Wednesday, October 19, 2011

Belajarlah Hidup Sebagai Seorang Yang Susah-Part ΙΙ


-
sambungan daripada Part Ι- Kembali waktu-waktu ruting aku dirumah, semenjak kematian ayahku itu, alhamdulillah aku masih lagi boleh bermanja didakapan seorang datuk. Datukku seorang bersifat sebelah tidak bertangan dan sebelah matanya yang buta. Dek kerana sebuah kemalangan diwaktu mudanya. Datuk seorang yang rajin bekerja. Dengan membuat kerja sebagai seorang petani kampung. Adakalanya aku sering membantunya membuat kerja sehingga sehari suntuk aku bersamanya. Samada kerja dihutan, dipadang dan juga pergi menangkap ikan bersamanya disungai. Tapi kelamaan kemudian dia juga mulai jatuh sakit. Ada ketikanya sakitnya itu membuatkan ia tidak lalu untuk menelan sebiji nasi pun. Namun, hebatnya sebuah kasih seorang datuk, tatkala aku makan bersamanya ia tiba-tiba boleh menelan nasi sehingga berpinggan-pinggan nisbahnya. Dek kerana dapat melihat cucunya dihadapan diwaktu ia makan. Diingatkan masa-masa aku bersamanya, dia sering kehendakkan aku untuk ada bersamanya. Seketika mana, untuk dia melakukan kerja dan sebagainya. Dia melihat aku sebagai seorang cucu yang suka bersamanya. Tatkala dia melihat aku seorang yang berbakat membuat kerja, dia gelarkan aku seorang yang mempunyai bara cina. Dek kerna dia melihat aku seorang cucu yang berkulit putih dibandingkan dengan cucunya yang lain. Sebeberapa bulan berikutnya dia pergi untuk selama-lamanya. Tatkala aku rindu akan suaranya aku hanya melihat sebuah kerusi yang sering didudukinya.

Tidak dinafikan kampung aku terkenal dengan tempat lombong biji timah pada satu masa dahulu. Masih lagi sebuah kampung yang tidak begitu mempunyai kepadatan penduduknya. Menyebabkan ia sebuah kampung yang aktif dalam bidang pertanian dan perhutanan sahaja. Arwah ayah adalah seorang iman yang aktif dikampung itu. Menyebabkan keluarga kami dikenali dan disenangi oleh penduduk kampung itu sendiri. tapi sekarang gelombang suaranya sudah pun lenyap dari mana-mana surau dan juga masjid. Ketika mana, aku berhadapan dengan orang kampung, mereka lebih senang memanggil aku sebagai “tok ayah muda” sebagai gelaran yang disindirkan kepada arwah ayah satu masa dahulu kerna mereka memanggil ayahku dahulu dengan mesra “tok ayah” dan memandangkan aku adalah anak bongsu dikalangan anaknya. Arwah datuk pernah berkata “ ayahmu wasiatkanku supaya menuntup ilmu dipondok”. Rupanya begitu aku dihantar kesekolah agama itu adalah rancangan daripada arwah datuk juga. Kehidupan kami seharian dirumah, sering kali juga melebihi keadaan saudara Halim Yazid iaitu tokoh dikir barat yang mengisahkan tentang kehidupannya yang miskin. Dalam lagunya mengatakan jika terdapat sebelah lauk untuk makan maka dibahagi kepada dua pula. Tapi bagi keluargaku adalah perkara biasa sering makan tidak berlauk. Bagi kami sebagai orang Kelantan hanya mamandai dengan sebotol budu sahaja. Tapi lebih kami diuji lagi, sehinggakan dapur itu langsung tidak berasap.
Kembali pada waktu persekolahan aku. Begitulah onak & liku sewaktu aku disekolah rendah itu. Demikian 3 tahun berikutnya aku berpindah kesekolah menengah. Yang mana terletak disebuah pekan Rantau Panjang. Tidaklah disekolah ini terlalu ekstreme bagiku. Tapi ada ketikanya, aku sedih untuk menghadapi sebuah peperiksaan yang besar iaitu SPM. Disana aku ditempatkan disebuah kelas budak-budak yang bergrade A.- sebenarnya aku tidaklah dikalangan mereka. Adakalanya aku ditertawakan oleh mereka, tatkala mereka semua mempunyai kelas tusyen waktu luar sekolah. Tapi aku seorang tidak mampu untuk mengambil kelas tusyen itu. Pernah aku mengadu dihadapan ibuku. Tapi ibuku tidak menunjukan sebuah respon yang aku harapkan. Dek kerana ketiadaan duit untuk menampung kos tersebut. Begitulah aku disana, belajar tanpa kelas tambahan berbanding dengan mereka semua. Kurang menghadap guru berbanding dengan mereka. Kurang nota berbanding dengan mereka. Tidak hairanlah mereka meninggalkan aku didalam rating kelas. Tapi situasi itu yang membangkitkan semangat aku untuk melawannya. Ahamdulillah, seperti biasa diakhirnya aku lebih terkehadapan berbanding mereka.-nantikan kemunculan Part ΙΙΙ-

No comments:

Post a Comment