Saturday, June 23, 2012

Sebuah wasiat: “Duhai arwah Ayah”

Teringat akan amanatnya, seketika ayah masih bersama. Ayah pernah berpesan kepada anak-anaknya “duhai anak-anak ayah, ayah mahu melihat setiap anak-anak ayah membawa ilmu agama pada diri kepada masyarakat.. agar suatu hari nanti, anak-anak ayah menjadi kebanggaan disetiap makhluk yang mengenali akan baik pekertinya..” .  sebagai mana dia sentiasa mewasiatkan amanat ini kepada datuk. Diumpama dia telah pun mengetahui bahawa dia akan menemui Pemilik Ruhul Qudus terlebih dahulu sebelum datuk. Demikian ia telah pun berlalu.
Biarpun aku sentiasa mengingati setiap kali ayah mendidik kami akan ilmu agama, ayah begitu serius dan kami sentiasa dirotan dan dimarahinya. Sewaktu itu kami dengan ayah diumpama bukan daripada orang yang saling kenal dan mengenali, dia hanya diantara murabbi dan orang yang dididik. Seketikanya aku hanya melihat abang-abangku menangis kerana ketakutan. Namun, bersyukurlah kepada abang-abangku itu semua, kerana mereka sempat mendapat banyak didikan daripada seorang ayah. Tidak seperti mana aku, aku hanya dapat bermanja sahaja dengannya. Ayah sendiri tidak sempat mendidikku. Kerana aku terlalu kecil pada waktu itu. Pada waktu itu, aku hanya layak dimanjakan dan dibuatkan ketawa dan tidak untuk menangis.
Sebegitu kini, aku membawa rasa seorang insan yang membesar tanpa didikan daripada ayah kandung. Dengan jalan masa hidupku itu, ada seketikanya aku merugut keseorangan. Dan bertanya kepada diri sendiri “Mengapa ayah kahwin dengan ibu terlalu lewat? menyebabkan ayah pergi dahulu tanpa sempat memantangkan anak-anaknya dengan sebuah didikan.” Lantas wajahku mengeluh kebawah, memikirkan siapakah yang patut dipersilapkan dengan hal itu. Dan adakalanya aku pun bimbang sekiranya suatu hari nanti aku juga menuruti langkahnya. Iaitu berkahwin pada lewat usia dan boleh menyebabkan aku juga seorang ayah yang mengabaikan tanggujawab untuk mendidik anak-anakku.
Akhirnya, aku sememangnya tidak patut langsung untuk menyalahkan arwah ayah. Tidak pernahkah aku berfikir, kerana arwah ayahku adalah seorang yang mantang dan berfikiran jauh terhadap masa depan anak-anaknya. Arwah ayah telah meninggalkan kami harta supaya dengan harta tersebut kami dapat menutut ilmu sejauh mungkin. Dan ayah juga banyak meninggalkan wasiat untuk anak-anaknya. Wasiat ayah tertanam kepada para-para sahabatnya dan sesiapa yang dekat dengannya. Kerana setiap kali aku berjumpa dengan seseorang bekas daripada sahabatnya, lantas dia memberitahu kepadaku “ayahmu telah berkata untukmu….”. dan para sahabatnya sentiasa memujinya dan menyindirkan ia kepadaku. Aku sememangnya seorang insan yang bergitu bertuah, yang lahir daripada keturunan yang hebat. Kerana dibandingkan dengan kebanyakan cerita insan yang lain yang pernah aku dengar tentang kisah-kisah mereka ia jauh lebih menyukarkan untuk mereka lahir sebagai insan yang mantap kewibawaan daripada unsur didikan, samada agama dan ilmu kesainsan. Walaupun ayah mereka masih ada. 

No comments:

Post a Comment