Monday, December 20, 2010

Air Mata Ibu Begitu Sunyi



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah ana dibesarkan dengan ada kasih sayang seorang ibu. Dan alangkah bangganya ana, kerana ibu ana tidak pun sesekali merungut dengan melayan kerenah ana daripada ana sekecil seorang bayi yang masih merah dan sering kali menangis taktakala dahagakan susu sehingga mana ana menjadi seorang yang bergelar sebagai remaja.
 Ibu, adakah layak untuk ana menjadi sebagai seorang anak bagi ibu?
 Taktakala ana tidak pernah berterima kasih diatas apa yang ibu telah korbankan..
 Ibu, adakah ana seorang anak yang telah derhaka kepada ibu?
 Setelah ana tidak pernah menghiraukan kata-kata nasihat ibu…
 Ibu, adakah ana anak yang tidak berguna lagi tidak memberi apa-apa manfaat disisi ibu?
 Setelah ana menghacurkan harapan ibu…
 Ibu, adakah ibu pernah menangis bersendiri kerana perbuatan ana?
 Taktakala ana terlalu nakal bagi ibu…
Ibu, adakah ibu menyesal setelah melahirkan ana kedunia ini ibu?
iBU: DEMI ALLAH ana insan yang hina ini, SAYANG sebenar-benar KASIH kepada ibu.. kerana:
ibu adalah tempat untuk ana mengadu..
ibu membesarkan ana menjadi insan yang berguna..
ibu sentiasa berdoa untuk kejayaan ana..
ibu tidak pernah menyesal dengan kehadiran ana kedunia ini..
ibu adalah inspirasi ana setiap waktu..
ibu telah berkoban masa mahupun tenaga untuk ana..
ibu sanggup tersenyum mahupun ketika ibu terluka..
ibu sentiasa merawat ana seketika ana sakit..
ibu menjaga ana seketika ana takut..
ibu menperingatkan ana seketika ana telah lupa..
ibu menyuap ana seketika mana ana lapar..
ibu mendoakan ana seketika ana dihadapi masalah..
Ibu: sesungguhnya ana tidak mampu untuk membilang pengorbanan ibu itu. Namun, Allah s.w.t sahaja mengetahui sedemikian itu..
Ibu: mahupun ayah terlebih awal meninggalkan ana dan kita semua.. Tapi, ana tetap bersyukur kerana ibu mampu meletakan kasih sayang ibu terhadap ana tanpa ana tidak pernah terasa kehilangan kasih sayang seorang ayah..
Ibu: demi terakhir dan takkan untuk berakhir, ana merayu pada Illahi janganlah ibu ana ini terseksa daripada azab dunia bahkan azabMu diakhirat nanti.. Letakkanlah ibuku ini sebagai mereka yang mendapat rahmatMu sentiasa dan nikmat syurgaMu yang agung nanti.
YaAllah, janganlah kerana ana ibuku kenerakaMu dan janganlah kerana ibuku aku kenerakaMu.. YaAllah.. ampunilah dosa-dosa kami semua berkatilah hidup kami..
Sesungguhnya Engkau jualah tempat aku untuk mengadu dan Engkaulah yang Maha Pengampun dan Mengasihi..

No comments:

Post a Comment