Tuesday, January 15, 2013

Mahar vs Mahal


Ta’riF:
Mahar: Pemberian wajib suami kepada isteri dengan sebab berkahwin atau untukj melakukan persetubuhan dan Pemberian itu secara rela.
Mahal: (Ta’rif disisi Perbahasan Tajuk ini sahaja) Istilah yang digunakan sebahagian masyarakat sebagai ganti bayaran perbenlajaan perkahwinan oleh bakal suami kepada bakal isteri (belanja kenduri kahwin) dan ia adalah perkara yang berlaku pada adab masyarakat setempat.
Dalil:
Bukti di wajibkan Mahar:
(#qè?#uäur uä!$|¡ÏiY9$# £`ÍkÉJ»s%ß|¹ \'s#øtÏU 4 bÎ*sù tû÷ùÏÛ öNä3s9 `tã &äóÓx« çm÷ZÏiB $T¡øÿtR çnqè=ä3sù $\«ÿÏZyd $\«ÿƒÍ£D ÇÍÈ
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan maskahwinnya (Mahar) sebagai satu pemberian. Jika perempuan-perempuan itu baik hati, mahu merelakan sebahagian daripadanya, makanlah olehmu dengan baik dan senang”.-surah an-Nisa’ 4
žw yy$uZã_ ö/ä3øn=tæ bÎ) ãLäêø)¯=sÛ uä!$|¡ÏiY9$# $tB öNs9 £`èdq¡yJs? ÷rr& (#qàÊ̍øÿs? £`ßgs9 ZpŸÒƒÌsù 4 £`èdqãèÏnFtBur n?tã ÆìÅqçRùQ$# ¼çnâys% n?tãur ÎŽÏIø)ßJø9$# ¼çnâys% $Jè»tGtB Å$râ÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym n?tã tûüÏZÅ¡ósçRùQ$# ÇËÌÏÈ
“Tidak berdosa bagimu, jika kamu menceraikan perempuan kamu sebelum kamu bersetubuh dengannya atau sebelum kamu tentukan maskahwinnya. Berilah perempuan itu kegembiraan secara baik, orang kaya sekadar kekayaannya, dan orang miskin sekadar kemiskinannya, sebagai satu kewajiban ke atas orang-orang yang berbuat kebaikan”.-surah al-Baqarah 236

Jenis-Jenis:
Perkara yang hendak dibincangkan adalah berkaitan dengan mahar di dalam Islam. Mahar telah terbahagi kepada dua iaitu:
1-    Mahar Misal |mahar seumpamaan| (iaitu mahar setanding dengan Isterinya yang lain atau melalui saudari-saudari bakal Isteri tersebut).
2-     Mahal Musamma |mahar dinamakan| (Iaitu mahal yang telah disebut atau disepakati oleh kedua-dua belah pihak).


Tujuan Mahar:
1-Pengajian Fekah Manhaji (Iman as-Syafi’e) menyebut tujuan mahar adalah untuk memuliakan si wanita tersebut.
2-Namun, dikhususkan lagi mahar itu untuk menyetubuhi si isteri kerana tanpa membayar mahar si suami dilarang menyetubuhi isteri beliau. Ini berdasarkan ayat al-Baqarah (236) dan hadith Nabi saw yang melarang saiyyidina Ali Ra daripada menyetubuhi puteri baginda Fatimah Ra setelah berkahwin sehinggamana ia memberikan sesuatu daripada mahar tersebut.

Konsep Mahar & Hukum:
Mahar itu hak daripada hak isteri keatas si suaminya. Dan ia hukum daripada hukum akad perkahwinan tetapi bukan syarat sah kepada akad perkahwinan tersebut. Sebab itu lah sekiranya akad perkahwinan walaupun ia tidak disebut akan maharnya dan akad tersebut tetap sah disisi syara’. Menyebut mahar di dalam akad adalah sunnah yang digalakkan. Bahkan tidak menyebut mahar di dalam akad adalah hukumnya makruh. Tidak membayar mahar meniduri Isteri hukum adalah Fasiq.
Boleh dikatakan juga mahar ini adalah bentuk hadiah si suami kepada si isteri dan boleh diberikan dalam tempoh tertentu iaitu bertangguh.

Persoalan tentang Mahar:
1.    Bolehkah si suami menggunakan mahar yang diberikan oleh si isteri?
:> Boleh dengan keizinan si isteri, Ini berdasarkan |çnqè=ä3sù $\«ÿÏZyd $\«ÿƒÍ£D| daripada ayat al-Baqarah 236.

2.    Bolehkah al-Quran dijadikan sebagai mahar?
:>Harus, Ini Berdasarkan Hadith Nabi saw yang menyuruh si lelaki memberikan sebentuk cincin besi sekalipun. Ditimbangkan harga sebentuk cincin besi dengan harga sebuah musnaf al-Quran. Riwayat Iman Muslim.

3.    Adakah sama diantara mahar dan perbelanjaan perkahwinan?
:> Mengikut keadaan semasa ia tidak sama. Kerana mahar ini adalah bentuk harta yang tidak membebankan & juga tidak meringankan si lelaki. Manakala Mas kahwin kebiasaan menimbangkan akan kos anggaran perbelanjaan perkahwinan. Namun, ia diQiaskan harga perbelanjaan tersebut dengan al-araf (iaitu adab kebiasaan) sebagai sumber terakhir Fekah. Semoga adab yang elok dijadikan niat untuk bersedeqah.

4.    Bolehkah al-Quran dalam bentuk maknawi dijadikan sebagai mahar?
:> Harus, Ini berdasarkan hadith Nabi saw yang didatangi oleh seorang lelaki yang mahu berkahwin dan ditanya oleh Rasulullah saw soal pembayaran mahar kepada wanita tetapi lelaki itu tidak mempunyai apa-apa kecualilah seorang hufaz al-Quran lantas Rasulullah saw jadikan ia sebagai maharnya. Driwayatkan oleh Iman al-Bukhari kerna menimbang diatas Fada’il al-Quran dan menjadikan si suami yang hufaz itu mengajar akan isterinya al-Quran.

Kajian Kes:
Terdapat yang mengatakan bahawa | >perempuan itu perlu harga perkahwinannya dibayar dengan harga yang mahal, kerana beberapa faktor sebagai contoh untuk melihat kesungguhan si bakal pasangannya untuk berusaha membayarnya dan perempuan tersebut seorang yang tertib dan berakhlak elok < |
Isu ini akan bermain kearah dua perkara sekiranya kita merujuk dalam keadaan perkahwinan di Malaysia khususnya, iaitu diantara Mahar (Maskahwin)  dan Mahal (Perbelanjaan perkahwinan). Kita boleh lihat perbezaan di antara beberapa negeri seperti Kelantan pada adabnya telah meletakan pembayaran Mahar itu bersama perbelanjaan kahwin, contoh RM19.000.00 (mas kahwin Khairul Fahmi Che Mat) termasuk dengan Mahar dan Perbelanjaan kenduri kahwin. Namun, selain Kelantan contohnya kawasan Selangor adalah berpisah diantara pembayaran Mahar dan Perbelanjaan kenduri kahwin. Khususnya mereka biasa menyebut di dalam akad nikah contoh RM80.00 sahaja sebagai Mahar perkahwinan sedangkan pembayaran hangus si bakal suami adalah berpuluh-puluh ribu nilainya.
Pada saya, ia tidaklah menjadi kesalahan isu hantaran perkahwinan dengan nilai berpuluh-puluhan ribu harganya. Tetapi perlu juga kita melihat matlamat sebuah perkahwinan di dalam Islam iaitu baitul Muslim. Berkahwin adalah untuk menjaga Nasab atau keturunan salah satu daripada matlamat syariah Islam daripada yang lima. Namun, saya ingin meringkaskan melalui point sahaja, melalui waqi’ dan Fiqh dalam memberikan penyelesaian dan sebagai memperluaskan keadaan yang telah sempit jua dan juga memudahkan urusan masyarakat kini. Melalui perkara:

1.    Ketidakmampuan si lelaki menyebabkan perbuatan zina terhadap kedua pasangan. Ini berdasarkan peristiwa yang sering berlaku dikalangan masyarakat kini. Kerana cinta diantara si lelaki dan wanita sahaja. Tanpa diketahui sejauh mana perasaan tersebut oleh ibubapa mereka. Justeru itu, yang menetapkan mas kahwin adalah kedua ibubapa si perempuan. Menyebabkan lahirlah perasaan ingin kahwin secara kes hitam. Jadi sekiranya isu yang mudah sebenarnya telah dipersulitkan oleh adab generasi menyebabkan bahaya dan dosa berkelumuran gara-gara tidak dapat menghadapi bayaran maskahwin pada dasarnya. Maka ia perlu diperingatan kembali.
2.    Islam adalah memberikan kepada manusia yang menganutnya akan kemudahan dan penyelesaian. Ini kerana perkahwinan orang Muslim adalah berbeza matlamatnya. Berbanding dengan perkahwinan di dalam Non- Muslim lebih berunsurkan meterial. Seperti kenduri kahwin dan memilih pasangan.
3.    Sekiranya penilaian kebahagian dan kemantangan rezeki pada kemampuan seseorang lelaki apabila dapat membayar maskahwin adalah menjadikan kelemahan iman terhadap ketentuan Allah Ta’ala dan lantas kurangnya beriman kepada qoda’ dan qadr Allah. Seperti yang kita tahu rezeki adalah perkara yang telah dicatatkan akan qadarnya disisi Allah Ta’ala.
4.    Masalah hutang kepada si lelaki yang membebankan. Melihat daripada kaca mata semasa, kebanyakkan telah menjadi sebuah tradisi masyarakat kini sekiranya ingin berkahwin maka jawapannya adalah terpaksa berhutang dengan mana-mana agensi mahupun saudara mara. Terutamanya sekiranya dilihat di dalam kalangan pelajar khususnya yang terlibat dengan pinjaman pelajaran sebagai contoh PTPTN. Semakin ditambah hutang semakin lah menjadikan satu bahana lambatan hutang buat si lelaki, tambahan pula pinjaman yang berstatuskan unsur riba. Kenapa nak kahwin perlu berhutang? Bukankah kahwin itu jalan yang membantu akan kesenangan dan bertambahnya rezeki.
5.    Kenyataan tingginya berlanjaan perkahwinan membuatkan kesan kepada kes pengangguran lambat kahwin semakin ramai. Ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan zuriat. Kerana seperti yang diketahui sistem penuaan yang tinggi boleh memberikan kesan kepada keseburan rahim perempuan.
Namun begitu, biasanya perkara ini bermain sekitar seorang lelaki yang mahu berkahwin dengan seorang perempuan yang ada status berbanding dengan si lelaki tersebut samada daripada sudut pembelajaran atau status keluarga dan sebagai.

Struktur penyelesaian kepada kes:
Penyelesaian utama bagi kes yang berlaku ini, adalah melalui sebuah penilaian terhadap perkahwinan hendaklah dinilai melalui klekuatan agama seseorang. Dan ini dikuatkan melalui hadith Rasulullah saw di dalam riwayat:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nascaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an-Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858).
Penilaian perkahwinan rumahtangga hendaklah ia dinilai mengikut keutamaan sepertimana yang telah disebut oleh hadith Rasulullah saw tersebut. Baiklah sekarang persoalannya ia bukan berkaitan dengan lelaki yang hendak memilih tetapi berkaitan si perempuan itu perlu memilih calon suami beliau. Sebenarnya soalan ini telah dijawab oleh beberapa perbuatan orang-orang alim terhadap perkahwinan anak perempuan mereka, iaitu apabila seorang anak perempuan mereka telah mempunyai kehebatan atau ketinggian akhlak dan tasawwurnya maka dia tidak menilai sudut kemampuan kewangan si lelaki yang hendak dijadikan sebagai bakal suami beliau, tetapi lebih menilai daripada sudut akhlak, ilmu dan beragama. Sehingga sanggup menanggung akan segala perbelanjaan perkahwinan tersebut. Kerana perlu difahamkan kenduri kahwin ini bukan tanggujawab kepada lelaki. Tetapi kenduri kahwin adalah inisiatif keluarga perempuan atau lelaki untuk menunjukkan kebiasaan perkahwinan yang berlaku pada adab.
Pada pandangan peribadi, apabila si lelaki telah memilih seorang wanita yang baik akan akhlaknya, sudah tentulah wanita itu beragama. Dan wanita yang beragama sudah tentulah beliau juga akan memilih seorang lelaki yang beragama yang layak untuk mendidik beliau dan anak-anaknya kejalan redhanya Tuhan.
Tetapi adakah isu ini akan berlaku?
1.    Diantara lelaki baik beriman dan seorang lelaki kaya tetapi lemah imannya. Adakah wanita yang tahu agama wara’ dan thiqah |dipercayai| ini akan memilih yang kedua?
2.    Mengapa saya tidak menekan aspek meterial perkahwinan? Kerana dilihat kepada isu semasa yang berlaku dikalangan perkahwinan seperti artis sekarang dengan mengamalkan sistem “kahwin cerai, kahwin cerai” saya nak ajukan soalan berapakah nilai perbelanjaan kahwin mereka dahulu? Adakah nilai itu dapat membayar akan kebahagian artis tersebut? Hanya kahwin untuk waktu sekejap sahaja? Ini berlawanan dengan bab ketajuhan mahar perkahwinan di dalam Islam samada setengah atau semuanya.
3.    Perbelanjaan perkahwinan hangus segitu sahaja. Apabila kahwin sekejap lantas berlaku perceraian. Dan si lelaki sekiranya ia berhutang maka akan menanggung hutang itu tanpa memperoleh akan sebarang manafa’at.
Walau bagaimanapun, saya menyokong adab yang elok yang diamalkan oleh generasi manusia sekarang, tetapi ia perlu dilihat dimana keutamaan di dalam menimbang maqosid Islam terdahulu apabila timbul urusan perkahwinan. Bukanlah tidak boleh untuk menguji si bakal suami tersebut, tetapi ujilah ia melalui agama dan bukan dengan menggunakan adab dan meterial (sekiranya ia tetap diuji melalui adab dan meterial tidak hairan kisah perkahwinan seperti artis-artis sekarang itu boleh berlaku). Kerana kebahagian pasangan terbina diatas dasar terbiyyah agama. Seperti berlaku peristiwa dizaman Nabi saw, kalau dibelek pada sirah Nabi saw pernah kahwin waktu senang dan waktu baginda susah. Dan kajilah hikmah disebalik kisah-kisah sahabat yang miskin bukan daripada keturunan arab kaya dizaman baginda yang sering  datang bertemu baginda dan mengandu dengan ingin berkahwin (buat apa arab Qurais yang kaya-kaya datang berjumpa Nabi saw untuk berkahwin?_). Disitulah kita boleh lihat Islam adalah penyelesaian kepada isu sebegini apabila masyarakat arab Jahiliyyah menjadikan isu kekayaan adalah sebagai syarat ketat dan utama untuk menuju alam perkahwinan.

:Rujukan: Fiqh Manhaji-Iman as-Syafie & ahlwalul Shahkhshi -Muhammad Abu Zahrah

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum zulfekar... nie alin...
    alin sokong apa yg zulfekar cakap...jadi kte kena lihat pada agama dan akhlak utk pilih bakal suami dan bakal isteri...

    ReplyDelete