Monday, February 14, 2011

Itu Pasrah atau give up?

“itu pasrah samada aku yang telah give up” Adapun saya tak pernah menyalahkan cikgu, lecturer atau mana-mana orang  yang mengajar saya, saya tetap terimanya dengan sebaik mungkin. “biarpun pedih rasa dihati”. Katanya orang.  Disebalik tajuk ini sebenarnya telah wujud pelbagai keadaan yang telah aku rempuhi. Samada keputusan aku mengatakan ianya aku terima dengan sepenuh hati atau aku sebenarnya telah pun berputus asa.

Secara normal mereka kata aku ni adalah orang yang sukar untuk menunjukkan perasaanya. Samada aku dalam keadaan sedih, marah mahupun gembira. Ataupun aku ni seorang yang pemalu atau lakon-lakon buat tak tahu sahaja. Tapi diseketika dan seketika, disetiap saat nan berlalu, disetiap penjuru dan segi itu aku masih samarkan segala yang berlaku. Tambahan pula disisi sang diri telah mempunyai matlamat. Hakikatnya matlamat itu telah gagal untuk dicapai. Demikian itu, aku lindungkan matlamat itu. Namun dalam segenap lindungnya matlamat itu, lantas aku mengatur kata bahawa tidak akan sesekali lagi aku cuba untuk menzahirkannya. Adapun matlamat itu gagal aku tidak akan mencuba untuk melaksanakannya lagi. Oleh itu, pasrahlah aku. Ataupun a..ku.. yang telah give up?!
Bagi bermulanya dalam situasi sebenar, hari demi hari aku terus mengatur langkah-langkah baru. Namun, apa yang terdetik dihati adalah mengatakan benda itu tidak tersasar dilandasan matlamatnya sebagai mana yang bisa aku aturkan. Hakikatnya kekadang itu, matlamat yang bisa diatur oleh aku terpesong juga dari apa yang telah aku jangkakan. Setelah sekian lamanya aku berharap sehingga menanamkan dipemikiran sendiri agar apa yang aku sasarkan itu tidak akan sesekali mendatangkan sebutir kegagalan. Oh, sedihnya aku, tatkala sebenarnaya kata-kata aku kali ini adalah sebutir mimpi sahaja, tapi benar berlakunya.
Kesannya untuk langkahku kali kedua, telah ditakutkan oleh mimpi buruk pertama. Demikian mimpi pertama itu menebarkan gelombangnya dalam jangka yang begitu panjang. Tapi aku harus sedar, tercegamnya gerak-geri anggotaku, telah pun melambangkan aku ni adalah sebagai orang yang terima dengan keadaan. Tapi tetiba sahaja hati mula mengatakan bahawa aku sebenarnya telah berputus asa. Kenapa? Kerna aku tidak pernah mengatur pada awalnya Pelan “B” itukah bezanya? Namun, pada aku itu adalah perkara yang tidak mungkin dan bersifat dengan mustahil sahaja.





Tanpa mengakhiri bicara ini, aku mendekatkan naluri sebenar. Sekali lagi inginku merevolusikan tindakan aku sendiri. Dalam setiap apa akan bisa aku caturkan nanti pasti aku tidak sesekali untuk mengatakan aku yang berputus asa. Oleh itu, aku mengaku dengan keadaan sebenar dan menerimanya sebagai tindakan yang domestik sahaja. Lantas meletakan bahawa aku yang hendak terimanya dan pasrahkan hati. Mahupun sesekali membantukkan langkahku seterusnya. Demikianlah aku katakan, bahawa aku seorang manusia yang dikatakan tetap sebagai manusia yang berlagak seperti “manusia”. Manusia yang berlagak seakan “lembu” adalah manusia yang tidak normal.



No comments:

Post a Comment