Friday, February 18, 2011

Se-Urat Uban Apabila Mekar Dikepala

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين الصلاة والسىلام على أشراف الأنبياء والمرسلين

Salam Kencaman. Disaat anda melupai diri sendiri, kembalilah kehadap panduanNya dan carilah matlamat anda sebenar, yang dicipta  sebagai maklukNya. Andai saat saudara-saudara kita sedang enak membelasahi nikmat dunia, berikanlah sesuatu peringatan daripada Pesanan Tuhan. Supaya mereka semua itu sentiasa ingat, bahawa dunia ini sekadar pinjaman untuk menguji keimanan hambaNya. Sebagaimana sahamnya akan melangkah kealam yang berkekalan sana nanti.
Tatkala harini, se-urat uban telah pun tumbuh dikepalaku. Tatkala menunjukan saat  untuk nafasku berhenti mangkin hampir Ya Allah. Ya Allah selama ini dimanakah aku telah menghabiskan masaku. Dimanakah segala nikmatMu telah aku pergunakan. Ya Allah sanggupkah Engkau menerima diriku ini. Setelah aku dihitamkan dengan segala maksiat didunia yang fana ini. Ya Allah Engkau telah menghantarku kedunia ini, dengan keadaan suci daripada segala dosaMu. Ya Allah bagaimanakah untuk aku kembali kepangkuanMu sedangkan aku telahpun hina dengan segala dosaMu. Ya Allah layakkah aku Hamba yang yang kotor ini kesyurgaMu. Demikian pasti azab NerakaMu terbuka padaku. Ya Allah sesungguhnya aku takut kekejaman untuk menghadapiMu.
Tatkala aku merenungkan kembali segala perbuatanku. Begitu sedih hati kecilku ini, dengan pelbagai kezaliman dan segala maksiat aku telah lakukan. Pelbagai maksiat hitam telah menyerap ke hatiku ini. Terdetik dijiwa ini, masih berpeluang lagikah untuk aku bertaubat dijalanMu. Masih terbukakah pintu keampunan bagiku. Masih ingatkah aku kepada ayat-ayatMu Ya Allah. Masihkah Engkau melihat diriku yang hina lagi kotor ini Ya Allah. Masih berdayakah aku untuk menjadi hamba yang dirahmatiMu Ya Allah. Masih bolehkah aku berubah Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha mecipta Masa. Aku telah lalai dengan fitrah masaMu . Aku leka dengan permainan duniaMu. Aku tak pernah sedar liang lahat kian hampir untukku lena didalamnya. Aku tidak pernah mencium amaran dan segala perintahMu. Aku tinggalkan segala tanggujawab yang Engkau telah beri keatasku. Siapalah aku sekarang disisiMu. Aku sebutir bunika yang tidak berguna. Demikian aku tidak memanafatkan nikmat agungMu itu Ya Allah. Ya Allah jika hari ini Engkau hanya menunjukan se-urat uban sahaja, maka itu adalah amat  bermakna untuk aku bertaubat dan insaf sebelum ruh aku ini, dibayar kembali kepadaMu. Demikian Ruh yang Engkau berikan ini hak mutlakMu, aku adalah hamba yang diamanahkah sekadar melakonkan pengabdian kepadaMu . Oleh itu, aku tak layak untuk memiliki apa-apa daripadaMu. Jika keesoknya uban itu semakin bertambah dan tiada jalan untuk ianya berkurangan, maka jiwaku tetap semakin hampir untuk  dalam qahharMu. Ya Allah ampunilah diriku yang hina lagi kotor Ya Allah.

No comments:

Post a Comment