Saturday, October 5, 2013

USUL FAHAMAN SYI'AH

Ramai Orang Bertanya:  “ Kenapa Masyarakat Muslim harini mudah terpengaruh dengan Syi'ah? sedangkan mereka telah mengetahui bahawa Syi'ah adalah ajaran yang Sesat? ” .. Sebenarnya Saya telah tertarik untuk melontarkan pendapat dari sudut usul yang berada di umbi ajaran Syi'ah selama ini. 

Mengenai isu pencemaran aqidah yang berlaku disekitar Malaysia harini yang diistilahkan sebagai ajaran sesat modern. Tetapi adakah ajaran Syi'ah ini satu ajaran moden? Syi'ah bukanlah ajaran sesat moden, ia telah kendalikan sejak dahulu lagi, sepertimana bangunnya ulama' daripada sunni sendiri. Kerana ajaran Syi'ah adalah didalam pengaruhan ajaran era klasik lagi.   Selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w), telah muncul beberapa kumpulan murtad atau sesat seperti Musailamah (10H/632M) yang mendakwa menjadi nabi, golongan yang tidak mahu membayar zakat dan lain-lain lagi sebagaimana tercatat dalam sejarah Islam. Di era Khalifah  al-Rashidin pula telah muncul kumpulan yang mentaqdis dan mempertuhankan Sayidina ‘Ali b. Abi Talib. Kumpulan ‘Abd Allah ibn Saba’ ini dikenali dengan nama Syi’ah Ghulat atau Saba’iyyah. Nama ‘Abd Allah ibn Saba’ ini wujud di akhir zaman ‘Umar al-Khattab (634-644M), ‘Uthman ibn ‘Affan (644-656M), ‘Ali ibn Abu Talib (656-661M), Mu‘awiyah bin Abu Sufyan (mati 680M). Selain dari mempertuhankan ‘Ali, tidak banyak diketahui tentang doktrin kumpulan Syi’ah ghulat ini. Selepas kewafatan ‘Ali, muncullah kumpulan-kumpulan kecil Syi’ah yang berasingan dari Syi’ah ghulat yang asal contohnya Kaysaniyyah,22 dan Zaydiyyah.23 Mereka pada asasnya menjadikan doktrin Imamah sebagai lebih utama dari jawatan khalifah. Sementara itu selepas era Ja’far al-Sadiq (80H/699M-148H/765M) lahirlah kumpulan-kumpulan kecil dari anak cucunya seperti Isma‘iliyyah, Aftahiyyah, Sumatiyyah. Seterusnya selepas Hassan al-‘Askari (232/846-260/874) dan Muhammad al-Mahdi (ghaib264H/ 878M) lahirlah pula kumpulan Ithna ‘asyriyyah, Nusayriyyah 24 dan lain-lain lagi yang mempunyai unsur mentaqdis dan mempertuhankan Sayidina ‘Ali sebagaimana Syi’ah ghulat.Apa yang dapat difahami dari doktrin kumpulan ini adalah terdapat 3 entiti dalam 1 tuhan.

Boleh dikatakan juga konsep Triniti ini adalah Allah (Tuhan yang Esa), Nur Muhammad atau Haqiqat Muhammad (‘aqal Tuhan yang Esa), dan juga Nur Allah (aktiviti berfikir dalam ‘aqal Tuhan yang Esa). Kadang-kadang Nur Muhammad dan Nur Allah bersatu dan tidak dibezakan. Perlu diingatkan bahawa Nur Muhammad atau Haqiqat Muhammad ini bukanlah Nabi Muhammad (S.A.W) tetapi merupakan entiti sebahagian dari Tuhan yang Esa. Doktrin triniti ini dapat dikesan paling awal dari penulisan tokoh Syi’ah yang bernama al-Kulayni (mati 327H/939M) menukil dari salah seorang imam mereka: “Allah yang maha kuasa berkata: “Muhammad, Aku telah menjadikan engkau dan Ali, satu ruh tanpa jasad, sebelum aku menciptakan langit, bumi dan ‘arsy Ku, dan kamu tidak berhenti-henti bertasbih terhadap Ku. Kemudian Aku kumpulkan ruh kamu menjadi satu, dan kamu terus menerus mentaqdis dan bertakbir kepada Ku. Aku pecahkan ruh kamu yang satu menjadi dua; dan yang dua itu menjadi lagi dua, lalu mereka menjadi empat ruh: salah satu menjadi (nabi) Muhammad, satu menjadi Ali, satu menjadi al-Hasan dan yang terakhir menjadi al-Husayn”. Kemudian Tuhan menjadikan Fatimah daripada Nur ilahi dengan tanpa jasad. Dan Tuhan menggosok Imam-imam dengan tangan kananNya, dan Nur Allah menerangi menerusi kami semua (Imam-imam) iaitu mereka terus mengangkat para Sultan-sultan itu sebagai kedudukan Imam-imam mereka.

Sementara itu Baha’uddin al-Amuli (mati 1392M) juga bercakap tentang konsep yang sama iaitu haqiqat Muhammadiyyah. Dia menyifatkan bukan sahaja ahli keluarga nabi Muhammad berpunca dari satu jiwa iaitu hakikat Muhammadiyyah tetapi juga menyatakan bahawa Ali dan nabi Muhammad juga mempunyai jiwa yang sama. Al-Amuli menukil beberapa petikan untuk menguatkan hujjahnya bahawa Muhammad dan Ali telah wujud bersatu dalam satu hakikat sebelum kejadian alam “Aku dan Ali adalah dari Nur (Muhammad) yang sama” dan juga “Aku adalah wali Allah ketika Adam masih lagi di antara air dan tanah”. Nur Ilahi atau Nur Muhammadiyyah inilah yang di masukkan ke dalam Nabi Adam dan ia bertukar-tukar tubuh para nabi dan rasul sehinggalah nabi Muhammad, Ali dan seterusnya para Imam mereka. Untuk menguatkan hujjah ini mereka merujuk para imam mereka dengan mentakwilkan dan menggunakan dalil ayat al-Qur’an. Konsep triniti ini adalah dipercayai terpengaruh dengan falsafah Neo-platonism yang dipelopori oleh Plotinus (204-270 M). Aliran ini sebenarnya membawa idea falsafah metafizik Plato dengan membuat sedikit pengubahsuaian. Di antara doktrin-doktrin Plato yang diamalkan dan diubahsuai oleh kumpulan ini adalah terdapat tiga entiti dalam alam ini iaitu Yang Esa (the One), Ruh (Nous, Mind, Logos) dan jiwa (Soul). Ketiga-tiga entiti ini tidak sama di antara satu sama lain namun mereka berasal dari satu sumber iaitu Yang Esa. Jikalau diperhatikan nukilan-nukilan di atas jelas menunjukkan bahawa idea-idea yang mengatakan penyatuan manusia dengan tuhan, imam maksum, Imam Mahdi, status Imam lebih tinggi dari nabi, kashf dan lain-lain lagi adalah implikasi dari idea Neo-Platonism yang berasal daripada falsafah Yunani. Idea ini dipelajari oleh orang-orang Yahudi, dan kemudian menyerap masuk ke dalam agama Kristian melalui Plotinus dan kemudiannya menyerap masuk ke dalam Islam melalui puak Syi’ah ghulat termasuk Isma’iliyyah, Ithna ‘asyriyyah atau Imamiyyah, Nusayriyyah dan puak-puak pecahannya. Huraian-huraian di atas menunjukkan sinkritisme agama telah berlaku di antara Kristian dan Syiah ghulat. Dari Syiah Imamiyyah lahir pula kumpulan Baha’iyyah yang telah mengisytiharkan diri membentuk agama baru yang bebas dari agama Islam di abad ke 19M.

PENGARUH NEO-PLATONISME, SYI’AH DI ALAM MELAYU

Sementara itu pengaruh Neo-platonisme menyerap masuk ke alam Melayu melalui Syi’ah ghulat apabila pada zaman Khalifah al-Ma’mun (170H/786M-218H/833M), satu daripada golongan ini, iaitu Sumatiyyah yang diketuai oleh Muhammad al-Dibaj telah melarikan diri ke Perlak, Indonesia. Manuskrip yang tertua dijumpai di rantau ini adalah al-Bahr al-lahut sedikit sebanyak membawa ajaran Syiah ghulat melalui tasawwuf wujudiyyah. Apabila masuk ke alam Melayu, Nur atau hakikat Muhammadiyyah ini diolah mengikut cara pemikiran orang Melayu. Digambarkan bahawa Nur Muhammad ini pernah mencabar Tuhan untuk beradu kekuatan. Apabila dia kalah dan terdesak, peluh yang keluar darinya membentuk kejadian-kejadian lain di alam ini, termasuk malaikat, manusia, padi, beras dan lain-lain lagi. Begitulah konsep Nur Muhammad yang difahami dalam ajaran sesat di Malaysia dan sekitarnya. Setiap ajaran sesat di Malaysia tidak terlepas daripada penghuraian tentang hakikat Muhammad yang mempunyai persamaan yang ketara dengan ajaran Neo-Platonisme dan Syi’ah ghulat. Selari dengan ajaran Neo-Platonisme juga konsep Imam Mahdi juga amat popular di kalangan orang Melayu walau pun asas konsep ini tidak wujud dalam al-Qur’an. Konsep Mahdi yang hanya wujud dalam hadith-hadith ini menjadi doktrin akidah di kalangan penganut Syiah. Tambahan lagi Syiah memasukkan unsur ketuhanan dari konsep Nur Allah ke dalam personaliti Mahdi lantas membuatkan imam Mahdi dan nenek moyangnya maksum, mempunyai karamah, statusnya menyamai nabi, Mahdi juga dikatakan menerima wahyu dan akan membawa Quran yang paling sempurna di akhir zaman, ghayb, boleh dihubungi melalui mimpi, atau dalam keadaan jaga, kashf dan laduni, dan lain-lain lagi. Kesemua ciri-ciri ini wujud dalam sebahagian besar ajaran-ajaran sesat di Malaysia. Beberapa ajaran sesat di Malaysia yang mempunyai ciri neo-Platonisme dan Syiah Ghulat adalah seperti Darul Arqam, Taslim, Ikatan Tajalli, Tarikat Nur Zaman Imam Madi, ajaran Crypto, Subud, Ayah Pin, al-Ma’unah, Rasul Dahri, dan lain-lain lagi.

# Petikan daripada Seminar AQIDAH '13 (SIGMA) -Pembentang Tajuk : Ajaran-ajaran Sesat Di Malaysia. Oleh Dr. W. Mohd Azam Bin Mohd Amin

Konklusi:

Syi'ah adalah satu ajaran yang diketegorikan sebagai Noe-Plantonik pada konsep fahaman usulnya. Konsep yang dibawakan ini lebih menyerupai analogi akal (kerana telah diadukkan dengan idea pemikiran Falsafah dari Yunani tadi) dalam kehidupan manusia yang boleh diterima walaupun ia telah berlawanan dengan wahyu. Kerana pada Wahyu juga terdapat padanya akal Manusia sendiri tidak dapat untuk memikirkan dan memprosesnya. Jadi tidak hairanlah dengan kaedah konsep limpahan  Tuhan ini dapat menpenggaruhi masyarakat Muslim harini dengan begitu mudah. Apa yang diperhatikan sejak sekian lama, perkara yang melibatkan usul aqidah ini memang dapat menggubah seseorang itu dengan sekelip mata. Ini kerana perkara yang melibatkan usul ini adalah kegemaran Syaitan untuk menghasutnya dan mudah menyesatkan manusia. Ia berbeza dengan perkara Fekah didalam sesuatu Mazhab. Kerana Sabda Nabi saw sendiri yang mengatakan walaupun ijtihad seseorang itu salah, namun ia tetap mendapat pahala daripadanya. Maknanya ia masih diterima oleh Allah. Sebab itulah Saya sering Tekankan bahawa Seseorang yang menutup ilmu usul itu perlu ada Seorang guru yang Kamil dan Mursyid berada dihadapannya. Ia tidak seperti dalam hal-hal lain. Kerana orang yang tidak berguru itu Maka gurunya adalah Sheikh Syaitan Laknatullah. 

No comments:

Post a Comment