Saturday, December 25, 2010

Detik-detik Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut (Air Mata Rasulullah)

    Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasulnya. Pagi itu, walaupun langit telah mula menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah: “wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian iaitu al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.
   Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menagkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang mejadi alas tidurnya.
   Tiba-tiba dari luar  pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “bolehkah saya masuk?”  tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk. “maafkanlah, ayahku sedang deman.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
   Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “siapakah itu wahai anakku??”  “tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya”. Tutur Fatimah dengan lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan padangan yang menggetar. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.  “ketahuilah, Dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, Dialah yang memisahkan pertemuan didunia, Dialah Malakul maut”. Kata Rasulullah.  Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia diatas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
   “Jibri, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini”. Tanya Jibril lagi. “khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar  Allah berfirman kepada ku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya”. Kata Jibril.
   Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. “siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal”. Kata Jibril.
  Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak bertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “badan Rasulullah mula dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya:
"أوصيكم بالصلاة وما ملكت أيمانكم"
-peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu.
   Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan:
"أمتي.. أمتي.. أمتي.."
-umatku.. umatku.. umatku
   Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu,.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya??
اللهم صل على محمد وبارك وسلم عليه
   Bertapa cintanya Rasulullah kepada kita. Timbullah kesedaran diri untuk cinta kepada Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasul mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain itu adalah fana belaka.

No comments:

Post a Comment