Wednesday, December 29, 2010

.:IBADAH SEORANG HAMBA:.

     Duniaku dibumi pengajian Asasi Nilai, makin hangat dan terus menberontak rasa iman didalam diri. Setelah sering kali dicabar dengan situasi dan segenap keadaan. Tapi ini bukannya yang hendak ana hebohkan. Namun terlahir juga dihati, satu nikmat kesedihan yang dikurniakan oleh yang Maha Esa. saudara dan saudari, mari sama-sama kita meningkatkan semangat ruh ibadah kita. Tatkala ana teringat akan seorang pemimpin HAMAS yang mampu mengonggcang dunia iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Dengan berbekalkan sedikit tenaga Beliau mampu menggerakkan kerusi rodanya. Demikian ana ternilai seorang permata yang hampir sama dengan Beliau tetapi duduk dalam keadaan jihad yang berbeza.
      Ini adalah hakikat ceritanya, seorang saudara kita yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dalam keadaan yang istimewa. Sebegitu dia dengan keadaan badan beliau dibantu oleh kerusi rodanya. Beliau seorang yang menpunyai jiwa yang peramah. Namun, beliau dapat menanam perpesi  yang amat menajukkan dalam diri ana, terutama dalam ruh ibadat ana sendiri yang tak pernah ana dapat rasa sebelumnya. Allah ta’ala telah letakkan satu tujuan pada diri insan ini dengan keadaan tidak berkaki hakikatnya, kaki itu adalah wujud baginya tapi tidak dikurniakan fungsi kaki itu. Alangkah ta’ajubnya jiwa ana apabila sering melihat insan ini yang kita katakan satu perkara sukar atau mustahil bagi dia boleh lakukan sedemikian.  Insan yang mulia ini, dalam keadaan yang bermujahadah setiap waktu, dia secara berterusannya menunaikan solat lima waktu dalam keadaan berjemaah dimasjid walaupun beliau hanya menggunakan tenaga jari-jemari beliau sahaja untuk membolehkan kerusi roda beliau itu bergerak sampai kemasjid dengan jarak kira-kira 500 meter dari tempat beliau tinggal. Sedangkan kalau difikirkan, dengan jalan untuk sampai kemasjid itu adalah berbukit lagi berselekuh-likuh, dan memerlukan untuk melintas tembok yang tak kering daripada kenderaan, tapi dia mampu untuk sampai ketempat keagungan yang Maha Esa itu.
     Lagi yang amat menyigungkan hati ana, insan ini akan  tetap kesana demi keredhaan Allah dengan mengerjakan solat lima waktu itu secara berjemaah, walaupun dalam keadaan hujan bederai-derai. Walaupun dalam keadaan keseorangan dan tiada sesiapa sesekali untuk tolong menggerakkan kerusi roda beliau bersama. Lagi menyedihkan, berbeza jarak diantara kita sebagai yang sempurna ini, kerana kita dapat untuk memasuki masjid dengan lebih dekat berbanding beliau yang terpaksa masuk melalui pintu yang ada dibelakang masjid tersebut. Hal ini kerana, struktur tangga yang tidak membolehkan beliau untuk melangkah memasuki masjid itu melalui pintu depan yang sedia ada.
     Setelah sampai dihadapan pintu masjid itu beliau akan turun dari kerusi rodanya dan lantas dalam keadaan teresak-esak bergerak untuk sampai dalam barisan sah-sah jemaah. Biasanya, beliau akan menunaikan solat sunat rawatib sepanjang beliau berada disana.
      Kali kedua terpapar dipengelihatan mata ana, beliau keluar bersama-sama sahabat beliau untuk menyampaikan kalimah syahadah sebagai medan dakwah beliau pada hujung minggu yang memakan masa hampir 3 hingga 4 hari lamanya. Dengan keadaan beliau yang lumpuh separuh badan itu, tapi hakikatnya beliau masih mampu untuk menggerakkan  kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh nabi Muhammad S.A.W. SUBHANALLAH!

       Lihatlah pada saudara kita itu, beliau mampu menentang nafsu diri sendiri lagi berjuang untuk islam. Dengan senjata ibadah beliau iaitu mampu bangun pada awal pagi untuk berjemaah dimasjid membawa diri yang hanya dapat menggunakan kayuhan tangan sahaja dan tetap cekal lagi tabah perasaan yang wujud dalam diri itu adalah amat-amat berharga yang tidak mampu dimiliki oleh insan yang biasa. Ana sekadar boleh menceritakan kerna beliau bersama ana dibumi Nilai ini.
        Tidakkah kita yang sempurna ini tidak rasa tergejakah hati? Dengan melihat keadaan yang dasyat ini. Adakah itu sebagai balasan kita untuk yang Maha Mencipta kita daripada tanah lalu menjadi seorang makhluk yang sempurna lagi dipuji. Dan  tidak mencukupi dengan itu sahaja, kita diberikan lagi dengan segala nikmat yang tidak pernah terhitung nilainya. Duhai insan, untuk apakah anda gunakan tubuh badan yang sempurna itu?? Berbanding seorang insan yang lemah lagi kekurangan sifat. Namun, jiwanya tetap setia menpetaruhkan nyawa dijalan Allah Ta’ala. 

No comments:

Post a Comment