Friday, May 10, 2013

Bahana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Dosa pakej Buat pelanggan


1-Dosa Pertama adalah Riba al-Fadl. Menawarkan pinjaman modal (duit) dgn menaikkan kadar pembayaran balik dgn nilai tertentu .. Dalil Dosa Riba adalah keras didlm al-Quran bermula dari ayat 275 surah al-Baqorah hgga 281. Ciri-ciri terlibat dgn riba adalah seperti:
-Dirasuk Syaitan (Gila).
-Tidak mustahil menjadi penghuni Neraka (dlm keadaan Kekal).
-Harta Riba tiada keberkatan.
-Dosa seakan Kafir tidak dikasihi oleh Allah.
-tidak tergolong dalam golongan org yg beriman.
-Allah telah membezakan diantara Pinjaman dan zakat. Tidak seperti yang dianggap oleh AIM bahawa ia bercirikan zakat kepada orang Miskin.
-Dosa paling dasyat sekali adalah ayat ke 279 iaitu Allah telah mengistiharkan perang dgn golongan yang terlibat dgn riba ini bersama Allah dan Rasulnya. Kata Ibn Abbas didalam tafsirnya, Perang ini iaitu akan berlaku pada hari Qiamat, dimana mereka itu diberikan pedang untuk berperang.

2-perkara yang berlaku terhadap sistem berkumpulan peminjam ddlm AIM ini akan menanggung hutang orang lain sekiranya tidak membayarnya. Mungkin ini diklasifikasikan sbg system al-kafalah (penjamin) dan bukan hiwalah (pindahan hutang) ataupun al-wakalah (perwakilan). Akad kafalah ddlm Islam adalah mengikut Ijma’ dlm konsep at-ta’awun keatas perkara baik kepada taqwa. Tetapi hakikat yang berlaku ddlm ahli kumpulan AIM ini adalah sebaliknya, iaitu rasa terpaksa, tidak puas hati dan menzalimi ahli anggota yang lain dan menyebabkan Fitnah sesama ahli kumpulan begitu juga su’u zhon (sangka buruk). Kerana amaran keras telah dikenakan oleh pengawai AIM kpd ahli si yang ingkar (Kerana kesempitan kewangan) membayar hutang tersebut. Ini telah jelas berlawanan dgn ayat Quran ke 280 Allah menerangkan orang miskin yang kesempitan perlu diberikan masa dia kelapangan untuk menjelaskan hutang. Kerana ini menggelak daripada kelakuan paksaan Masyarakat Jahilliyyah terdahulu.

# kesimpulan, pengasas AIM ini Prof Muhammad Yunus bukan daripada latarbelakang yang mempunyai pendidikan Shari’ah complaints. Beserta Grameen Bank juga tiada hubungan kelulusan perbankan menurut AAOIFI standard. Ini jelas bahawa kesan Riba pinjaman oleh AIM ini lebih dasyat keburukan dibanding dgn pengharaman Arak. Kerana hukuman arak adalah berkaitan dgn hukuman yang boleh dijalankan oleh Manusia sendiri, iaitu 80 sebatan. Maka selepas sebatan tersebut, hukuman arak ini bebas daripada dosa. Kerana berlaku hukuman keatas peminum arak. Manakala riba tiada hukuman yang perlu dijalankan oleh pihak manusia, bahkan hukuman ia berkaitan dgn Allah dan RasulNya di hari Akhirat kelak.
Sangkaan dari seorang penulis artikel didalam sebuah website iaitu: http://www.usahawan.com/pinjaman/amanah-ikhtiar-malaysia.html -yang menganggap bahawa AIM ini tidak jauh beza daripada zakat, adalah jelas kesalahannya. Kerana Allah Ta’ala telah membezakan kedua-duanya dengan Berkat harta dalam ayat 276 drp surah al-Baqorah. 
Pada pandangan peribadi saya, sistem pinjaman yang ditawarkan oleh AIM ini memanglah satu nilai Murni asalnya. Tetapi dalam masa yang sama, ia telah memperlekehkan ayat drp surah al-Baqorah bermula dari 275-281 ini dengan beberapa illah (persamaan). Diantaranya ayat ini telah membicarakan soal Fakir Miskin, sepertimana matlamat AIM ini adalah fokus kepada kehidupan orang-orang Miskin luar Bandar. Kedua, iaitu perbezaan diantara zakat dan pinjaman sepertimana huraian didlm sebuah artikel tersebut. Ketiga, berkenaan dengan kesempitan orang miskin untuk membayar hutang, pada ayat 280. Namun, sistem berkumpulan AIM ini jauh mempertikai ayat tersebut, malah boleh menimbulkan hasad dan perpecahan ahli mereka.
Lagi menduka-cita, dua daripada ahli panel syari’ah AIM ini adalah pensyarah di Kuliiyyah undang-undang dan ekonomi Uiam. Adakah ahli penal syari’ah ini tidak pernah tahu urusan AIM ini yang melibatkan dengan pinjaman? Pada saya, baik tidak menubuhkan badan pemeharti syari’ah sekiranya urusan sesebuah syarikat itu yang berlawanan dengan syari’ah itu tidak dapat dibendung oleh ahlinya

3 comments:

  1. maaf nak bgtau, sblom ni aim menggunakan konsep al-Qard hassan, x de pun unsur riba dlm pinjaman aim ni, setahu sy pinjaman amanah ikhtiar tiada pun bunga. Caj pembiayaan tersebut adalah caj pengurusan d mana ia atas persetujuan bersama dan akaq Ijab & Qabul (IQ) berlaku. so x perlu la kita nk pertikaikan soal dosa atau haram. Lagipun panel syariah AIM yg d lantik merupakan penal penasihat kpd aim dan kini konsep tawaruq tlh d guna pakai bagi tujuan tersebut. klau nk berbicara soal sesuatu perkara bertanya la kpd mereka2 yg lebih tau soal selok belok pinjaman aim bkn mengambil maklumat drpd website shj.

    ReplyDelete
  2. saya menghormati padangan encik Lara Cleopatra. Apabila kita mula berbicara soal Qard Hassan, maka perlu difahamkan dgn konsep muamalat dgn konsep tabarru' yang lebih khusus. Lainlah sekiranya masih berbicara soal Qard secara umum, dia akan berkaitan samada konsep tabarru' mahupun mu'awadhah. Jadi, dalam hal ini, Berlakunya unsur Riba tidak semestinya ia perlu melalui bunga. Riba pinjaman adalah keuntungan daripada manafa'at transaksi pinjaman tersebut. Secara jujurnya, saya telah menemuramah beberapa orang ahli Kumpulan pelanggan AIM ini sendiri. Kebiasaanya Majoriti ahli pelanggan AIM ini adalah penduduk kampung yang berpendapatan rendah dan tidak tahu-menahu soal pertukaran didalam islam mahupun soal perjanjian yang telah disyaratkan atau lebih khusus lagi yang telah dilebakn oleh AIM. sekiranya kita hanya menguatkan alasan diatas sebuah persetujuan ija' & Qabul, ingin saya berikan satu analogi buat anda, iaitu berzina diantara lelaki & perempuan, sebelum mereka berzina semestinya kedua-dua belah pihak telah berlaku persetujuan. Jadi Kaedah pertukaran transaksi didalam Islam tidak dinilai diatas dasar niat lafaz, bahkan ia perlu dinilai diatas perlaksanaanya pertukaran tersebut. Sebagai contoh, seorang pemimjan akan meminjam RM1.000 dan nilai sebenar kpd pihak pemimjan yang akan diperolehi adalah RM800 shj akan tetapi peminjam akan tetap membayarnya dgn kandaan RM1000 jua. Maka AIM mengatakan RM200 adalah sbg caj pengurusan. Encik Lara, RM200 ini tidak pernah berubah sejak daripada transaksi berlaku kedlm akaun peminjam dahulu lg. Baiklah sekiranya En. Lara mengatakn ini adalah konsep ujrah. Baiklah, sbnrnya sy sering mengkaji konsep ujrah terutamanya ddlm isu pinjaman PTPTN dgn pelbagai Fatwa dunia sudah saya fahami. Ujrah yg dibenarkn ddlm akad pinjaman adalh "actual Cost". Dan RM200 sebenrnya nilai ini tidak dikira diatas kaedah actual cost yg disepakati ulama' AAOFI. En. Lara boleh rujuk kembali ciri-ciri actual cost yg dimaksudkn oleh ulama' itu, ia tidak merangkumi perkara yg berbentuk sebjektif. Dan ia lebih melibatkn perkara yg berbentuk meterealistik, dan harga pertukaran terhadp perkara yg berbntuk meterealistik ini sentiasa berubah mengikut keadaan masa peredaran Ekonomi Negara.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.... aim meletakkan syarat pinjaman mestilah dalam berkumpulan.namun tidak ada syarat bertulis bhwa ahli kumpulan wajib menanggung byaran ahli lain.akan tetapi,bleh dikatakan hampir semua pegawai2 aim yg mgendalikan mesyuarat kutipan mengamalkan 'paksaan' terhadap kumpulan yg bermaslah tersebut. dan setiap cawangan operasi aim meletakkan syarat denda keatas ahli kumpulan yg tidak mahu bertggung jwb sesama ahli kumpulannya.
    aim menawarkan pnjaman micro dgan cas pgurusan 10%setahun.cth: pinjam rm1000 ,byar rm1100. tp ahli dpat rm964.00.(rm36.00 utk prlindungn takaful). apa pendapat tuan tentang stetment ni?? reply plizz....

    ReplyDelete