Friday, October 21, 2011

Belajarlah Hidup Sebagai Seorang Yang Susah-Part ΙΙΙ

-sambungan Part ΙΙ- Dialam pangajian, selepas menamatkan disekolah menengah selama tiga tahun. Aku mula ditawarkan untuk menyambung keUia dalam bidang ilmu pengajian agama. Sewaktu aku disekolah, aku langsung tidak ingin untuk pergi kesana. Kerna aku ingin mengambil sebuah peperiksaan lagi iaitu STAM. Tapi seorang bekas cikgu sejarah aku memaksa untuk pergi meneruskan diUia. Tambahan pula abang long aku lagi menyokong aku untuk sampai kesana. Maka itu menunjukan aku tidak ada pilihan. Dengan keadaan itu, sekarang aku menuntut di University Islam Antarabangsa Malaysia untuk menamatkan pengajian dalam bidang usul fiqh. Namun, krisis kewangan tidak berakhir disitu sahaja. Walaupun kehidupan disebuah kampus, aku Masih diuji dengan faktor kewangan. Disini aku hanya mampu berhubung dengan ibu hanya melalui panggilan telefon sahaja. Apabila aku mulai kesempitan kewangan. Hatiku mulai tak sampai hati untuk memberitahu ibu. Tatkala aku memikirkan keadaan ibu sendiri dirumah yang sentiasa dalam keadaan daif untuk memdapat sesuap nasi kemulut.
Kadang-kadang itu, seketika aku tidak ada duit, aku akan cuba untuk tidak memberitahu ibuku. Kerna aku memikirkan, bahwa kepayahan mereka lebih memerlukan duit daripadaku. Jadi sehebat mana kekaman kewangan yang aku hadapi maka terpaksalah menyelesaikan ia sendiri tanpa melibatkan keluarga lagi. Mahupun inisiatif yang lain, adakala terpaksa meminjam duit daripada sahabat yang rapat. Namun, berat sangat dihati untuk memimjan kerna sejak dari kecil lagi aku tidak terdidik dengan sifat untuk memimjan. Sehingga ada seketika itu, diwaktu makan tengah hari. Poket aku hanya ada RM2.90 tapi untuk makan tengah hari ia memerlukan RM3. Hanya beza 10$ tidak cukup untuk membayar nasi. Maka aku terpaksa tangguh niat aku itu. Sedangkan aku tahu, sahabat sedia untuk  pas kepadaku RM berapa sahaja jika aku minta daripada mereka. Memandangkan aku daripada seorang yang lemah daripada sifat meminta aku sanggup menanggung akibat yang lebih besar. 
Bagi pihak ibuku, biasanya dia akan menelefon aku untuk menanyakan keadaan kewangan aku. Biasanya dia sendiri akan menghantar duit tidak melebihi RM100 setiap kali dihantar dengan tanpa aku minta. Biarpun dengan nilai yang tidak mengcukupi untuk menanggung aku dikampus sewaktu sebulan lamanya. Namun aku cuba untuk lebih berdikari daripada orang lain. Kerna itulah yang akan menyedarkan aku disini. Adakalanya, masalah itu muncul dari segenak pembelajaran dalam sebuah perjuangan aku. Kerna lebih yang membimbangkan aku, didalam sebuah perjuangan itu adalah uzur akibat daripada masalah kewangan yang aku hadapi. Tatkalanya aku juga sering tidak berkomitmen dalam sebuah perjuangan. Tidak dinafikan faktor kewangan adalah faktor utama bagiku. Aku cuba untuk memahamkan mereka. Dari sudut perjuanganku boleh terhakis akibat kesan besar dari faktor kedudukan kewangan. Walaupun sahabat itu cuba menjernihkan tasji’ dijiwaku, tatkala aku hilang sebuah komitmen. Aku sedar, bahawa aku mampu untuk mengorbankan sebuah tenaga, masa dan idea untuk bersama mereka. Tapi sayang, kerna aku adalah seorang yang tidak mampu untuk mengorbankan ia dari sudut kewangan. Tidak hairan, sekiranya aku terpaksa menjadi seorang yang tewas dihadapan mereka tatkala sebuah perjuangan yang memerlukan kos. Ada ketikanya, ia boleh terkesan terhadap perjuangan yang tidak melibatkan kos kewangan, kerna hatiku masih berdegil dengan tidak berkomitmen. Dek kerna masalah itu telah mendominasikan ciri deflasi sebuah semangatku untuk bersama mereka. Oleh itu, aku hanya mampu berdiam diri menitiskan air mata keseorangan’ lantas tunggu sehinggamana ia mulai hilang dan tenang.-coming soon salvation for finalPart-

No comments:

Post a Comment