Friday, September 27, 2013

Prime Thinker, Tewas! - Berhujjah dgn Golongan Hidup Tidak Ber-Tuhan.

Prime Thinkers ataupun golongan yang menggunakan Minda Fikiran (akal) semata-mata dalam mengadili dan menentukan setiap sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Prime Thinkers adalah golongan yang menolak Nas iaitu Al-Quran secara bulat-bulat. Malah mereka memperlekehkan Islam kerana banyak perkara yang berlawanan dengan minda Fikiran manusia untuk diterima pakai dengan akal. Prime Thinkers Menafikan kejadian Makhluk itu dilakukan oleh mana-mana kuasa, Malah mengatakan Makhluk itu ia jadi dengan sendiri tanpa mana-mana kuasa, sepertimana mereka melihat bernih tumbuhan itu hanya tumbuh dengan sendirinya. Disini saya hanya membahaskan Satu Soalan Dasar oleh Prime Thinkers Terhadap Muslim yang perlu dijawab melalui kaedah Usul Ma'riFat:

- Soalan Prime Thinker: Betulkah Tuhan itu ada? Buktikan Bahawa Tuhan ada.

Sekadar Satu Analogi yang Lemah kerana tanpa kaedah: Ada yang mengemukakan beberapa hujjah. Ini seperti, Adanya Alam ini maka ia bukti Ada yang menciptakannya. Seakan mana, Adanya Sebuah Meja, Kerana ada Manusia yang membuat akan Meja tersebut. Namun, Disini saya tegaskan, ini semua adalah bukan Kaedah. Malah ia hanya sekadar analogi yang masih mempunyai kelemahan yang boleh dipertikai oleh golongan Prime Thinker dengan Mudah. Maka Kaedahnya Adalah:

KPI (Formula) :

1). Hukum Dua Kelakuan (2K)
Diantara dua kelakuan atau Sifat Diatas Makhluk yang mesti Berat Sebelah. Contoh: Gerak vs Diam. Mati vs Hidup. Malam vs Siang. dll. iaitu dua perkara ini tidak akan berlaku secara serentak dalam satu masa. Harini kita melihat kehidupan kepada Makhluk ini tidak sama iaitu mesti salah satu diantara dua kelakuan itu berat sebelah dalam satu masa yang sama.

2). Tiga Bahagian Akal (3A)
      -Wajib : akal terima ia ada.
      -Mustahil: akal tidak terima ia ada.
      -Harus: akal menerina dan menolak ia ada atau tiada.

Ahli Usuluddin tidak boleh mendatangkan kepada golongan ini sebarang hujjah (Dalil) yang berbentuk Nas (NaQli), samada Quran dan Sunnah. Tetapi perlu berhujjah dengan mereka menggunakan (AQli) kaedah Minda. Hukum (3A) diatas ini ditulis dalam Kitab Syarah Matan oleh Imam As-Sanusi.

Cara Implimentasi Kaedah: 

Dan sebelum mengatakan Tuhan itu ada, maka perlu memahami (2K) & (3A) dua kaedah Formula diatas. Wajib Makhluk itu perkara kena jadi oleh sesuatu yang telah menjadikannya, iaitu sedang dijadi.

Sekarang, Saya ambil contoh diri anda sendiri (Si Pembaca Nota ini). Sudah Tentu anda sedang Hidup sekarang, maka Mati itu kalah pada diri anda sekarang (Masuk kaedah 2K telah berat sebelah iaitu Hidup itu memang dan Mati itu Kalah).

Sekiranya saya berkata anda Mati sekarang sedangkan anda sekarang Hidup, itu adalah perkara yang Mustahil (akal tidak terima ia ada) iaitu Mati pada diri anda. Perkara yang Wajib pada anda adalah Hidupsekarang (akal terima ia ada) iaitu kelakuan Hidup itu sedang ada pada diri anda (Masuk kaedah 3A tadi)

(2K) Jadi pada tiap-tiap benda yang sama berat tidak akan dapat diberatkan atau dimenangkan (2K) dengan sendirinya. Nak beratkan sesuatu itu maka perlu ada kuasa yang membantunya untuk diberatkan sebelah.  Jadi hari ini kehidupan Makhluk yang kita lihat sekarang ini wajib berlaku dalam keadaan yang MESTI berat sebelah, kerana ada Kuasa yang telah memberatkannya. Dan Datang Manusia yang bernama Muhammad memberitahu kepada manusia bahawa kuasa itu adalah Allah Azza Wa Jalla.

> Maka inilah dinamai meNAFIkan ia dijadikan dengan sendiri. Oleh itu, secara automatik telah TERBATAL fahaman Prime Thinker ini. Oleh sebab kaum Prime Thinker tidak menerima dalil dari Nas, maka inilah medium bagi dakwah mereka.

# Dengan Kaedah  Ini Seorang Ketua Ahli Prime Thinker di USM Pulau Pinang telah memeluk Islam. 

No comments:

Post a Comment