Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Hidup Perlu Berperinsip??

Sifat ahli nujum yang hebat adalah seorang ahli nujum yang menujumi kearah atau perubahan untuk sesuatu kebaikan sahaja dan tidak akan melakukan untuk sesuatu keburukkan dan tidak untuk kepentingan diri seseorang.







Sifat seorang guru terbaik adalah apabila mengajar bukan untuk mengejar kemewahan dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Tapi guru yang terbaik adalah sentiasa merancang untuk para pelajarnya mengubah diri mereka daripada kegelapan kepada sinaran yang abadi.        


Sifat ibubapa yang hebat adalah merancang satu didikan yang berkesan untuk anak-anak mereka mejadi insan yang berguna. Tapi bukannya hanya memberikan kemewahan hidup seperti menantang minyak yang penuh.








Seorang sahabat yang bermanafaat adalah dengan meletakkan dirinya sebagai khidmat nasihat yang berguna untuk sahabatnya yang lain. Tapi bukannya menggunakan sahabatnya untuk kepentingan diri sendiri.






Namum kita sebagai pelajar yang berdidikasi:
·         Wujudkan 4 soalan berbentuk ‘bagaimanakah’ dipemikiran anda sekarang, iaitu:
1.       Bagaimanakah untuk aku mendapatkan ilmu?
2.       Bagaimanakah untuk aku memahami ilmu itu?
3.       Bagaimanakah untuk aku mengamalkan ilmu itu?
4.       Bagaimanakah untuk aku memberi tahu kepada orang lain tentang ilmu ini?


Maka jadilah kita seorang pelajar sentiasa berperinsip. Tapi ingat duhai sang pelajar! Andaikan belajar itu bukannya untuk mengejar perspektif pekerjaan demi kemewahan semata-mata. Jadilah seorang pelajar yang sentiasa aktif, kreatif dan berinovatif. 

No comments:

Post a Comment