Monday, July 18, 2011

Akanku jadi seorang Khalid al-Walid Junior


Haritu’ jiwa ini tercipta secebis semangat, bertebar mengejari impian, tersegan indah dipermulaan, terlerai segala kelemahan. Demikian sebutir slot itu’ terpapar dipemikiran sehingga dipengakhiran jalan sewaktu aku masih berada disana “bersih’. Tatkala melihat hakikat diri adalah sebenarnya boleh melakukan sesuatu yang baru bahkan tinggi manfaatnya dalam memenuhi sang jiwa yang kekosongan. Disaat itu juga hati kecil ini mula menanam sebutir semangat keyakinan bahawanya aku mampu untuk melonjak lebih jauh. Mendepani hakikat persaingan rohani manusia. Namun aku ikuti katanya “kamu adalah bakal seorang penjuang pengganti kepada tentera Allah Khalid al-Walid yang dahulunya, melihat apa yang ada pada kamu itu, maka tidak hairan bagi kamu adalah seorang bakal Khalid al-Walid Junior nanti!”
Disaat itu, diri ini dilemparkan pelbagai kritikan dan kehinaan, ditambahkan pula kertas impianku mulai dikoyak dan dibakar dihadapan mataku’ tanpa segan silu aku memplatkan tanganku’ lantas menariknya dengan kuat, dan berkata: ini hak aku! Inilah impian aku! Inilah harapan aku! inilah amanah ibunda aku! daripada segala kaum kerabatku! Kesemua sahabatku! Aku berhak menjaganya! Aku berhak menghadapinya! Nascaya aku bersedia untuk menempuhinya! Kerana inilah keinginan aku untuk bersama Islam yang mahu jadi seorang pejuang! Hidup aman didaulah Islam! Sambil kedengaran angin senyap-seni sedang bertiup’ air mataku mula menitis kepipi dalam setiap enam saat jatuh kebumi’ lantas ia menyerap didalam setiap diri anak-anak pasir yang sedang bersaksi. Tiba-tiba kepala mula dibasahi sambil aku dimaki, sahabat menunjukan tardhiyyah praktikalnya dengan menembarkan lima jari kearah pipiku’ tidak kurang dari tujuh tamparan membina diterima olehku. Aku sedar, diri ini sedang dimarahi’ setelah lama aku memarahi mereka’ aku sentiasa beremosikan mereka’ tatkala aku sering menggunakan emosi marah sahaja terhadap mereka’ didalam segala teguran disetiap ruang masa yang lalu. Selama ini’ mereka tidak berani menghadapiku disebabkan takut akan ku membalasnya dengan ketegasan yang dilihat akan mereka sebegitu melampau. Dalam situasi demikian dapat menguriskan hati kecil mereka semua.
Setelah bertahun diriku digelar umbun api dibara’ serigala dihutan’ jerung dilautan’ helang diudara’ sentiasa garang untuk menjenggkang sesiapa sahaja, mahupun aku dalam sekadar nyatakan ia dalam sebuah lakonan tapi itu adalah benar dimata mereka’ namun mereka kata semua itu adalah bukan pada tempatnya’ dan menunjukkan ternyata selama ini aku yang silap’ malah tidak ada siapa berani menegur dan menghadapi. Dalam slot berlainan, sahabat-sahabat yang menjadi saksi itu cuba letakkan kepercayaan terhadap diri ini’ tatkala mereka melantik aku sebagai panglima perang dalam mengepalai mereka semua dalam perang uhud kononnya’ Tapi pada hari itu, aku masih tersegan dan tidak dapat memikirkan apa-apa idea atau strategi dalam perperangan berikut’ malah aku diibarat sekadar seekor semut lembit didalam lumpur’ aku hanya mampu tersegan diam nan tidak berkata’ setiap saat berlalu cengkaman kaki kanan mengalirkan darah tidak pernah ku rasai’  bersama tiga laungan yang telah ditaklifatkan keatasku pada slot sebelumnya, dengan gegaran sudut suara yang ku miliki lantas ku laungi: “Aku adalah Khalid al-Walid Junior! Aku adalah Khalid al-Walid Junior! Aku adalah Khalid al-Walid Junior!”  
Dengan nikmat sakinah dariNya’ maka terhasil “tropoli jiwa muda” selepas tiga laungan tersebut, hati terus memikirkan segala inisiatif dan lunturi segala tauladan dalam memuhasabahi diri dan mendekati matlamat yang tidak langsung telah dilemparkan. Diakhir nan saat untuk berpisah, detik menjadi saksi bahwa masing-masing terpaksa meninggalkan diantara satu nan lain’ sang diri cuba menahan desuhan air mata. Disaat itu, dia mencari dan terus tercari-cari akan diri ini’ dengan eratnya ukhuwah itu telah pun  wujud dihatinya’ apabila kami berhadapan dia tunjukkan wida’ mesra dan segunpal harapan peribadi’ beliau mengorbankan hartanya dan memberikan suratan tarbiyyah kepadaku. Hakikatnya hatiku rasai bahawa beliau sentiasa memerhatikan aku dalam setiap saat perpisahan itu’ sedangkan ku sedari harapannya begitu tinggi didasari latar belakang ku yang papa dan sang kedana. Tatkala aku masih kelihatan brick normal, ego dan tidak cuba untuk berbicara dengannya, namun hakikatnya, hati kecilku telah digegami dan direvolusi oleh bara semangatnya’ tapi aku tidak sekali menunjuknya’ kerna aku sebenarnya malu tercegan sehingga tidak boleh mengeluarkan sang kata-kata. Inilah katanya secara tidak berlisan kepadaku: “anta bakal Khalid al-Walid Junior!!!” dan sekarang aku perlu yakin bahawa aku mampu lunaskan impiannya! Aku mampu pengganti Khalid al-Walid sebagai “Khalid al-Walid Junior!!”

4 comments:

  1. Power....
    Rindu Paka... hedhehe....

    ReplyDelete
  2. Salam alaik. terbaek akh. Ana doakan nta jadi Khalid Al-Walid Junior :)

    ReplyDelete
  3. is this ur writing?? really2 good. may Allah bless

    ReplyDelete
  4. yeah...tq and may Allah bless you too..

    ReplyDelete