Wednesday, October 9, 2013

PETUA MEMECAHKAN TEMBOK SYIRIK

Analagi: Suka untuk saya membawa satu analogi, dimana untuk mengetahui beza diantara Petua dan Cara adalah: Sekiranya Saya ingin membuat Kek, tapi malangnya saya tidak mengetahui akan bahan-bahannya. Dengan itu datanglah seorang yang bernama Ahmad dan memberitahu saya, bahawa Cara untuk membuat Kek adalah, ambil gandum, masukkan air, gula, pewarna dan ulikan ia kesemuanya. Maka beza diantara Petua adalah, didatangi pula kepada saya, seorang yang bernama Ali. Katanya Ali pula, Sekiranya engkau ingin buat Kek, engkau hendaklah memasukkan tepung gandum dengan sukatan 12 cawan, air 5 liter, gula 7 sudu, dan ulikan ia secara perlahan-lahan mengikut arah yang bertentangan dengan pusingan Jam. Oleh itu, bezalah akan hasil diantara Kek yang dikatakan oleh Ahmad dan Ali. Kerna sewaktu bersama Ahmad, saya telah masukkan 6 gatang tepung gandum dan hanya satu cawan air, dan pastinnya hasil Kek itu adalah Keras dan Tidak pula ia sedap untuk dimakan. Beza dengan hasil Kek yang diajar oleh Ali, kerna Kek itu lebih lembut dan sedap dirasai. Itulah bezanya ilmu Petua dan Hanya Cara tanpa Petua.

Konsep Ringkas Syirik: Ta'adud Al-Illah (Berbilang-Bilang Tuhan). Sebelum itu, hendaklah kita mengenali apa yang dinamai Syirik? Syirik adalah Najis Batin yang perlu ia disuci dengan air kerohanian. Jadi, unsur kerohanian inilah ia akan terikat kepada Kaedah Petua. Dan Syirik itu sendiri terbahagi kearah dua jenis. Syirik Jali dan Syirik KhaFi. Disini saya tidak menyentuh soal Syirik Jali, Kerana Syirik Jali, lebih majoriti ia berlaku keatas golongan-golongan penganut Agama selain Islam. Namun, soal Syirik KhaFi Tidak dapat Lari daripada setiap yang Bernama Muslim Mahupun yang sedang menutut Ilmu Agama sekalipun masih terkena akan Najis Tersebut. Dan Penawar Virus Syirik ini adalah melalui Ilmu Tawhed. Kerana Musuh Tawhed adalah Syirik. Dan sudah tentu Hospital yang bernama Syariah danTasawwuf masih tidak ada antidote itu. Justeru, perkara asas yang membuatkan saya untuk menyentuh pada isu Syirik KhaFi kerana dewasa ini ia berkaitan dengan Kes SOLAT, KA'ABAH & TASAWWUF.

Huraian Kes:

1-Solat: Pada Ahli Syariah, mengatakan Solat itu adalah Du'a pada bahasanya, dan Pergerakkan mengcukupi Rukun 13 pada Syarahnya (Syirik Tidak Dapat Diselesaikan melalui Kaedah Syariah). Kerana Makna Syariah adalah Cara Pelaksanaan Ibadah. Jadi, itu adalah Cara. Dan Hal yang ingin saya bahaskan adalah Petua bukan Cara ( Sepertimana Dapat dibezakan Melalui Analogi). Pada Ahli Ma'riFat pula, Solat adalah Mengingati Allah Dari setiap Mula hingga Akhir. Ini Berbuktikan Dalil Al-Quran: “ Sesungguhnya Aku adalah Allah Dan Tiada Tuhan Melainkan Aku, Maka Sembahlah Aku Dan Dirikanlah Solat itu untuk MengingatiKu ” (Surah Thaha:14). Jadi Sebarang Peringatan didalam Tingkah-Laku Solat Selain daripada Allah itu adalah Syirik KhaFi bagi Muslim. Contohnya, Solat Seorang Guru Tajwib Quran dibelakang seorang Imam. Oleh Kerana, Terbiasa dengan Tata-tertib Tajwid bacaan Quran. Maka dalam setiap solat berjemaah itu, Dia memerhatikan, meneliti dan mengingati kaedah “ Nun Mati bertemu dengan Tanwin ” didalam bacaanTajwid oleh Imam Solat itu. Maka dia BERTUHANKAN Si Tajwid dan Bukan Allah Azza Wajalla. Contoh lain, adalah Ria'. Seseorang itu sembahyang disebabkan rasa Ria' kepada Makhluk Lain. Maka Dia menyembah Ria'. Ria itu Makhluk yang berbangsa dengan sifat Jauhar Firik. (Opps! dah tersebut unsur Petua Pulak). Konklusinya, Kekhusyu'kan didalam perbuatan Solat itu adalah Ingat. (Sekiranya Dibahas Setiap daripada perkaitan diantara perkataan ini. Sudah Tentu Masih Lebar dan Panjang). Dan Saya Hanya ingin menulis satu Nota yang Ringkas.

2-Melawat KA'ABAH : Setiap Muslim yang akan berhadapan dengan Ka'abah samada Haji atau Umrah, Lantas akan diucapakan : (لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ) HambaMu datang! Ya Allah! HambaMu datang! Tanpa membawa Syirik! Sekiranya isu Ingat tadi tidak dapat diselesaikan didalam perlakuan Solat hari-harian kita. Bagaimana pula kita datang ke Makkah dan Melaungkan sedemikian Perkataan Dusta? Ini adalah satu perbohongan yang Nyata sentiasa berlaku dihadapan KA'ABAH Harini. Suka untuk saya bawakan satu kisah daripada seorang hamba tua yang pernah Melawat KA'ABAH. Beliau Menceritakan, sewaktu beliau TawaF dipekelilingan Ka'abah, telah ternampak satu Batu Hitam yang besar (unrealistik). Disetiap ramai-ramai orang Islam yang sedang TawaF dengan angka yang beratusan ribuan itu, Apabila sampai berdekatan Batu Hitam itu semuanya mula hilang. Yang melepasi Batu Hitam itu, hanya dapat dikira dengan jari sahaja (Terlalu Sedikit). Jadi, kisah ini berkaitan dengan Masalah rohani didalam diri setiap ahli jema'ah yang pergi melawat Baitullah.

3-Keadaan TasawwuF: Sudah Tentunya ilmu TasawwuF adalah perkara yang membincangkan terhadap Perbatalan perbuatan Amal. Seperti 'Ujub, Sum'ah dan Ria' etc. Sekiranya sifat-sifat Mazmumah itu menumpang diatas setiap Amal baik yang dilakukan oleh Makhluk Manusia Islam, secara automatiknya disetiap kebaikkan rohani pada Amalan tersebut menjadi kosong. Dan tasawwuf lebih membincangkan Amalan lain yang bersifat Mahmudah supaya diganti bagi menutup sifat-sifat buruk itu (mencari penutup kepada lubang telaga hitam didalam hati). Sebagai contoh ikhlas, zuhud, zikir didalam hati dan etc (yang berbentuk perkara yang dapat menyucikan jiwa). Saya mengambil contoh zikir, adalah perkataan arab, didalam bahasa Melayu adalah Ingat.Saya nak tanya Ahlu Tasawwuf, Nak ingat bagaimana sekiranya tidak pernah kenal? Analogi: Nak jatuh cinta pada seseorang wanita itu bagaimana sekiranya lelaki itu sendiri tidak pernah lihat dan dengar tentang dia? Jika Masih jatuh cinta juga tanpa sebab-sebab berikut itu diistilahkan sebagai Angau! (Kinayah bahasa). Dan sekiranya hanya pernah lihat selipar yang pernah dipakai oleh beliau, maka itu hanya dapat terbayangkan (tuju ingat) soal rupa selipar dia sahaja dan Bukanlah Diri Wanita itu Lagi. Maknanya zikir itu masih tidak sampai kepada Tuhan. (Sekiranya Tidak sampai kepada Tuhan, secara automatik pergi kearah Syirik) Maka Syirik itu sebagai satu tembok menghalang ia sampai kepada Tuhan Sebenar. Sebab itulah, Mari'fat usuluddin itu diertikan sebagai Tempat untuk Ditujukan Amal

Selok-Belok Syirik: Pada sejarah penciptaan Manusia itu adalah Fitrah daripada Allah. Iaitu bersih daripada segala Najis Batin dan Zahir. Apabila Bersih Pada kedudukan Batin seseorang Hamba, maka dia mampu menyaksikan akan Kewujudan Tuhannya dan turut menyembah Tuhan itu. Contoh Ayat Quran Surah Al-A'raf:172. Apabila Ruh itu disambung kepada Jasad keluar di Alam Rahim ibu. Maka disitulah bermulanya Syirik. Pada permulaan Baligh seseorang itu. Kerana dititik permulaan itulah Ruh yang berada didalam Jasad dapat melihat segala Makhluk (sebagai Tembok yang menghalang penyaksian) yang menyebabkan ia boleh tunduk pada Makhluk dan meninggalkan Tuhan yang pernah dia bersaksi di Alam Rahim dahulu. Sehinggalah disaat seketika Beliau Mati itu yang membezakan ia kembali kearah Fitrah (Bersih daripada Najis Batin). Bermakna: Manusia Yang Datang Daripada Allah Itu Bersih dan Hendaklah Ia Kembali kepada Allah dalam Keadaan Bersih jua. Berbuktikan Surah Al-Isra' Ayat 1. Pada permulaan Surah itu menyentuh soal Perjalanan Nabi Saw didalam peristiwa Isra' dan Mikraj iaitu menghadap Allah Ta'ala. Pada ayat pertama itu Tuhan telah menyebut perkataan: Maha Suci (سبحان). Makna adalah Fitrah Setiap Makhluk yang hendak Menghadap dan Kembali kepada Tuhannya wajib Bersih pada dirinya (Ini Makna Hakikat). 

SYIRIK KHAFI ISU TAHAP MERAH: Perkara ini tidak boleh diambil enteng oleh setiap yang bergelar Muslim. Apabila satu Amaran Keras daripada Allah berhubung soal Syirik ini, yang dinyatakan didalam Al-Quran Surah An-Nisa' Ayat 48. Syirik Dosa yang tidak akan diampunkan. Dan Banyak lagi Hadith Shohih yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat Syirik pada seseorang hamba pastinya Neraka dapat dirasai olehnya dengan tanpa alasan. Dan Hadith itu sering vice-versa kepada kalimah La Ilaha IllAllah. Ini bermakna Virus Syirik ini perlu dibawa kepada Hospital yang bernama Tawhed bukan Syari'ah dan Tasawwuf.

# “Manusia perlu berpijak kakinya pada Dasar, bukan pada ranting atau dedaunan yang buruk. Kerna itu adalah semua bangsa Makhluk yang akan punah binasa”. Disini saya tidak coretkan sebarang Petua tapi hanya Mukaddimah kepada isyarat Petua itu. Petua sebenar pernah dicatatkan didalam sebuah Buku yang Bertajuk :“Kaedah Mengkaji Makhluk”. Syukran.

No comments:

Post a Comment