian? Jawab aku: Kerna ku sedang mencari seorang wanita yang pendiam dimana aku telah nikahinya didalam mimpiku tadi. Sahabat terus gelak-gelak terguling-guling.

Saat berada di Kampus, apabila ramai dari kalangan para sahabatku mulai mejenjang pelamin dan mereka mula membina rumahtangga mereka masing-masing. Aku keseorangan dan tiada sahabat untuk berkongsi masa membujang bersama. Barangkali kerna terlalu sedih keseorangan, malam itu datang membawa hadiah, iaitu lagi mimpi melafazkan sakinah dengan seorang wanita. Terus daripada itu, sahabat-sahabat yang telah berkahwin itu datang mengkerumuni aku di majlis perkahwinan itu. Dengan riak mereka keadaan gembira sekali apabila melihat aku telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai teman sendiri. Kerna aku telah fobia dengan melihat wajah mereka itu terus tersenyum kearahku, lantas terus berdiri daripada tidur tersebut dengan keadaan berpeluh dan rasa bimbang secara tiba-tiba. 

Bukan sahaja sentiasa bermimpi mejenjang pelamin disetiap malam. Malah satu ketika dalam kesibukan kuliyyah, sempatlah aku menunaikan solat zohor jam hampir 2 petang di Masjid. Ada seorang kanak-kanak perempuan kecil bermain dikakiku, dan setelah selesai solat. Lantas aku mendukungnya di riba. Kanak kecil itu memandang kearah mataku dengan tanpa menangis mahupun senyum sedikitpun. Kerna mengejar waktu kuliyyah yang seterusnya, aku tidak sempat menenung lama kedalam mata anak itu. Lantas ku hanya kucuk dahinya terus meninggalkannya disitu. Disebabkan terlalu letih pada siang hari itu, lantas ku tidur pada awal waktu dimalam hari itu. Oh! aku telah bermimpi sekali lagi berkeluarga dan mempunyai anakku sendiri yang masih kecil. Bayi tersebut tidak dapat ditinggalkan jauh daripada jasadku, kerna dia sentiasa memerlukan aku untuk terus menjaganya. 

Selang beberapa hari, abang sulongku pula yang menefon, katanya semalam beliau telah bermimpi aku berkahwin dengan seorang wanita. Entahlah dengan si perempuan mana pula yang beliau mimpikan itu. Dan beliau menyarankan aku supaya segera berkahwin. Aku hanya tergelak keseorangan dikamar. 

# Nampaknya Aku Kian Dikejar Dengan Bayangan Berumahtangga sejak kebelakangan ini. Errrrr!! ini dah jadi tahap parah... wakakakaka

No comments:

Post a Comment