Tuesday, December 27, 2011

Science of quran [علوم القرآن]

Saya mohd zulfakar jusoh pelajar tahun satu jurusan ilmu pengajian Islam dalam bidang Fiqh dan Usul dikampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Telah mandalami sebuah subjek iaitu science of quran daripada Dr. Sofiah Bt Shamsuddin. Dengan ini saya mendapati ia sebuah subjek yang amat berguna bagi seorang mufassir, ahli hadith, ahli fuqaha dan ahli cediakawan Islam Khususnya. Maka teramat rugilah sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mengetahui ilmu ini secara selok beloknya dan lebih terperinci. Begitulah luasnya ilmu kurnian daripada Allah Ta’ala dan zahirnya sebuah mukjizat kitab Allah iaitu al-quran sehingga wujud sebuah alam sains disebaliknya. Dan adakah ianya wujud pada kitab-kitab lain?
Semestinya ianya jawapan Tidak. Sekiranya anda dapat memahami secara keseluhan pembelajaran ini, maka anda hampir menguasai al-quran secara seluruhanya. Anda dapat berhujjah melalui dalil yang mudah & kuat, anda dapat memahami al-quran secara mudah & mantang, yang lebih penting anda akan rasa sebuah ketenangan hasil daripada berkat mukjizatnya. Percayalah saya yang pernah melaluinya. Kini kita dapat lihat begitu ramai yang mampu bercakap dan berbahas dari sesuatu sudut ke sudut yang lain, terutamanya bercakap dalam bab-bab furu’ iaitu cabang, sepertimana mereka boleh khatam dalam tajuk dalaman jihad fardu dan jamaie, keadaan politik semasa, dan kancah ekonomi dan sebagainya. Tapi sayangnya tanpa kita sedari ianya telah membebankan kita akan ke kancah dosa. Kerna kita tidak cuba khatam didalam perkara-perkara yang fardu ain dan basic sebagai seorang Muslim dan kita selaku makhluk yang dijadikanNya. Sepertimana firman Allah  [فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا اله إلا الله] Maka ketahuilah atau belajarlah [علم] sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah. Inilah perkara pertama atau basic sebelum kamu digelarkan sebagai seorang Muslim. Maka kami dijabatan pelajar pengajian Islam telah didedahkan dengan sifat ilmu & dari sudut amal tersendiri. Mahupun ahli organisasi yang dilantih untuk bercakap secara lantang, mereka boleh bercakap & mengeluarkan sesuatu dalil. Jika sangkaan dalil mereka itu sekiranya tepat pada tempatnya, subhanallah mereka itu orang yang akan diampunkan. Kadang-kadang kita perlu fikir tentang sebuah ketempatan ayat quran yang kita sering bawa itu adalah kena dengan keadaan dan sababul nuzulnya supaya ia tidak menyeleweng daripada makna al-quran asal. Kebanyakan kita tidak tahu bahwa ayat dalil yang dibawa oleh kita itu sendiri adalah membawa maksud yang lain daripada yang kita tekankan. Inilah yang menjadi zip mulut untuk pelajar-pelajar dijabatan pengajian Islam, kerna mereka perlu tahu akan ilmu itu adalah sebuah amanah.[...jika anda tidak tahu tentangnya, lebih baik anda sekadar diam dan mengatakan saya tidak tahu...] Firman Ta’ala: dan sesungguhnya beruntung orang memelihara amanah dan janjinya [suroh al-mu’minum:8]. Amanah tidak patut diselewengkan. Tapi malangnya untuk memenuhi beberapa keuntungan peribadi mereka sanggup menyelewengkan amanah dengan memperkosai ayat al-quran tanpa mengetahui akan makna ayat al-quran sebenar. Jadi kami pelajar dijabatan pengajian Islam cuba meletakkan khilaf bahwa mereka diampunkan daripada dosa itu kerna sekiranya mereka tidak tahu, dan kecualilah kami yang tahu ini akan kedudukan makna sesebuah dalil itu tapi kami juga tetap menggunakan ia untuk keperluan peribadi maka kami didalam kaum yang berdosa. Dan subject ini perlu dilihat pentingnya dalam kehidupan setiap orang yang Muslim kerna ia dapat memelihara akan keaslian pemahaman agama. Maka ia adalah kepentingan yang asas dan wajid dituntut supaya lubang kesesatan itu ditutup ia juga dapat diatasi jika seseorang itu dapat menguasai ilmu nuzul & sababul nuzul. Baiklah, jika saya nak menghuraikan ia secara teperinci, adalah sebuah perkara yang panjang. Jadi secara basicnya saya hanya mengambil sebeberapa tajuk sahaja yang saya rasa anda lebih berminat untuk mengetahuinya.

Pengenalan :
Al-quran adalah mukjizat Islam yang berbentuk kekal tidak ada sebarang penambahan padanya. Ianya telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad SAW sebagai utusan Allah bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada sebuah cahaya, dan memberi tunjuk jalan yang benar kepada sekelian manusia. Firman Allah taala: sesungguhnya al-quran ini memberi pentunjuk kepada [jalan] yang lebih lurus... [suroh al-Israa’:9]

Dalil atau bukti yang menunjukkan:
Maksud Firman Allah ta’ala: orang-orang beriman dan tidak mencampur adukan iman mereka dengan kezaliman [syirik] mereka itulah orang yang mendapat keaman dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.[suroh al-an’am:82]. 

·      Science of quran: ilmu yang mebahaskan perkara yang berkaitan dengan al-quran dari sudut mengetahui asbabul nuzul, pengumpulan al-quran dan pernyusunannya, mengetahui kedudukan ayat makiy dan madaniy, nasakh & mansukh, muhkam dan mutasyabih, ianya melebihi sehingga apa-apa yang berhubung dengan al-quran.

Dua sahabat Rasul S.A.W sebagai tokoh scientists al-quran tersohor:
1.      Abdullah ibn Abbas [dikenali sebagai Ibnu Abbas]
2.      Abdullah ibn Mas’ud [dikenali sebagai Ibnu Mas’ud]
·      Mengenali kitab Para tafsir al-quran melalui hadith yang diriwayatkan oleh mereka.  Dan cara untuk kita mengenali scientists dikalangan para tabi’in adalah melalui anak murid mereka atau dikenali sebagai scientists muda dizaman tabi’in. Mereka seperti:

Ø    Anak murid Ibnu Abbas:
1.      Sa’id bin Jabir
2.      Ikramah maula
3.      Mujahid

Ø    Anak murid Ibnu Mas’ud:
1.    Hasan al-Bassri
2.    Qitadah bin da’amah
3.    Zaid bin Aslam

Tiga orang dikenali sebagai guru Rasullah SAW mereka iaitu:
1.      Haddad ar-Rumi [seorang tukang besi]
2.      Waroqah bin Naufal
3.      Buhaira ar-Rahib

Jenis wahyu Nabi saw:
Berminat saya untuk bercakap tentang keadaan wahyu Nabi SAW sepertimana akan sebuah Firman Allah Taala: dan tidaklah yang diucapkan oleh Muhammad itu adalah menurut keinginannya* Tidaklah lain kecualilah ianya wahyu yang diwahyukan kepadanya [suroh an-najm:3-4] wahyu Nabi saw terbahagi kepada dua iaitu wahyu taufiqi dan wahyu tauqifi.
·         Wahyu tauqifi adalah yang bersifat putus daripada ra’yi ataupun padangan manusia kerna ia adalah wahyu terus diajar atau diturunkan daripada Allah Taala kepada Nabi. Seperti ayat quran diturunkan terus kepada Nabi Muhammad bagi mendidik manusia.
·         Wahyu taufiqi atau ijtihadi adalah wahyu yang diterbitkan daripada ijtihad atau padangan Nabi hasil daripada pemahaman tentang ayat quran itu sendiri & sekiranya ijtihad itu betul. Manakala sekiranya ianya salah ianya diturunkan wahyu bagi membetulkanya.
ü  Sebagai contoh: apa yang berlaku pada tawanan perang Badar, terdapat diantara dua padangan yang berbeza, iaitu Umar r.a mencadangkan supaya tawanan tersebut dipacungkan kepala mereka, manakala Abu Bakar mencadangkan mereka ditahan dan dimaafkan. Lantas Nabi telah  mengambil keputusan Abu Bakar. Maka turunlah ayat quran: Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya diatas muka bumi...[suroh al-anfal:67]- ayat ini diturunkan bagi membaiki keputusan Nabi itu, yang berbeza dengan kehendak Agama.
Ø  ianya perlu difahamkan secara lebih berhati-hati kerna segelintir kumpulan boleh mengatakan keputusan Nabi sendiri tersilap, manakan pula Nabi itu seorang yang ma’sum? –jadi ini adalah fahaman yang perlu ditolak kerna wahyu taufiqi ini adalah untuk menunjukkan keadaan Nabi dalam mendidik umat.

Cara penurunan al-quran:

Perlulah kita tahu akan penurunan quran terdapat dua tahap iaitu secara:
1.      Jumlah wahidah [sekaligus]
2.      Munajjama’ [beransur-ansur]

Terdapat beberapa padangan yang menunjukkan diatas penurunan ayat al-quran. Dintaranya:
1.      Mazhab yang pertama mengatakan penurunan al-quran sekali sahaja, iaitu turun kepada Nabi saw dimalam lailatul qadar-iaitu terdiri daripada 5 ayat suroh al-alaq.
ü  Firman Allah: bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-quran...[suroh baqarah:185]
ü  Firman Allah: sesungguhnya kami menurunkan quran pada malam lailatul qadar [suroh al-qadr:1]
2.      Mazhab yang kedua iaitu penurunannya melalui dua tahap penurunan:
ü  Daripada luhul mahfuz ke baitul izzah [sama’ dunia] secara jumlah wahidah [sekaligus]
ü  Turun dari baitul izzah kedalam hati Rasul saw secara munajjama’ [ansur-ansur mengikut keperluan]
ü  Diriwayatkan daripada ibnu Abbas ra berkata: diturunkan quran pada malam lailatul qadr pada bulan ramadhan ke sama’ dunia [baitul izzah] sekaligus, kemudian diturunkan ia secara ansur-ansur. Daripada baitul izzah kepada Nabi saw.
3.      Mazhab ketiga: melalui tiga cara penurunan:
ü  Daripada Allah Taala ke luhul mahfuz
ü  Dari luhul mahfuz ke baitul izzah –jumlah wahidah
ü  Dari baitul izzah ke kedalam hati Rasul saw- munajjama’
ü  Diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra berkata: dipisahkan al-quran dari luhul mahfuz dan dan diletakkan dibaitul izzah iaitu sama’ dunia, maka diturunkan oleh Jibril as keatas Rasul saw.
  
Nasakh dan mansukh:
ü  Dalam memahami tajuk ini, kita dapat lihat akan sebuah kedudukan hukum dalam quran berubah atau hukum asal telah tamat tempoh setelah datang akan perintah Allah akan lainnya. Sebagai contoh:
ü  Firman Allah: ﴿ اِنفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً﴾ً   berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun berat [suroh at-Taubah:41] ayat ini dinasakhkan dengan suroh at-Taubah ayat 91: ﴾ً ﴿ لَيسَ عَلىَ الضُّعَفَاءِ ولا عَلىَ المَرضَى tidak berdosa lantaran yang tidak pergi berjihad keatas orang yang lemah dan orang yang sakit.
ü  Contoh yang lain seperti hukum terhadap penzina pada asalnya disebut oleh Allah Taala: …maka kurunlah mereka didalam rumah sehingga mereka menemui ajalnya atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya. [suroh an-nisa’:15] maka hukum ini berubah dengan dinasakhkan pada Firman Allah Taala yang lain: penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah masing-masing daripada keduanya yakni seratus kali sebatan…[suroh an-nur:2]
Mengenali cara penafsiran al-quran:

   Firman Allah: dan mereka orang kafir itu tidak datang kepadamu membawa sesuatu yang aneh, melainkan kami datangkan kepadamu yang benar dan penjelasan yang baik. [suroh al-furqan:33] Dalam bab ini, kita didedahkan dengan perbezaan diantara tafsir dan ta’wil. Tafsir itu ilmu yang membahaskan tentang makna dan penerangan dan mengeluarkan hukum dan hikmah daripada ayat al-quran itu sendiri. Manakala ta’wil adalah keadaan memindahkan makna yang sukar difahami kepada makna yang boleh difahami, seperti ayat al-quran yang berbentuk mutasyabih iaitu perumpamaan.

   Sepertimana yang kita kenal kumpulan ulama’ daripada kalangan salaf dan khalaf yang ada sekarang. Ulama’ salaf iaitu mereka yang tidak menta’wilkan ayat-ayat al-quran yang mutasyabih dan menyerahkan makna itu kepada Allah Taala sendiri. Manakala ulama’ khalaf iaitu mereka yang yang menta’wilkan ayat-ayat quran itu kepada makna yang difahami. Seperti Firman Allah Taala [يد الله على فوقهم] :ulama salaf tidak menta’wil akan maksud tangan Allah itu. Namun, ulama’ khalaf menta’wil sebagai makna kuasa Allah supaya ia mudah difahami dengan memindahkan makna tangan kepada sifat tangan iaitu kuasa. Namun perlu diingatkan bagi pengikut mahzab ulama’ salaf adalah selamat berbanding daripada pengikut dikalangan ulama’ khalaf.

   Mengenali beberapa jenis tafsir al-quran iaitu tafsir bilma’thur dan tafsir bil ra’yi. Tafsir bil ma’thur iaitu tafsir al-quran melalui riwayat, hadith dan ayat al-quran itu sendiri. Manakala tafsir bilra’yi atau tafsir ijtihadi pengeluaraan makna ayat melalui padangan dan kefaham tentang ayat itu sendiri.
1.      Tafsir bil ma’thur: penjelasan ayat melalui dalil yang lain samada quran & sunnah dan sbgainya. tafsif melalui empat cara.
ü  Hukum adalah wajid diikut kerna ia melalui jalan yang sohih dan dalil yang betul.
ü  Sebagai contoh kitab tafsir yang dibawa bersamanya tentang riwayat daripada kisah ayat. Seperti tafsir Ibnu Kathir.
2.      Tafsir bil ra’yi: penjelasan makna ayat melalui padangan dan kefaqihan fikiran manusia itu sendiri, dan berdasarkan daripada luhgah-lughah orang arab dan tentang cerita ashal yang terdekat. tafsir ini terbahagi kepada dua
ü  Hukum harus pada tafsir yang baik yang diterima manakal adalah Haram pada tafsir yang   melalui pandangan yang buruk & seleweng makna daripada asal dan tidak harus bersandar dnegannya, kerna ia tafsir melalui orang yang jahil seperti ahlu hawa'.
Memahami bab Israeliat:
ü  Perkataan Israeliat yang diambil daripada nama panggilan Nabi Yaakub as yang terdiri daripada kaum Yahudi dan Nasrani. Iaitu mereka dikalangan ahli ktab yang faqih dalam kitab mereka seperti Yahudi dalam kitab taura’ dan Nasrani dalam kitab Injil. Tidak dapat tidak, untuk mengetahui dan memahami al-quran dan kisah-kisah Nabi-nabi yang lain yang wujud sebelumnya. Dengan itu ahli ulama tafsir mengambil akan pengkhabaran ahli kitab dikalangan Injil dan Taura’. Iaitu melalui tiga cabang keadaan:
1.      Apa yang diceritakan oleh ahli kitab tersebut boleh diambil sekiranya ianya adalah betul dan tidak melawan isi kadungan al-quran yang ada. Melalui jalan penceritaan dan periwayatan yang sohih.
2.      Apa yang dikhabarkan daripada ahli kitab itu adalah berlawan perkara yang wujud didalam al-quran itu, hendaklah ia ditolak.
3.      Apa yang diberitahukan oleh ahli kitab itu senyap atau tidak terdapat pada al-quran yang mengatakan ianya salah atau ianya benar. Maka hukumnya adalah senyap tanpa berkata apa terhadap cerita tersebut. Menunjukan kita sekadar menerima ianya dan tidak menjadikan ianya hujah juga.

   Cukuplah setakat itu dahulu saya bercakap tentang ilmu sains al-quran. Ingin saya berbahas panjang didalam keadaan pemahaman wahyu Nabi yang termasuk didalam sudut hujjah Ijtihad fiqhi. Namun saya rasa huraian itu lebih baik didalam bidang tentang fiqh. Sebagai konklusi adalah persoalan yang timbul didalam penurunan al-quran itu sendiri, Terfikir akan sebuah berpandapat bahawa al-quran itu telah wujud diLuhul Mahfuz sebelum kewujudan Nabi Muhammad saw dan kewujudan dunia itu sendiri. Sepertimana wujudnya Nur Muhammad sebelum kewujudan Nabi Adam as. Dan al-quran ia diturunkan melalui Malaikat Jibril dengan mencantah ayat al-quran satu demi persatu mengikut apa peristiwa yang berlaku kepada Nabi saw dijalan perjalanan hidupnya bermula daripada saat wahyu mula diturunkan kepadanya. Jadi apakah hikmah disebalik Nasakh dan Mansukh Hukum yang memakan masa. Sedangkan Allah Taala telah mengetahui akan segalanya terhadap keadaan yang belum berlaku dan yang akan berlaku yang dikenali sebagai qado’ dan qadar Allah sejak azali lagi. Itulah menunjukkan mukjizat zahir al-quran yang dapat difikirkan secara Ilmu dan disebalik sebuah sains.

Sumber: kitab perbahasan sains al-quran [مباحث في علوم القرآن] terbitan yang keempat belas daripada Manna’ Khalilul Qatton [منّاع خليل القطان] dan saya tak lupa dengan kerjasama Hafiz Che Hamid pelajar jurusan al-quran dan as-sunnah jabatan ilmu wahyu pengajian Islam kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Syukran jaziran kathira.

No comments:

Post a Comment