Tuesday, July 30, 2013

TRAGEDI 19Jun'13- Demi Sebatang Marker Warna Merah

Selepas empat hari pulang ke Kampung bersama keluarga, saya bergegas melaporkan diri diprogram tersebut. memandangkan task tersebut yang perlu dipindah tangan oleh sahabat yang terlibat terdahulu, maka saya datang lebih awal disana. Tengok disetiap raut wajah mereka itu lemah dan keletihan lagilah itu semua tanda mereka tidak bermaya. Dengan itu saya cuba-cuba untuk naikkan semangat diri-sendiri balik. Kadang-kadang saya terus terfikir, banyak maklumat yang ada pada saya dan tersembunyi daripada pengetahuan ahli unit lain yang turut terlibat. Tetapi saya tidak memberitahu setiap daripada mereka kerana memikirkan "saya akan memberikan khidmat dalam program ini sehingga tamat keseluruhan program". Malangnya jangkaan saya itu tidak setepat saya sendiri fikirkan.

   Tiga hari berlangsung sebelum kejadian itu. Namun, pada malam sebelum keesokkan pagi. Saya telah turut serta mengawasi keselamatan tempat program. Dengan itu, aku terpaksa berjaga sehingga hampir larut sang pagi menjelma. Tetapi alhamdulillah sempat juga ku memejam mata walaupun sekejap, bahkan didalam fikiran masih ada beberapa perkara yang perlu disiapkan keesokan siangnya. Didalam memikirkan pelaksanaannya mataku itu telah terlelap dengan sendirinya.

   Setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah pada pagi 19 Jun 2013. Aku telah menerima satu teks pesanan ringkas melalui telefon bimbit ia sebagai isyarat permualaan nota ini diceritakan hari ini. Tepat jam 7:30 pagi seorang daripada ahli unit menyampaikan pesanan tersebut, dengan nada: " salam, kluar x japgi? Nak mintak tlg belikan marker pen white board warna merah? penceramah nak guna utk kuliyah lpas ni. Pkul 10 nak guna". Memandangkan pertingkahan waktu diantara jam 7:30 pagi dengan jam 10:00 pagi itu ialah dua jam lebih. Maka aku cuba untuk siapkan kerja dalam program itu terdahulu, sambil-sambil menjenggok mana-mana daripada sahabat yang akan keluar dari tempat program ini. Akan tetapi kelihatan waktu hampir mendekati jam 10 pagi dan seorang komiti pun tidak menampakkan bibik-bibik bahawa mereka akan keluar. Dalam pertengahan waktu yang berlalu itu, ku terserempak dengan ahli pengakutan program, lantas aku memberitahu kepada mereka akan hal itu. Tapi, kelihatan diraut wajah seorang sahabat itu tiada rasa ingin kearahnya. Mungkin dia ada kerja dalaman program yang hendak disiapkan bersama sahabatnya yang nampak sikit bergegas kesuatu tempat penjuru program. Dengan senyuman seakan-akan gurauan aku menarik kembali kata-kata itu, dengan mengistilahkan:" hurmm xpe lah, biar ana je yang keluar p cari marker tu, sekejap je kot.. tengok kesian kat enta pulak".

   Pada jam 9:15 pagi- Aku terus melulu keluar dari pintu pagar tempat program itu. Malah ada sesekalinya, motosikal yang dibonceng aku itu sikit hilang kawalan, Aku fikir biasalah mungkin harini aku sedikit letih dan terlelap mengantuk sikit tadi. Tapi hakikatnya, Malang itu tidaklah semanis siangnya. Semakin jauh perjalanan dek angin mulai meniup mata, aku semakin lelap dan lena. Sehinggalah tiba disebuah selekoh, lalu bermain difikiranku, andai ada sesuatu dihadapan sana pasti aku akan terkejut kerana keadaan mata yang sentiasa nak lelap sebegini. Belum sempat habis fikiran itu berbicara, Benar telah berlaku dihadapan mata. Dengan keadaan terkejut serta-merta itu, kaki mulai memainkan peranan yang tidak sepatutnya diambil, dengan menekan break itu secara pantas menyebabkan motosikal itu lagilah hilang kawalan. Lalu terseret dari sebelah kiri jalan menghala ke bahu kanan jalan yang terdapat penunggang motosikal lain. Pastinya tubuhku dengan badan motosikal itu telah terpisah ditengah jalan mungkin kerana cinta kami tidak sebaya. Sewaktu itu aku hanya mengalami luka yang tidaklah serius dilenggan. Dengan memikirkan luka ini tidaklah memberikan aku apa-apa kesakitan dan aku boleh kembali ke tempat Kem semula dengan penuh senyuman. Tetapi sangkaanku kali kedua ini masih lagi tidak tepat.

   Mungkin daripada pengalaman aku yang pernah kemalangan beberapa kali sebelumnya, itu semua membuatkan aku lebih mantang bagaimanakah teknik untuk jatuh dalam sebuah waktu kritikal kemalangan yang dapat menggelakkan diri daripada mengalami kecenderaan yang teruk. Daripada pengalaman, terdapat dua kali kemalangan yang melibatkan diriku yang juga dipandang serius oleh orang yang melihatnya. Apabila mereka melihat struktur kenderaan yang dipandu dalam kedua-dua kemalangan itu agak teruk rosak dan hancurnya. Namun, mereka hairan dengan melihat keadaan diriku masih seperti biasa dan mampu berdiri, berjalan dan terus berlari dengan keadaan yang begitu singkat. Namun, Hal ini aku telah implimentasi kan didalam kejadian tersebut, akan tetapi ianya bukanlah teknik yang dikatakan hampir berjaya.

   Kembali disaat-saat getir semasa kejadian, tubuhku telah terhenti ditengah jalan. Namun badan motosikal yang aku tunggangi itu masih lagi berputar meleret mencari bahu kanan jalan. Entah bagaimana sempat lagi aku terfikir, luka dilengan mungkin perlu dibalut dan dirahsiakan hal kejadiannya. Fikiran sedang melalut jauh waktu itu hanya untuk mencari jalan penyelesaian yang begitu mudah, tanpa disedari bahawa tubuhku masih melentang ditengah-tengah jalan. Hanya sempat aku memandang kearah bahagian kiri dalam jangkaan masa iaitu sakelipan mata, lalu sebuah lagi motosikal lain datang menghempak sebelah kanan rusukku. Saat itu segalanya mulai berubah dengan serta-merta, keadaan lebih menjadi kritikal, apabila sang udara yang ditarik melalui hidung dan mulut itu enggan menghundi kedalam dada. Dan apabila dada aku semakin ketat mulai rasa bahawa nafas nak terhenti dan sakit yang amat sangat sehingga tidak mampu untuk aku bangun berdiri lagi. Saat itu Hatiku mengatakan bahawa inilah pengakhiran hayat buatku, fikiranku menambah dengan mengatakan:' rupanya disinilah tempat aku dipisahkan jasad dan ruh". Mata hanya dapat memandang keatas langit, didalam kesakitan yang amat berat itu, aku cuba untuk mencari ketenangan, memikirkan alam-alam ini adalah saatnya untukku berpisah dengan alam yang dinamai dunia. Ku lihat jejari dedaunan kelapa indah bermesra berganding dengan dedaunan yang halus ditiup oleh angin yang sangat sempoi-sempoi beralun-alun pergerakkannya. Lalu Hatiku berkata, mungkin berangin itu dek laluan malaikat yang dinamai Izra'il a.s yang sedang turun kepadaku. Dengan tanpa melengahkan masa yang ada, lantas aku melafazkan dua kalimah yang dipengang sejak didalam ruh. Tiba-tiba hati kecil bertanya kepada diri sendiri, mengapa ucapan kalimah syahadahku ini tiba-tiba jelas dan lancar sebutannya, sedangkan aku rasa sebutan yang tiada dapat bernafas bukanlah seelok ini. Lalu minda mengeluarkan andaiannya, "mungkin ini bukan waktunya lagi".  mungkin waktu tidaklah sepantas ini, terfikir seruan itu mungkin akan benar-benar hadir dengan hari yang seterusnya.

   Keadaan semakin tenat, akhirnya kejadian itu dapat diberitakan kepada salah seorang sahabat yang sedang berada di Kem. Lantas setiba beberapa orang daripada sahabat yang mengerumuni diriku yang sedang terbaring, terdengar kata salah seorang daripada mereka:" kelihatan dia sangat pucat kebiruan sekarang". Namun, Aku hanya fikir, mungkin ini kerana nafasku sedikit liat untuk dihentikan. Lalu aku dipindahkan kedalam kenderaan dan dihantar ke hospital yang terdekat. Walaupun jaraknya adalah dekat, tetapi aku menahan sakit itu diibaratkan 7 bulan perjalanan untuk sampai. Sehingga mengarahkan beberapa orang sahabat untuk menyentuh dimana-mana badanku ditempat yang tidak rasa sakit, supaya sakit ditempat yang berat itu dapat dibahagikan dan dipindahkan kesana. Tetapi kelihatan mereka tidak berani untuk menyentuh tubuhku walaupun dimana-mana pun.

   Setibanya disebuah klinik kecil, aku ditarik naik sebuah ambulans. Rasa sedikit hilang penat menarik nafas, tatkala dibantu dengan alat penafasan diatas ambulans itu. Aku seraya meminta kepada salah seorang daripada sahabatku untuk menelefon ahli keluargaku, Aku mengira biarlah aku sempat melihat wajah salah seorang daripada ahli warisku, samada untuk mewasiatkan sesuatu ataupun tidak. Dalam keenakan rasa pening dan aku semakin rasa hilang tupuan, Salah seorang sahabat memengang tanganku sentiasa, seraya menyeruku mengingatiNya. Sewaktu diatas ambulans itu, aku rasa pergerakannya sedikit kasar. Lalu terfikir, mungkin aku juga tidak dapat bertahan lama. Tiba-tiba aku meminta kepada salah seorang sahabatku untuk membaca beberapa keratan ayat al-quran terutamanya ayat 35 daripada surah An-Nur. Aku Kira, aku akan rasa tenang apabila dapat fokus untuk mendengar ayat itu. Tetapi sahabat itu tidak menyahut permintaanku ini.

   Setibanya di sebuah hospital besar Ampang, aku dikurun diruang kritikal zon yang dikerumuni oleh beberapa orang doktor yang agak ramai bilanganya. Disitu, Badan ini sentiasa tidak lekang daripada berbagai jenis alatan perubatan yang melekat ditubuh, jarung disuntik disana dan disini sehinggalah dibadanku ini tiadalah ruang untuk ditempatkan jarum lain lagi. Sewaktu itu, wajahku kelihatan hanya diantara dua warna iaitu kuning ataupun kebiruan. Katanya saksi-saksi yang melihat riat wajahku. Namun, waktu itu pelbagai peralatan ujian dalaman dilakukan untuk mengetahui apakah kecenderaan sebenar yang sedang aku hadapi itu. Malangnya, hari pertama dihospital itu, semua alatan ujian tersebut sememangnya tidak dapat mengesan keadaan aku hadapi sebenar. Sehinggalah hari yang kedua datang menyampa.

   Dengan Keajaiban Kuasa dan kehendak Allah Ta'ala. Hari kedua kecenderaan sebenar didalam tubuhku akhirnya dapat juga dikesan. Dengan itu, salah seorang Doktor mengesahkan bahawa aku sebenarnya telah mengalami beberapa kecenderaan yang teruk. Iaitu: tiga daripada tulang rusuk telah patah secara selang-berseli. Kesan lebang pada peparu, luka pada buah pinggang dan paling merbahaya katanya salah seorang Doktor disitu adalah luka hati pada tahap tiga. Tetapi, sebarang inisiatif seperti pembedahan tidak dilakukan, memandangkan luka pada hati tersebut kering dan darahnya tidaklah lagi mengalir seperti hari pertama itu. Bahkan kedudukan sewaktu itu lebih perlu berhati-hati walaupun kesakitan hari kedua itu terasa lebih teruk bertambahan demam yang mula melanda didalam badan ini.

   Hari-hari seterusnya, keadaan didalam sebuah wad bukanlah seceria yang disangka. Seketikanya datang seorang pengawai perubatan melakukan interview pesakitnya untuk berinteraksi dengan mereka. Salah seorang pengawai perubatan itu menyampaku seraya berkata, "sebenarnya awak ditahan lama disini bukanlah kerana tiga rusuk yang patah itu, tapi kerana grade three Lever injury -hati awak yang luka itu". dalam keadaan yang serius itu, aku cuba untuk memanipulasikan keadaan dengan kecerian supaya mental aku tidak akan fokus pada benda yang bersifat melemahkan sistem "regenerate" dalam badanku dengan menyahut:" emm bukankah hati terluka ini adalah perkara biasa doktor? Lagipun saya sentiasa dengar orang-orang terluka hati ni, nampak biasa je mereka semua tak da pulak sampai dapat wad camnie kn??" Kelihatan dia tersenyum lebar dengan hujah yang aku berikan itu. Namun, beliau menjawab:" en zulfakar, itu memang orang kata luka hati juga, tapi luka itu hanya keluar air mata, yang awak luka ni keluar darah". reaksi sepantas aku hanyalah menelan air liur kedalam halkun:" glupps!!".

   Ada pula aku disoal oleh beberapa orang Doktor pakar yang melawat, tentang kenapa semasa kemalangan ini aku tidak pernah pengsan walaupun sedikit? Tapi setahu aku selama aku hidup ini tak pernah lagi rasa sesuatu yang dinamai sebagai pengsan. Balas Doktor pakar tersebut:" sekiranya kamu pengsan sewaktu kemalangan tu. entahlaa". (kelihatan wajah beliau tunduk seakan-akan mengatakan didalam hatinya:" Innalillah". Mungkin risiko kematian itu lebih besar sekiranya aku tidak sedarkan diri didalam kejadian itu, ia memandangkan tiada lagi paksaan diri untuk bertahan dan menarik nafas dalam kesukaran itu. Aku mengistilahkan didalam hati " Ini hanya Kerja Tuhan Tahu segala-galanya".

   Setelah lima hari terlatar diatas tilam hospital itu dengan pergerakanku yang begitu terhad. Sehingga setiap kali wudhu' untuk solat yang sentiasa diwudhu'kan oleh seorang abang sahaja. Sehinggalah datang hari kelima yang tiada waris yang sedang menemaniku disana, lantas mindaku secara tetiba berfikir:" Aku tidak patut terlatar lama disini, ini bukanlah tempat untukku berada, aku masih ada banyak perkara yang perlu disiapkan, lagipun ini semua tanggujawabku, dan tidak boleh menyusahkan sesiapapun dengan hal ini". Dengan kesan psikologi minda itu, aku terus terjun dari katil dan berjalan seperti biasa secara tiba-tiba. Hal itu menyebabkan seluruh jiran pesakit lain disetiap kanan dan kiriku terkejut dengan reaksi tersebut. Mereka berkata:" ehh! dah boleh berjalan?? sedangkan empat hari kami sentiasa memandangmu yang langsung tidak dapat bergenjak walaupun sejengka jari". (mereka sedikit hairan). Aku hanya membalas dengan senyuman. Oleh kerana peristiwa itu, aku secara underspot dapat keluar daripada hospital tersebut.

  Penghayatan Kejadian melalui Ilmu Ma'ani: Setiap kejadian yang berlaku kepada hambaNya hendaklah merangkumi dalam empat syarat yang perlu difahami disebalik Ma'ani. Syarat-syaratnya ialah:

1-Sebab                           2-Kerana                                3-Masa                                      4-Tempat

   Keemapat-empat syarat ini hendaklah terjadi dalam keadaan ia mesti bertemu. Contoh Luar adalah: Berkahwin dua hamba diantara lelaki dan perempuan iaitu SEBAB ada kita KERANA itu kerja Allah Ta'ala. (sudah tentu ia melibatkan masa dan juga tempat). Jadi dalam mentafsirkan kejadian ini: Kemalangan yang dialami keatas diriku sebab kepada sakitnya diriku kerana ini adalah kerjanya daripada Allah Ta'ala. Apabila ia Masuk dalam istilah kerja Allah Ta'ala, Maka kita perlu rujuk Kitab yang diturunkan olehNya dengan membawa satu soalan kenapa Allah Ta'ala berbuat Demikian?? Ini bagi memberikan jawapan terhadap soalan yang timbul "kenapa?" 

   Maka jawapannya selepas beberapa hari kejadian, iaitu hati tergerak untuk mencari KalamNya melalui permerhatian mentafsir ayat al-Quran terhadap perkara aneh sebelum dan selepas kejadian dalam pengerakkan hati salah satunya jiwa tertanya-tanya apabila melihat salah hamba mengucapakan "Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.." daripada surah al-baqarah ayat 156 menunjukkan terjamahan: Orang-orang yang ditimpa musibah, lalu mereka mengucapakan "kalimah istirja'.." iaitu menyatakan kembali kepada Allah. Jadi dalam Jiwa manusia yang mencari kaedah Ma'ani mentauhidkan Allah perlu diteruskan dengan perkataan "kenapa?' -jadi kenapa Allah Ta'ala suruh menggunakan kalimah istirja' (kembali)? Kerana Sakit itu adalah muqaddimah mendekati mati. Mati iaitu kembali kepadaNya. Jadi kenapa ujian?? untuk menentukan hambaNya yang beriman. Kerana itu adalah dasar dicipta insan kecuali untuk menyembah dan menyatakan Allah sebagai pengantungan. Apabila sakit maka automatiklah sifat Muslim yang beriman dia akan pergi dekat dengan Tuhannya. Jadi Kejadian itu adalah sebenarnya asbab nyatanya kehendak daripada Allah Ta'ala kerana Dia Kasih dan Sayang terhadap makhluk yang dijaga olehNya sentiasa dekat kepadaNya melalui medan kejadian musibah, contoh kemalangan dan pelbagai rasa sakit daripada kesan. Ini adalah salah satu pendirian yang aku tonjolkan kepada umum. Bahkan ia masih lagi banyak perkara yang boleh dilihat disebalik sebuah kelakuan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Tetapi biarlah menjadi rahsia bagi pemilik aksi ini sahaja yang mengetahuinya. :)

No comments:

Post a Comment