Friday, October 11, 2013

KONSEP CINTA SEBENAR Di JABAL 'ARAFAH

Saya Tertarik untuk memberikan satu padangan ringkas terhadap rukun Haji yang membezakan diantara 'Umrah iaitu wuQuf di padang 'Arafah. Jabal 'Arafah atau Jabal Rahmah. Sebuah Nama yang tidak asing lagi buat orang Islam diseluruh Pelusuk Dunia. Mereka yang mengetahui ataupun tidak maksud akan disebalik tempat yang membezakan diantara Haji dan Umrah dari sudut kerukunan kedua-duanya. Tapi hari ini ramai orang menjadi konsep wuQuf di Bukit 'Arafah ini sebagai cinta Adam dan Hawa. Oleh kerana daripada sejarah pertemuan mereka berdua setelah diturunkan di Bumi. Dan mereka men-related-kan dengan cinta manusia diantara lelaki dan perempuan sehingga sampai ada yang mengatakan sesiapa yang tiada jodoh, maka berdoalah disitu untuk mendapatkan jodoh itu. Saya suka untuk Katakan: “ itu adalah konon-kononnya sahaja”. Bagaimana Maksud konsep Cinta 'Arafah sebenar? Sudah tentu hadis Nabi saw telah menceritakannya. Sebagai contoh hadis daripada Jami' Ar-Tirmidhi ini:

Diriwayatkan oleh Talhah Ibn 'Ubaidillah: “  Bahawa Rasulullah saw Bersabda: Sebaik-baik Doa pada hari 'Arafah adalah dengan mengatakan Aku dan Nabi-Nabi sebelumku Tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Esa Tiadalah pula Mensyirikan akan kepadaNya”. Dan terdapat beberapa Hadis lain dengan lafaz yang berbeza tetapi merupakan Makna yang sama. Jadi, disitu adalah Kalimah Penyaksian Ketuhanan. Cuba kita BerFikir sekejap, rukun Islam yang pertama adalah Kalimah Penyaksian, dan Rukun terakhir adalah menunaikan Haji. Sedangkan Nabi saw berkata: Sesungguhnya Haji itu adalah WuQuf di 'Arafah. Sedangkan WuQuf di Arafah hanyalah duduk tanpa sebarang rukun dari segi perbuatan didalamnya itu. Hanya Afdhal berkata dengan Kalimah Penyaksian itu sahaja. Jadi, sesiapa yang diistiharkan sebagai Muslim pada permulaan perlu lafaz dengan kalimah penyaksian dan berakhir dengan rukun keIslaman jua perlu menyaksikan dengan Kalimah itu. Disinilah Ayat Al-Quran yang berbunyi ( الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا ‏  ) -Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.- Maka inilah yang dinamakan sempurna akan Islam keatas seseorang Muslim tersebut dengan rukun serta penyaksian yang tidak mempersekutukan Allah itu dengan segala sesuatupun pada Mula hingga Akhir. Maka disinilah Kita dapat lihat bahawa Ayat daripada surah Al-Ma'idah ini bukan sekadar ayat sejarah sahaja yang diertikan oleh segelintir masyarakat sebagai Ayat terakhir yang telah diturunkan kepada Nabi saw yang dicatatkan didalam pengajian Sains Al-Quran. Bahkan inilah Hakikat untuk beramal dengan ayat tersebut. Kerana Ayat ini diturunkan di pada hari 'Arafah. sepertimana Maksud Hadis:

Seketika mana Ibn Abbas membaca Ayat ini (surah Al-Maidah:3), Maka berkata orang-orang Yahudi: Sekiranya Ayat ini diturunkan keatas Kami, Nascaya hari yang diturunkan itu kami jadikan hari raya (kristmas). Lalu Ibn Abbas Berkata: Sesungguhnya Ayat ini telah diturunkan pada hari raya (Adha) pada hari Juma'at pada hari 'Arafah. -Jami' Ar-Tirmidhi.

Oleh Kerana itulah, saya telah menulis satu nota tentang Syirik yang melibatkan isu melawat Ka'abah. Kerana ini membabitkan kemuncak pengesahan seseorang Hamba dengan Tuhannya itu. Selagimana isu Syirik ini tidak bersih daripada diri, Maka selagi itulah seseorang Muslim itu Wajib bersih sebelum melawat Ka'abah. 

Maka Konsep Cinta sebenar yang telah dimaksudkan sewaktu berada di Jabal 'Arafah adalah Cinta kepada Tuhan. bukan Cinta kepada Mana-mana Makhluk lagi. Sebab itulah Jabal 'Arafah juga ia dikenali sebagai Jabal Rahmah. Saya Nak Tanya, adakah sifat Rahmah ada pada Makhluk dan bolehkah ia diberikan kepada orang lain? TiDAK! Rahmah ini hak Tuhan sahaja. Makhluk hanya diistilahkan dengan keadaan kasih sayang sahaja, sedangkan itupun daripada nikmat Rahmah Tuhan yang telah diturunkan jua. Jadi Rahmah disisi Tuhan dan kasih sayang yang diberikan kepada MakhlukNya ini adalah item-item Cinta

Maka seperti saya katakan didalam satu nota sebelum ini, adakah seseorang itu boleh jatuh cinta sebelum dia mengenalinya? Maka istilah Mengenali inilah pula yang diistilahkan kembali 'Arafah iaitu Kenal. Maka ia tidak hairanlah jua dinamai sebagai Jabal 'Arafah. Inilah akan hakikatnya seseorang itu mengenali Tuhannya lantas Cinta itu diberikan kepada Tuhannya. Inilah kemuncak Cinta yang perlu ada pada yang dinamai Makhluk harini hingga selama-lamanya. Dan saya telah tuliskan cinta bagaimana terhadap Tuhan ini boleh terjadi mengikut arahanNya didalam setiap pergerakkan 'Ibadah. WAllahu A'lam.

No comments:

Post a Comment