Monday, October 17, 2011

Belajarlah Hidup Sebagai Seorang Yang Susah-Part Ι

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakan ku sebuah malam yang cukup tenang untukku. Untuk  aku mengarang dan mengadu tentang kisah-kisah hidupku. Duhai sang pembaca yang dihormati, -saya tidak menggalakkan anda untuk membaca coretan ini. andai saya jujur tentang sebuah kisah seorang anak muda sukar dan miskin. Dialah juga seorang pelajar yang berlatar belakangkan kemiskinan. Dia juga seorang harapan buat seorang ibunya yang bertukus lumus mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anaknya.  Untuk menyara pendidikan anak-anaknya. Untuk membuatkan si anak-anaknya selesa dari sudut pakaian, pembelajaran dan keperluan harian. Nanum, masih segelintir manusia dizaman moden ini menganggap mereka hanya malas berusaha dan buta tentang zaman kemodenan.
Kali ini biarlah hati kecil saya ini berbicara tentang kesusahan seorang anak keluarga yang miskin. Andai sebuah kemiskinan dapat diukur dengan sebuah pembelajaran? Dialah seorang pelajar yang miskin sejak diawal bangku persekolahan lagi. Malah kemiskinan sebuah keluarga ini bermula apabila pemergian ayahdanya yang tersayang. Bertanpa rasa sebak dihatiku tatkala permergian seorang ayahku terlalu awal bagiku. Kulit kakiku masih lagi kemerahan apatah lagi aku sesekali tidak mengerti apa itu sebuah kematian. Pada umur yang tidak matang dipengakhiran bulan musim ketujuh. Sebuah pagi yang linak dipenuhi oleh sang air banjir. akibat hujan yang tidak berhenti. Setibanya diawal subuh, bangkitlah aku dari tidurku lantas aku melihat begitu ramai orang didalam rumahku. Aku tertanya-tanya apakah tujuan mereka semua datang kerumahku ini? Tatkala aku melihat mata seorang demi seorang itu merah kemerahan. Bisikan hati kecilku, apakah petanda ini semua? Aku berjalan melihat dihadapanku terdapat sebuah tikar tabir yang sedang tertutup. Disisinya terdapat ibuku yang sedang tunduk sambil memengang kain diletak pada matanya. Akan tetapi aku kelihatan ayah aku sedang baring disebalik tabir tersebut. Lagi hatiku berkata, mengapa ayah masih tidur lagi? Sedang tetamu begitu ramai dirumah ini, mengapa dia tidak melayan tetamu itu seperti biasanya? Waktu itu aku masih tiada apa-apa rasa.
Tatkala itu, halaman rumahku semangkin dilimpahi air. Dan aku melihat beberapa orang mengusun keluar ayahku yang sedang nyeyak tidur merendah arus air yang banjir itu. Dengan tergesa-gesa ibuku mendukungku mengekori mereka itu. Aku bertanya: ibu, kita nak kemana dalam hujan ni? Ibu pun berkata: ayah dah mati nak, sekarang kita mengiringi jenazah ayah kekubur. Aku berkata dalam hati: owh mati.. urm kemungkinan ni nak pergi jalan-jalan lah. –aku masih tidak mengerti apa itu maksud ‘ayah sudah mati’.- setibanya ditanah perkuburan, kelihatan tanah yang merah baru digali. Tapi sayang, waktu itu aku tidak dapat lihat apa-apa sehinggalah aku kembali kerumah tanpa kelihatan wajah seorang ayah lagi. Tapi, ianya sebuah perkara biasa bagiku. Kerna aku tahu ayah selalu sibuk dan sukar untuk kelihatan bayangnya dirumah. Tapi aku masih kehairanan tatkala sejak daripada peristiwa itu ayah tidak pernah untuk pulang kerumah. Sejak itulah jika aku rindu padanya, ku hanya mengingati saat-saat aku pernah bersamanya. Sebagai contoh yang masih segar difikiran ku ini adalah waktu-waktu selepas makan malam aku sering bermanja dengannya, sebelum mataku lelap untuk tidur. Kadang-kadang waktu itu dia sering nyanyikan aku satu lagu: ‘doh takdok` la~uk` makan nasi dengan~ bu~du…” aku turut bersama nyaringkan suara iringi suaranya itu.
Tapi, segalanya telahpun berubah sekarang. Aku hadapi hidup dalam sebuah kesukaran ibu tunggal. Sedih tatkala melihat ibuku tekun mencari rezeki keseorangan. Berpatah jasad bermandi peluh. Manakan pula untuk menhidangkan kami dengan sebuah mahligai kesenangan. Pada awal aku berumur 6 tahun aku mula dihantar kesebuah sekolah. Sebuah sekolah Agama dibawah kerajaan pembangkang. Dimana timbul satu krisis dikalangan saudara-maraku. Mereka melarang keras akan keputusan ibu itu yang menghantar aku kesekolah berpendidikan Agama. Kerna katanya mereka: “sekolah Agama tidak ada apa-apa bantuan untuk pelajar miskin”. Ibu tetap dengan pendiriannya. Aku belajar disebuah sekolah yang usang dan serba kekurangan infrastruktur didalam pendalaman. Setiap pagi yang sejuk berembun, aku sentiasa digendung dibasikal abang atau kakakku. Tapi, tidaklah begitu lama aku digendung bersama mereka semua. Setelah mereka menamatkan peringkat pengajian disekolah rendah tersebut. Tinggallah aku keseorangan untuk mengayuh basikal sendiri kesana. Dengan jarak lebih kurang  9 kilometer untuk sampai kesekolah. Bayangkanlah pada tahun 1996 jalan tidak ada tarnya, jalan yang lecah lagi berlubang. Inikan pula sebatang jalan kampung dipenuhi rimbuhan pohon buluh disisi jalan nan hutan tinggi tidak terkata. diwaktu awal pagi tapi masih kelihatan malam yang gelap gelita pada waktu dahulunya, aku terpaksa merendah kesunyian hutan itu. Tatkala kebunyian kanyuhan basikal buruk, sentiasa membawa masalah kepada si penunggannya samada terjatuh rantai ataupun tayarnya sentiasa pancit dengan melawan keadaan jalan sedemikian rupa. Demikian setiap kali aku sampai kesekolah dengan keadaan seorang pelajar yang sentiasa lewat & tangan dipenuhi oleh minyak hitam yang kotor.
Sembilan tahun disana dengan pelbagai kerenah sebagai seorang pelajar miskin yang timbul. Disetiap pagi sebelum aku berangkat kesekolah. Ibu mengucut dahiku dan memberi ditapak tanganku 50$ kadang-kadang banyak bagiku 80$ diberinya. Tapi ada ketikanya, seawal pagi dia bangun menghidangkan kami nasi dengan seawal-awalnya, itu tidak hairanlah bagi kami kerna itu menunjukan bahawa waktu sekolah yang tidak berduit poket lagi untuk kami. Perkara biasa masalah yang muncul disudut pembelajaran aku adalah seperti hutang yuran sekolah tertangguh, ia samada buku teks dan buku tulis. Masalah tidak mampu untuk menukar pakaian baru. Setiap kali pra persekolahan baru itu bermula. Aku hanya memakai kasut, seluar mahupun baju daripada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun ia koyak disana sini, berjahit selang-seli sehingga kehujung tapak kasut yang ku sahuti. adanya mestilah aku rasa malu untuk itu. Sedang dizaman sekolah itu, aku adalah seorang perhatian bagi pelajar-pelajar lain. Aku pun hairan, tidak pernah tahu akan puncanya. Mengapa mereka semua suka menjadi pengikutku dan melayan aku seakan ketua mereka sendiri. mereka suka bermain bersamaku. tatkala loceng rehat itu berbunyi, mereka mencari aku samada untuk makan bersama atau melakukan aktiviti-aktiviti luar kelas bersama. Sayangnya aku tidak sering untuk makan dikantin. Kerna biasa bagiku membawa bekal dari rumah lagi. Sehingga mana nisbah mereka merangkumi 6kelas bilangan besar  pelajar-pelajar lelaki disekolah tersebut. Dan ia membuatkan satu keadaan sekolah itu boleh kecoh. Itu semua menunjukan samada aku kepala budak yang nakal ataupun sebaliknya. Kalau difikirkan nakal ditahap mana itu? Manakan pula aku boleh dilantik oleh guru disiplin untuk memangku jawatan ketua pengawas disekolah tersebut.-nantikan sambungan diPart-ΙΙ

No comments:

Post a Comment