Saturday, April 2, 2011

tarbiyyahlahku duhai seorang 'ayah'


  Duhai permataku,kelahiranmu satu nikmat yang besar mengatasi segala mahligai berharga yang wujud dimuka bumi Allah ini. Suara tangisanmu adalah penawar kepada dosa dan luka dihati ibu dan ayah ini. Sekiranya ayah tahu kamu membesar dengan pantas dihadapan mata ayah nanti,nascaya bersama kamu dahagakan kasih sayang dua ibubapa.Ketahuilah anakku, bahawa ayah hanya dapat memberikan kamu setitik kasih sayang yang berbeza daripada kasih sayang yang biasa diberikan oleh ibubapa lain. Walau apapun ayah amat menyayangi kamu duhai anak-anakku. Anakku pandanglah kearah ayahmu demikianakan menunjukkan kepada kamu sedikit cabang-cabang kasih sayang ayah kepadamu. Duhai permataku.
  Sedarlah dan sentiasa ingatlah! anakku, kamu bukan dizaman nenek  moyang ayah lagi. Anakku ketahuilah! Bahawa mereka semua itu hidup dengan cara mereka iaitu membesar dengan pucuk paku, sang pegaga, umbuk kelapa, berbagai ulam-ulaman daripada kayu-kayang sahaja sabagai pemanis mulut mereka, demikian mereka menggunakan dapur kayu untuk memasak, hanya berbuayang daun  kelapa untuk mengulek anak-anak mereka, hanya berbumbung daun sagu untuk berteduh daripada panas dan hujan, berdindingkan buluh yang rapuh untuk berlindung, mereka tak sering lengkang berdepan dengan binatang-binatang buas seperti ular berbisa, harimau bertaring dan berbagai binatang liar yang sentiasa berkeliaran untuk mencari pemangsanya dihutan sana. Duhai anakku ingatlah, Itu adalah sebagai Pusaka nenek moyang ayah sahaja. Kerna kamu berada didalam satu fasa yang berbeza yang hidup sekarang dalam dunia KFC,  dunia MCdonalds, pizza hut, pencampuran diantara lelaki dan perempuan tanpa mengigati bantahnya, berhibur dengan pangung wayang, konsep maksiat dan berbagainya yang  sentiasa menghiasi hidupmu itu nanti. Ingatlah! Pada fasa kamu, Agama dikhususkan dalam bidang tertentu sahaja dan diasingkan daripada gaya hidup kamu. Fasa kamu dipenuhi ftnah masiihil Dajjal iaitu dunia kerosakkan yang mengila. Tapi, ayah tetap optimis akan itu semua adalah punca keracunan yang boleh membawa kamu kepada keburukkan.
  Anakku, Jangan engkau bimbang akan kehendakmu itu yang membawa kepada kebaikan. nascaya ayah tetap akan bersamamu dalam mendokong akan setiap langkah dan tindakan mu itu. Tapi fikirlah! sesekali ayah tidak akan membenarkan kamu pergi dan akan terus hanyut kearah salah satu lubang daripada gelombang maksiat dan fitnah sang dunia lebihan lagi perkara-perkara yang merosakkan sakhsiah dirimu. Kamu adalah anak ayah! Kamu adalah anak ayah!Kamu diwariskan dengan Islam! Ingatlah! Ayah bertanggujawab sebagai seorang murabbi yang akan sentiasa bersama kamu. Ayah yang akan bertanggujawab untuk segalanya samada urusan kamu didunia lebih-lebihan lagi diakhirat sana. Sekiranya kamu seorang insan yang rosak Maka ayah pun sebagai seorang hamba yang tetap rosak. Ingat, Mahupun berbagai cara pentarbiyyahan ayah akan susuri dalam cara hidupmu samada secara jasadiah (praktical) dan aqliah yang melalui (teori).
  Dengarlah duhai anakku, andai kata, ayah adalah salah seorang yang tidak sempat untuk bersama kamu atau melihat wajahmu nanti setelah kelahiranmu. Ayah tidak akan sesekali akan kecewa mahupun tidak dapat mendidikmu dengan melihat wajahmu. Namun berat hati ayah ini untuk meninggalkan beberapa wasiat tarbiah bagimu. Dengarlah diantara wasiat ini:
Letakkanlah matlamatmu adalah Allahu Robbuna
Tauladanmu Muhammad rasuluna
Sinarilah hidupmu dengan syariat islam
Pandulah jalan hidupmu dengan al-quran dan as-sunnah
Caramu adalah jihad dimedanNya
Sembahyangmu dikalangan orang yang Khosyi’eiin
Ibadahmu dikalangan yang sholiheen
Niatmu itu dikalangan yang Mukhlishiin
Hidupmu dengan nikmat orang yang syakiriin
Perckapanmu sebagai orang yang shodiqiin
Lagakmu sebagai orang yang Muttaqeen

  Anakku, telitilah bahawa Allah yang telah mengajar keseluruhan nama-nama kepada hambaNya. Solekkanlah cara hidupmu dengan semanis dan secantik tarbiah islamiyyah dan henbuslah setiap nafasmu itu diatas syariat islam yang telah diatur oleh yang maha menciptaNya. Ingatlah! kamu adalah sebagai proksi hidup ayah nanti dan dikehendaki oleh Allah ta’ala sebagai penjuang agamaNya. Namun, ayah optimis dengan kamu kerna kamu salah seorang yang mampu untuk mengubahnya dan meletakan islam dihadapan nanti.
  Buat kamu sang manusia bergelar AYAH jangan kamu ingkar dan menyesal memikirkan perbuatan anakmu itu. Kerna perbuatan itulah diwarisi oleh anakmu daripada perbuatan-perbuatan lampau kamu. Adakah kamu Lupa? Didiklah anakmu sebagaimana al-Khaliq pernah menunjukkan kepada kamu dalam mendidik hambaNya. Seorang ayah jangan jadikan anakmu nanti yang akan meyumbang ketulan-ketulan azab Allah yang amat memedihkan kamu diakhirat kelak.Didiklah ia dalam melahirkan seorang Hamba yang taksub pada Allah dan rasulNya dan agamaNya. Nascaya kamu adalah orang yang pasti mendapat keutungan dunia dan akhirat. Demikian itu menunjukan kamu adalah dikalangan orang-orang yang bersyukur dengan nikmatNya.
Sekarang! Perkara ini adalah akan bermula daripada insan yang bernama “AYAH”.

2 comments:

  1. pakar... jgn ar wat background itam, tulisan putih... mata sakit kot nk bace....

    ReplyDelete
  2. insyaAllah nanti ada rezeki ana akan usahakan deh...:)

    ReplyDelete