Tuesday, October 25, 2011

Belajarlah Hidup Sebagai Seorang Yang Susah-The Final Salvations-

Perkara bermain difikiran, tatkala melihat ibu jatuh sakit akibat terlalu tekun mencari rezeki, hatiku resah gelita nan tak berkata. Ada suatu pagi, aku tidak dikejutkan dengan suara ibunda. Rasa hairan memandang kearah pintu bilik ibunda itu tidak terbuka. Aku menjengguk kehalaman rumah namun bayang ibu masih tidak kelihatan. Kemanakah ibu pada pagi ini? “Ibu masih tidak keluar daripada biliknya” jawab kakakku. Perlahan-lahan aku mengentuk permukaan pintu bilik ibu. “Ibu, ibu, ibu ada kat dalam?” aku memanggil tapi tidak disahut. Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik. Demikian kelihat selimut menutupi badan. Aku duduk disisinya, menyentuh dahi ibu panas keseriusan. Tatkala melihat ibu tidak mampu untuk mengangkat tangan. Lagilah aku memandang kearah mulut ibu, mulai tidak mengeluarkan sebarang kata. Semakin bimbang hatiku tatkala keadaan itu telah tiba. Didalam hatiku mula bersapa, “kenapa ibuku kelihatan begitu lemah lagi tidak bermaya”, Ya Allah ringgankanlah ujian untuknya” Ya Allah pisahkanlah beban ini daripada jasabnya’ Ya Allah jika lebih baik Engkau gantikan sakitnya itu untuk berada dijasabku” aku sanggup untuk menerimanya” Ya Allah ceraikanlah sakit itu daripada tubuhnya, ku sediakan tubuhku untuk menangunggnya” aku tidak sanggup untuk melihatnya terbaring keperitan”
Terus sambung perjalanan disebuah alam pengajian seorang anak miskin dengan penuh linangan air mata’. Perkara yang sedih sentiasa reduk difikiran, tatkala mengingatkan kembali, aku mencari rezeki sendiri untuk bersedia menghadapi dialam pengajian yang masih muda dan panjang. Mahupun dikampung, aku sering mengambil upah kerja sebagai seorang buruh kerja kasar. Kerja yang sering dilakukan, seperti menebas tanah hutan, biarpun bergadai nyawa tatkala pelbagai binatang buas dan berbisa sering menemani. Adapun memengang cangkul ditengah panas dan hujan, kesannya tanganku sentiasa melecuh dan berdarah. Tatkala malam tiba, pedih luka itu menghalang mataku untuk lena. Biarpun jasa dan parut itu menjadi saksi aku hamba yang tidak pernah kecewa. Dan kerja yang lainnya seperti bermain dengan konkrit dan simen. Dimana tidak lekan juga aku selalu ditimpa kemalangan. Mahupun dikota, aku merantau bersendiri. Mencari nilai-nilai titik peluh untuk memenuhi sumber kewangan untuk aku berada disana nanti.
Memang benar, mengingatkan sebuah kesukaran dan kepahitan itu menitiskan air mata. Aku tahu, air mataku adalah ego tidak pernah keluar dihadapan sesiapa, ia kecualilah apabila aku bersendiri sahaja. Dan biasanya bukulah yang menjadi saksi setiap kali air mata menitis dipipi. Begitulah laluan corak hidup seorang pelajar yang miskin. Sambil berjalan dalam mengejar sinar ilmu, air mataku berlinangan.  Tapi perkara yang amat membimbangkan aku adalah apabila aku jadi seorang yang lupa diri, lalai dan malas tatkala kesenangan itu mendampingi. Hinanya apabila aku lupa asal usulku, hinanya aku’ tatkala aku lupa daratan, hinanya apabila aku lupa tanggujawabku sebagai seorang anak. Hinanya tatkala aku tidak cuba menitiskan air mata apabila melihat sebuah kegagalan. Hinanya aku’ manjadi seorang anak yang membazirkan duit ibu. Hinanya aku’ tidak menjadi seorang anak yang jujur dan pekerti. Hinanya aku’ apabila tidak membela keluarga tatkala dihina kemiskinan.
Terakhir daripada coretan ini, andai sebuah kemiskinan itu diukur sebagai masalah maka tidak ada sebuah penyelesaian. Sesungguhnya aku amat bersyukur diuji dengan sebuah kemiskinan kerana itu adalah sebuah nikmat pengorbanan dan keinsafan yang besar telah dikurniakan oleh Allah. Kemiskinan itu adalah membuatkan kita sebuah perkara yang lebih istimewa dalam menghadapi hidup. Air mata yang jatuh kebumi adalah dibayar dengan sebuah semangat perjuangan hidup. Ingatlah kesukaran dan kepayahan aku bukanlah tinggi nilainya. Namun, masih ada mereka yang lebih sukar daripadaku. Tangisnya hatiku setiap kali melihat mereka. Kerna aku sedar, aku pernah lalui ia lagi memahami keadaan mereka.

-tiada kena mengena dengan diri penulis ianya sebuah bikisan cerita sahaja+ aku hanya seorang pengarang’ mencoret kata-kata’ mengheret bola pena” dighezek permukaan paper + fantasi dan realisasi adalah permainan dipenaku + tq (^-^).

No comments:

Post a Comment