Tuesday, October 1, 2013

HUKUM PTPTN BUKAN LAGI DALAM SATU PERBAHASAN TETAPI PERPECAHAN PENDAPAT


Sejak dahulu lagi isu pinjaman PTPTN kecoh dikalangan Pelajar IPTA dan IPTS yang menggunakan perkhidmatan ini. Namun, setiap daripada kita masih lagi tidak mendapat sebarang kata putus daripada mana-mana pendapat ahli Syariah yang Mu’tabar sekarang dalam menentukan Hukum pinjaman ini. Pada saya, sebenarnya isu ini bukan lagi dalam satu isu perbahasan yang patut sewenang-wenangnya kita mengabaikan hukum terhadapnya. Ia adalah gaya seseorang untuk berpegang dengan mana-mana kata yang lebih rajih ( telah diputuskan). Memang PTPTN adalah dasarnya sebagai akad pinjaman yang diharuskan didalam Islam. Sebagaimana bukti dari Quran dan Sunnah:

Firman Allah Ta’ala didalam Surah At-Taghabun 17:

bÎ) (#qàÊر̍ø)è? ©!$# $·Êرös% $YZ|¡ym çmøÿÏ軟ÒムöNä3s9 öÏرÿøótƒur öNä3s9 4 ª!$#ur î‘رqä3x© íOŠÎ=ym ÇÊÐÈ

17. dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan Yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan Yang bersalah supaya bertaubat).

Sabda Rasulullah saw pula:

عن ابن مسعود رضي الله عنه-أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:  )ما من مسلم يقرض مسلما قرضا مرتين إلا كان كصدقته مرة(  رواه ابن ماجة.

Mafhumnya: Daripada Ibnu Mas’ud Ra, Sesungguhnya Nabi Saw telah bersabda: (Apa daripada Seorang Muslim itu memberi pinjaman kepada saudara dua kali, sesungguhnya dia mendapat pahala seqedah satu ganjaran) diriwayat oleh Ibn Majah.

Ta’rif Pinjaman pada pendapat 4 ‘Ulama Fekah:
Mazhab Hanafi: Pemberian harta yg mempunyai persamaan oleh salah satu pihak supaya dibayar semula.
Mazhab Maliki: iaitu Pembiayaan dgn harta oleh pihak yg berkemampuan untuk mendapat bayaran yang sama yg tidak disegerakan, Cuma sbg satu kebajikan sahaja.
Mazhab Hanbali: iaitu Pembiayaan suatu kebaikan kpd orang yg mengambil manfaatnya & dikembalikan kepadanya gantiannya.
Mazhab Syafi’i: memberi milik sesuatu untuk dikembalikan sesuatu yg sama dengannya.

Namun, perlu difahamkan bahawa pinjaman adalah konsep dipanggil sebagai “التبرعات في البداية والمعاوضة في النهاية” iaitu konsep pertolongan (kebajikan yang mengharapakn pahala daripada Allah semata-mat) dari sudut kepada si pemberi hutang dan hutang hendaklah dibayar kembali oleh si penerima daripada sudut si peminjam.

Adakah PTPTN ini beriba? Bagaimanakah pula yang mengatakan ia sebagai ujrah (upah)?

Mengikut kajian semasa, PTPTN yang dikenalkan oleh Kerajaan Malaysia sekarang adalah masih diketegorikan sebagai pinjaman yang mempunyai unsur RIBA. Oleh kerana 1% konsep ujrah yang dikatakan itu masih lagi tidak menepati kaedah ujrah yang dipersetujui oleh kebanyakkan ‘Ulama dalam Majlis Fatwa ‘Ulama Syariah Sedunia. Fatwa Ini sebagaimana berikut:

“ Harus bagi intitusi pemberi pinjaman itu mengambil upah daripada perkhidmatan pinjaman itu diatas dasar kos tanggungan yang bersifat praktikal secara langsung. Dan tidak harus bagi intitusi tersebut menambahan dairpada kos tersebut. Kerana setiap daripada penambahan itu adalah perkara yang diharamkan. Dan hendaklah disenaraikan secara khusus keatas kos praktikal yang digunakan oleh si pemberi hutang tersebut, supaya ia tidak membawa kearah penambahan unsur faedah..”

“ tidak dikira sebagai kos bersifat praktikal keatas perkhidamatan pinjaman yang tidak langsung, ini seperti pembayaran gaji pekerja, pembangunan institusi, pengakutan dan selanjutnya yang berkaitan dengan kos pengurusan perusahaan institusi Syarikat tersebut..”

Justeru itu, 1% yang dikenakan oleh PTPTN ini yang dihitung diatas dasar nilai hutang yang diberikan itu dan lebih tidak bertempatan lagi apabila 1% boleh meningkat dengan kadar masa kelewatan si pembayarnya. Sepertimana teknik kiraanya adalah:
Caj perkhidamatan kadar [1%]:

RM32.500X  1%  X  15 [tempoh bayaran balik]
[RM4.875.00+32.500.00=RM37.375.00 ]

Cara pengiraan mengikut Fatwa Ulama’ sedunia:
Ujrah = actual administrative expenses during the year x 100

Formula:
Average asset during the year = A1   +   A2
               2
A1: total asset at beginning of the period
A2: total asset at the end of the period

Sebenarnya kita cuba untuk memahami kaedah yang dimaksudkan oleh syariah sebagai hintungan diatas dasar “تكليفة الفعلية” iaitu actual kos, adalah sebagai contoh: Si Pemberi hutang (Pemilik Harta) itu membawa alat yang ingin dipinjam oleh si peniutang dalam sesebuah perjalanan. Didalam perjalanan tersebut, perkara yang berlaku yang boleh menghalang alat itu sampai ketangan si penerima (peniutang) maka ia harus diselesaikan oleh tuan punya harta tersebut. Tetapi, tuan pemilik harta itu tidak terdaya untuk menyelesaikannya kecuali terpaksa menggunakan alat yang akan dijadikan bahan hutang itu, maka ia baru diharuskan digunakan dan perlu dihitung dengan teliti. Seolah-olah itu adalah telah menjadi harta hak kepada si peniutang itu. Dan kegunaan itu hanya dianggap sebagai perwakilan pengurusan diatas harta tersebut. Sebab itulah ia dinamai sebagai konsep ujrah, kerana yang membayar ujrah adalah kembali kepada peniutang dan bukan kepada si pemberi hutang.

Dan sekiranya kita meneliti kembali akan syarat perjanjian oleh pihak PTPTN juga dilihat menyalahi konsep para ahli Fekah, iaitu pengkiraan mengikut dasar perubahan tempoh berhutang (Time Values ). Perjanjian ini yang tercatat seperti berikut

  No 11. Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN

  NO16. Jika PENERIMA BIAYA melakukan pelanggaran terhadap mana-mana Fasal dalam Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan, PERBADANAN boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak PERBADANAN termasuk untuk menuntut bayaran balik sekaligus ke atas Keseluruhan Pembiayaan Tersebut termasuk ta'wid (pampasan) daripada PENERIMA BIAYA di bawah Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan PENERIMA BIAYA tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa manfaat Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

Demikian daripada konklusi dalam implimentasi pinjaman PTPTN ini masih lagi tidak dapat dielakkan daripada unsur Riba An-Nasi’ah (Time Value Profit) kerana istilah ta’wid bagi kerajaan masih lagi dijadikan sebagai “حيلة الربويةniat kearah keuntungan sistem yang beriba. Dan Riba ini sememangnya telah diharamkan oleh Nas Quran dan Sunnah sebagaimana berikut:

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqaroh 278 :

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# ذر(#râsŒur $tB uÅي+t/ z`ÏB (##qtÌh9$# bÎ) OçFZä. tûüÏZÏB÷sB ÇËÐÑÈ

278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

Sabda Rasulullah saw:
قوله صلى الله عليه وسلم: )كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِبًا( . السنن الكبرى للبيهقي.

“Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba”. [Al-Sunan Al-Kubra Lil-Baihaqi, Jilid 5, ms 571]

Siapakah yang bertanggujawab keatas dosa pinjaman ini?
Justeru itu, pihak PTPTN telah menanggung dosa daripada pekhidmatan ini selaku pemberi pinjaman beriba. Namun, bagaimana pula kondisi bagi seorang pelajar mereka adalah sebagai mangsa keadaan ini? Maka disinilah bermulanya pelbagai pandangan daripada golongan ahli syariah yang dekat dengan pelajar-pelajar ini yang lebih memahami akan kondisi mereka. Sudah tentu terdapat Hadith daripada sohih Muslim (2995) :

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا وموكله وكاتبه وشاهديه وقال هم في الإثم سواء

“Telah dilaknat oleh Rasulullah saw kepada si pemakan riba dan menyuruh memakan riba penulisnya dan saksinya. Dan Rasulullah berkata: mereka semua adalah sama”

Berkaitan Dengan Soal Spiritual Para Pelajar (Si Peminjam)

Akan tetapi hadith yang diriwayatkan oleh Jabir daripada Sohih Muslim itu tidak menjelaskan akan balasan kepada orang yang terpaksa membayar manafa’at tersebut. Jadi disini saya mengambil beberapa kaedah yang mengatakan ia tergolong dalam golongan yang mempolehi keburukan ataupun tidak:

Haram keatas Pelajar meminjam  PTPTN.

Ini berdasarkan perkara yang membawa kearah perkara haram disisi syara’ maka jalan yang hampir kearahnya turut serta diharamkan didalam menutup pintu maksiat tersebut melalui kaedah ((سد الذريعة. Menurut pandangan yang meletakkan kedudukan pelajar sebagai peminjam yang memperolehi dosa daripada sistem pinjaman ini oleh golongan ahli yang mengkritik tindakkan pelajar yang lebih mampu untuk bergantung pada kewangan lain, selain daripada pinjaman PTPTN ini. Ujarnya mereka, pelajar yang lebih berlatar belakangkan keluarga yang kaya tidak sepatutnya menggunakan pinjaman PTPTN ini untuk kepentingan lain. Iaitu duit dihabiskan terhadap perkara-perkara yang tidak berasas dan tiada kaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga, iaitu golongan yang mengatakan ia haram, kerana terdapat pelbagai ikhtiar lain yang dapat diperolehi oleh para pelajar itu. Ini seperti mereka telah mengkritik terhadap para asatizah yang mengatakan harus melalui kaedah “ الضرورات تبيح المحظورات”. Kerana ia masih tidak diistiharkan sebagai keadaan yang dharurat sekiranya banyak jalan lain yang boleh diusahakan untuk menggelakkan diri daripada pinjaman PTPTN ini. Sebagai contoh, pelajar boleh mememilih instistusi yang menawarkan pengajian yang dijamin pinjaman itu daripada MARA dan anak negeri terutama IPTS bukan jenis IPTA.

Harus keatas Pelajar dengan beberapa sebab yang kukuh.

Pandangan ini lebih didominasikan oleh golongan Asatizah yang telah meletakkan Si peminjam ini (Pelajar) dalam beberapa kaedah. Kerana golongan yang dielakkan untuk menanggung dosa daripada pinjaman ini adalah dilandasi oleh keadah-kaedah Fekah yang lebih Darurat dan Mas’ul disisi Syara’, ini seperti kaedah:

1-    الضرورات تبيح المحظورات” perkara-perkara yang lebih darurat dapat mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan. Oleh sebab posisi seorang pelajar yang tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan pembelajarannya di institusi pengajian itu yang melibatkan terhadap perkara-perkara asas seperti yuran, pakaian dan makanan harian mereka kerana mengutamakan jalan untuk menutup ilmu itu adalah perkara yang wajib keatas semua Muslim. Maka perkara-perkara yang Mas’ul inilah dijadikan alasan buat mereka harus meminjam PTPTN ini. Akan tetapi kaedah ini telah dikritik oleh golongan yang mengharam PTPTN ini oleh golongan yang pertama tadi dengan mengatakan:

·         Perkara darurat adalah yang melibatkan nyawa sahaja.
·         Usaha lain boleh didapati, iaitu banyak lagi institusi pinjaman ataupun tempat pengajian yang tidak menggunakan PTPTN sebagai duit poket para pelajarnya.

Oleh sebab itulah, golongan kedua ini meletakkan prinsip “الضرورة بالقدرهاdengan kadar yang dihadkan, iaitu tidak melampau-pampau sebagai mana pembaziran.

2-    درء مفاسد جلب المنافع” menggelakkan diri daripada perkara yang lebih buruk dan beralih kepada perkara-perkara yang bermanafa’at. Kaedah ini disindirkan terhadap spiritual seseorang pelajar tersebut. Iaitu sekiranya dengan sebab PTPTN manusia didalam sesebuah masyarakat tidak menuntup ilmu dan berada didalam kejahilan itu adalah satu keburukan. Kerana kejahilan ini boleh membawa kearah syirik kepada Tuhan. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa “درء مفاسد هو أوليات من جلب منافعiaitu diutamakan tidak terjerumus dalam kerosakkan daripada mengambil akan kebaikkan itu.

3-    Menarik minat saya didalam memberi konklusi dengan pandangan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman didalam laman sesawang beliau. Beliau telah mengulas dan memberi satu kesimpulan apabila mengatakan tiada tanggungan spiritual buat para peminjam PTPTN tersebut. Oleh kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa terhadap konsep ujrah yang dibenarkan didalam Islam itu. Namun, disebabkan beberapa permainan politik, menyebabkan PTPTN yang keluar sebelum Fatwa dikeluarkan itu membuatkan Fatwa pula yang mengikuti konsep pinjaman dan BUKAN Fatwa yang patut keluar terdahulu supaya konsep PTPTN yang patut menuruti Fatwa itu sebenarnya. Pada hakikatnya PTPTN yang ada sekarang masih lagi mempunyai unsur riba dan Fatwa Kebangsaan itu masih lagi tidak menepati piawaian syari’ah sebenar. Namun, ini adalah sebagai satu usaha walaupun dengan kadar perubahan yang sedikit kearah satu pembaikkan. Dengan bersandarkan kepada Fatwa ini, maka pengecualian keburukan spiritual buat peminjam dapat dielakkan. Kerana mengikuti satu hadith Rasulullah saw walaupun ijtihad itu salah ia masih diterima dan diberikan satu pahala.

Haram pada Permulaan dan Harus pada Pengakhiran

1-    Langkah pembaikkan daripada diri para peminjam sendiri apabila PTPTN ada menawarkan konsep Al-Ibra’ iaitu pinjaman hangus tanpa bayaran balik dan konsep ini juga diharuskan didalam Islam. Ini adalah satu peluang buat para peminjam PTPTN didalam mencapainya. Dengan itu, para pelajar hendaklah berusaha kearah itu (iaitu syarat untuk mendapatkan Al-Ibra’). Ini seperti mengutamakan peranan sebagai seorang pelajar yang berperibadi cemerlang dari segi pengurusan akedemiknya. Dengan menjaga tingkah-laku sebagai pelajar iaitu tidak membuang masa, sentiasa berada di perpustakaan dan hadir keseluruhan kuliyyah kecuali daripada ke’uzuran yang amat darurat sahaja.

2-    Melihat satu lagi pandangan, melalui sebuah Hadith Rasulullah saw didalam shohih Muslim no 3002 bab Al-Musaqah yang telah menjadi pandangan Jumhu Ulama' soal nilai harta si pemberi hutang bertambah kepada si peminjan tersebut, adalah contoh daripada Abu Rabi' sesungguhnya Rasulullah saw memberikan anak unta yg dillahirkan sebagai sedeQah kepada pemilik unta Abu Rafi' yang dipelihara sebelum ia dilahirkan. Dan sesungguhnya Rasul saw bersabda: "Berilah kepada dia, sesungguhnya manusia yang dicintai iaitu sebaik-baik melaksanakan pemberian itu.." jadi melalui pandangan ini, 1% itu boleh dianggap sebagai sedeqah terhadap memuji sifat ihsan si pemberi hutang.

Pada pandangan peribadi saya, sememangnya para pelajar yang telah terlibat dengan PTPTN ini tidak mahu untuk memakai pandangan asatizah yang pertama tersebut. Dan lebih cenderung kepada pandangan UZAR didalam dilemma terhadap isu ini. Apa-apapun sebagai seorang berperibadian Muslim, kita hendaklah sentiasa melakukan taubat setelah terdiri rasa diri ini tercederung kepada dosa-dosa halus dan besar. Ketahuilah bahawa Allah itu menerima taubat akan setiap daripada hambaNya. Sekiranya disambungkan akan ayat al-Quran itu, semestinya anda akan bertemu kata-kata lamaran Azza Wa Jalla:

bÎ)ur óOçFö6è? öNà6n=sù â¨râäرâ öNà6Ï9ºuqøBr& Ÿw šcqßJÎ=ôàs? Ÿwur šcqßJn=ôàè? ÇËÐÒÈ

279. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


Maka taubatlah sebagai penawar bagi kemuskilan setiap daripada hati pelajar yang rasa masih ragu-ragu dengan kesan spiritual daripada pinjaman PTPTN ini. Tapi insyaAllah sekiranya niat baik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu menjadi pengangan, Maka bersyukur terhadap pendapat UZAR itu lebih bermakna bagi para pelajar yang terlibat ini.

2 comments:

  1. minta maaf, kesilapan ERROR yang berlaku pada ayat-ayat Nas al-Quran itu apabila ia diterbitkan. Sila rujuk Musnaf terhadap ayat-ayat yang telah digunakan ini.

    ReplyDelete
  2. subahanallah perincian yang detail sekali... alhamdulillah atas pencerahan ini.

    ReplyDelete